Langgan

“It Feels So Good To Be Back.” - Jung Kook 

Jung Kook x Calvin Klein
2 minit untuk membaca
Published: November 1, 2025

Bintang kumpulan sensasi BTS, Jung Kook terus menghangatkan kempen Calvin Klein terbaharu dengan menampilkan gaya denim terkini. 

jung kook bts

Jung Kook is back! Kali ini, Calvin Klein melancarkan kempen denim terbaharu yang menampilkan duta jenama global, Jung Kook. Ikon muzik daripada kumpulan K-pop sensasi BTS itu memperbaharui kerjasamanya dengan jenama itu melalui gaya berani dan penuh energi.

Berteraskan pergerakan dan prestasi, kempen ini yang dirakam oleh jurugambar terkenal Mert Alas menonjolkan aura pentas Jung Kook yang memukau serta menyalurkan tenaga yang menjadikannya ikon global. Dihasilkan bagi meraikan semangat baharu dalam kolaborasinya bersama jenama itu, kempen ini memaparkan penyanyi berusia 28 tahun tiu dari perspektif segar yang menangkap karisma bintangnya.

Berlatar belakangkan suasana New York City yang suram dan diiringi lagu “Block Rockin’ Beats” oleh The Chemical Brothers, video kempen ini mengikuti Jung Kook yang tampil yakin menakluki kota. Diserlahkan dengan denim ikonik Calvin Klein dan koleksi bermusim termasuk padanan denim penuh yang bergaya serta jaket kulit dengan hiasan bulu shearling. Kempen ini menggambarkan gaya urban yang sejuk dengan sentuhan sofistikated, seiring dengan personaliti Jung Kook dan identiti Calvin Klein.

“Saya tahu para peminat telah lama menantikan kemunculan semula ini, dan rasanya sangat baik untuk kembali memakai denim ikonik Calvin Klein. Tenaga di set penggambaran Calvin Klein sentiasa luar biasa, dan sesi kali ini tiada bezanya, saya teruja untuk melihat kempen ini dilancarkan kepada dunia,” kata Jung Kook.

Koleksi denim terbaru Calvin Klein menampilkan gaya santai dengan sentuhan era ‘90-an. Cetakan CK Emblem memberi nafas baharu kepada monogram ikonik jenama itu dalam bentuk corak keseluruhan yang menambah elemen grafik pada jean dan jaket trucker. Reka bentuk Darted Carpenter Jean menonjol dengan siluet berinspirasi utiliti serta jahitan kontras, mencipta gaya double denim yang berani apabila digayakan bersama jaket Darted Workwear sepadan. 

Satu lagi gaya menonjol musim ini ialah Barrel Jean, berpotongan pinggang rendah dengan potongan longgar dan kaki tirus, boleh digayakan bersama 90s Trucker Jacket dan Matchbox Tee untuk tampilan kasual tetapi serasi. 90s Straight Jean ikonik turut diperbaharui dengan cucian eksklusif termasuk rona vintaj dan gelap baharu, direka untuk gaya yang serba boleh.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down