
Untuk menemukan satu jawapan pada persoalan besar, ada tentangan harus dihadapi lewat sebuah pengalaman, Itu yang setidaknya saya kutip setelah menoton "The Invite" filem yang cukup diperkatakan akhir-akhir ini. Olivia Wilde mengemudi naratif pasangan suami isteri yang hilang sparks dalam perhubungan bagi menitip kembali bahagia yang hilang.
Dan hal-hal bahagia yang hilang ini dipersembahkan sebagai sebuah cereka filem yang cukup intense dan berlapis emosi. Menerajui filem ini sebagai bintang utama ialah Seth Rogen, Penolope Cruz, Edwarsd Norton dan Olivia sendiri yang bertindak sebagai pengarah filem ini.
"The Invite" datang dengan premis cukup menarik dengan konflik emosi sepasang suami isteri yang berbalam dendam, sakit hati dan geram sesam sendiri yang disimpan lama. Pebualan menjadi pertelingkahan yang membuka babak awal filem ini dengan bersaja. Seth Rogen dan Olivia Wilde menggalas watak mereka dengan begitu baik sekali.

Segala ketegangan dalam perhubungan mereka semakin menjadi-jadi lewat satu sesi makan malam yang panjang. Di sini, Rahida Jones, Cesc Gay dan Will McCormack sebagai penulis melakar kisah yang cukup penuh dengan tekanan. Babak-babak ldengan kata bual yang penuh dengan keresahan juga kegelisahan menjadi latar filem ini sehingga ke hujung.
"The Invite" bergerak atas satu landasan character oriented movie yang digerakkan empat watak utamanya Joe, Angela, Pena dan Hawk. Setiap satunya ditulis dengan karakter yang datang dengan attitude, agenda dan ego yang sedikit sebanyak memberi satu kritikan sosial buat penonton.
Menonton filem ini mengingatkan saya pada penghasilan "Husband & Wives" arahan Woody Allen dan "Scene from a Marriage" karya Ingmar Bergman. Kedua-dua filem ini jelas menjadi inspirasi utama dalam membentuk "The Invite". Kisah rumah tangga yang berantakan dengan lapisan emosi serta pengalaman menakutkan yang ditinggalkan usai menontonnya menjadikan "The Invite" sebagai sebuah filem yang penting tahun ini.
Olivia Wilde sebagai sutradara membuktikan bahawa dia seorang yang cukup berpotensi menjadi pengarah pelapis. Setelah "Booksmart" dan "Don't Worry Darling" dia mengemudi sebuah lagi drama berat yang mungkin akan mengundang jemu penonton filem yang mahukan aksi khususnya tetapi jelas sebagai sebuah bahan fikir dan penuh kritikan sosial buat cinephile.

