Langgan

Mark your calendar! Konsert yang Bakal Menutup Tahun 2026

Daripada LANY hingga BTS, nantikan barisan artis antarabangsa yang bakal menghangatkan pentas Malaysia hujung tahun ini!
3 minit untuk membaca
Published: October 20, 2026

Daripada persembahan pop yang memukau hingga melodi indie yang menenangkan, penghujung tahun 2026 bakal menyaksikan barisan artis antarabangsa menghangatkan pentas di Malaysia. Bagi pencinta muzik, hujung tahun bukanlah masa untuk bercuti semata-mata, malah peluang untuk menyaksikan artis kegemaran beraksi secara langsung. Dengan pelbagai genre yang bakal mewarnai kalendar konsert dari November hingga Disember, Malaysia bakal menjadi destinasi pilihan untuk pengalaman muzik yang sukar dilupakan.

Konsert yang Bakal Menghangatkan Hujung Tahun Ini

  1. LANY : Soft World Tour 

Gambar : instagram @LANY

Memulakan senarai pada 1 November 2026, duo pop LANY bakal kembali menghiburkan peminat di Unifi Arena, Kuala Lumpur. Duo yang dianggotai Paul Jason Klein dan Jake Clifford Goss ini dikenali menerusi melodi sentimental serta lirik yang dekat dengan pengalaman percintaan. Persembahan mereka sering menjadi ruang buat peminat menghayati pelbagai emosi melalui muzik. Bersedia untuk menyanyikan lagu kegemaran bersama-sama dan mengimbau kembali kenangan yang tersimpan di sebalik setiap melodi.

Tempat : Unifi Arena, Kuala Lumpur

Tarikh : 1 November 2026 (Ahad)

Masa : 8pm

  1. The Weeknd : After Hours Til Dawn Tour

Gambar : Instagram @theweeknd

Bersiap sedia untuk dua malam penuh magis apabila The Weeknd mengambil alih Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 dan 5 November 2026. Dengan gabungan visual sinematik, produksi pentas berskala besar dan vokal yang memukau, jelajah ini menjanjikan pengalaman konsert yang mengasyikkan. Daripada Blinding Lights dan Die For You hingga Save Your Tears, persembahan ini sememangnya antara yang paling dinanti-nantikan oleh peminat muzik pop dan R&B.

Tempat : TM Stadium Nasional, Kuala Lumpur (dahulunya dikenali sebagai Stadium Nasional Bukit Jalil)

Tarikh : 4 (Rabu) & 5 (Khamis) November 2026

Masa : 8.30pm

  1. Yung Kai - Stay with The Ocean, I’ll Find You : Asia Tour 2026

Gambar : Instagram @ykaizzk

Bagi mereka yang lebih menggemari muzik dengan suasana lembut dan intim, Yung Kai bakal mengadakan persembahan di The Platform, Menara KEN TTDI pada 6 November 2026. Penyanyi dan penulis lagu ini mendapat perhatian menerusi lagu Blue, yang mencuri hati pendengar dengan melodinya yang menenangkan. Konsert ini sesuai untuk mereka yang ingin menikmati muzik dalam suasana lebih santai, sambil menghayati setiap lirik yang menyentuh perasaan. 

Tempat : The Platform, Menara KEN TTDI

Tarikh : 6 November 2026 (Jumaat)

Masa : 8pm

  1. BABYMONSTER World Tour [춤 (CHOOM)]

Gambar : Instagram @ygentertainment_jp

Beralih kepada dunia K-pop, BABYMONSTER bakal membawakan tenaga luar biasa ke Unifi Arena pada 14 November 2026. Kumpulan wanita di bawah YG Entertainment ini dikenali sebagai vokal bertenaga, koreografi tajam dan persembahan yang penuh karisma. Dengan jelajah dunia [춤 (CHOOM)], peminat boleh menjangkakan malam yang penuh dengan muzik, tarian dan momen yang pastinya mencetuskan keterujaan dalam kalangan MONSTIEZ.

Tempat : Unifi Arena, Kuala Lumpur

Tarikh : 14 November 2026 (Sabtu)

Masa : 5pm

  1. Wave to earth - the pieces tour

Gambar : Instagram @ucmeyewear

Pada 22 November 2026, kumpulan indie Korea Selatan, wave to earth, bakal membawa bunyi alternatif mereka ke Idea Live Arena. Dikenali dengan susunan muzik yang menggabungkan elemen indie rock, jazz dan lo-fi. Kumpulan ini menawarkan pengalaman mendengar yang berbeza daripada konsert pop kebiasaan. Lagu seperti seasons dan bad menjadikan persembahan mereka pilihan ideal buat peminat yang menggemari suasana intim dan melodi yang mendamaikan. 

Tempat : Idea Live Arena, Kuala Lumpur

Tarikh : 22 November 2026 (Ahad)

Masa : 8pm

  1. Malcolm Todd : Do That Again Tour

Gambar : Instagram @malcolmtodd

Turut mencuri perhatian ialah Malcolm Todd, yang bakal beraksi di Zepp KL pada 9 dan 10 Disember 2026. Dengan pendekatan muzik yang menggabungkan pop alternatif dan elemen indie, penyanyi ini menawarkan bunyi segar yang dekat dengan generasi muda. Persembahannya sesuai untuk peminat yang gemar meneroka muzik baharu dan mencari pengalaman konsert yang lebih intim. 

Tempat : ZEPP KL, Kuala Lumpur

Tarikh : 9 (Rabu) & 10 (Khamis) Disember 2026

Masa : 8pm

  1. Khalid : It’s Always Summer Somewhere Tour

Gambar : Instagram @thegr8khalid

Menghangatkan Disember, Khalid bakal membuat persembahan di Idea Live Arena pada 9 Disember 2026. Penyanyi R&B ini terkenal dengan vokalnya yang santai serta lagu-lagu yang menggambarkan pengalaman cinta, persahabatan dan proses mengenali diri sendiri. Kehadirannya menjanjikan malam yang penuh nostalgia, terutama buat peminat yang membesar dengan lagu seperti Young Dumb & Broke dan Better. 

Tempat : Idea Live Arena, Kuala Lumpur

Tarikh : 9 Disember 2026 (Rabu)

Masa : 8pm

  1. BTS ARIRANG World Tour

Gambar : Instagram @gq

Menutup senarai dengan penuh keterujaan, BTS bakal kembali ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada 12 dan 13 Disember 2026 menerusi jelajah dunia ARIRANG. Kepulangan kumpulan ikonik ini pastinya menjadi detik bermakna buat ARMY yang menantikan peluang menyaksikan mereka di pentas Malaysia. Dengan persembahan berkumpulan yang bertenaga dan hubungan istimewa bersama peminat, dua malam ini dijangka menjadi antara acara muzik paling dinanti-nantikan pada penghujung tahun.

Tempat : TM Stadium Nasional, Kuala Lumpur (dahulunya dikenali sebagai Stadium Nasional Bukit Jalil)

Tarikh : 12 (Sabtu) & 13 (Ahad) Disember 2026 

Masa : 7.30pm

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down