Masih hijau dalam ingatan saya ketika pertama kali bertemu Daiyan mungkin lebih kurang sepuluh tahun lalu. Saat itu dia masih begitu teruja berbicara tentang cita-cita besar untuk bergelar singer-songwriter yang diyakini serta diperakui bakatnya. Pejam celik sedekad dijalani, kembara muziknya sudah berbekal dua album penuh dan rangkaian hits yang diraikan.
Hari ini Daiyan bertumbuh, sebagai seorang selebriti yang jalannya tidak hanya berlegar di persada muzik namun lebar dan luas meliputi bidang sekitarnya. Bakat lakonan yang dia miliki digunakan sebaiknya untuk bergelar pelakon dan daripada situ peluang mendekati lapangan fesyen dan gaya hidup lainnya membawa Daiyan meluaskan landskap karier.
Penggambaran kali ini dilakukan di kedai bunga miliknya Butterfly Florist dan saya mulakan bicara dengan pertanyaan – Ini sesuatu yang sudah lama Daiyan rancang atau peluang datang tanpa sengaja?
“I memang suka bunga and then I think lebih kurang lima enam tahun sebelum memang ada terfikir untuk buka kedai bunga cuma tak jumpa dengan orang yang tepat. Sampailah I jumpa my friend dia memang florist dekat Kuantan, we discussed and see potential. Nak dipendekkan cerita tahun lepas kita mula cari lokasi decide untuk buka dekat sini.”
Berbual panjang bersamanya membuatkan saya semakin faham dengan visi pada cabang kerjaya yang dipilihnya. Beragam tetapi masih fokus dan punya misi yang tersendiri dan dilalui mengikut alur situasi tanpa tekanan. Bersama Levi’sⓇ bulan ini menerusi kempen 'Behind Every Original' yang mengetengahkan kisah-kisah di sebalik keaslian diri, ELLE Malaysia menyingkap sisi wanita pelbagai dimensi yang telah dibentuk oleh Daiyan Trisha.

ELLE: Kalau boleh dikongsikan fokus utama Daiyan tahun ini?
Daiyan Trisha: Ada siri yang akan ditayangkan which is an adaptation from my mom’s novel judulnya ‘Anom Suraya’ untuk tayangan TV3. I’m so excited about this project dan kita akan mula shoot end of April nanti. Selain daripada itu, I ada filem juga yang akan ditayangkan judulnya ‘WANTUGO’.
E: Untuk muzik, tahun ini Daiyan dah release dua single iaitu ‘Penipu’ dan ‘Kembali’ adakah ia akan jadi fokus utama juga?
DT: I rasa it comes hand in hand sebab kadang-kadang ada siri yang I berlakon tu ada permintaan untuk I menyanyi or buat lagu. So, untuk muzik tahun ini I rasa ia bergantung pada keadaan. Kalau ada material yang I rasa sesuai untuk I keluaran why not kan?
E: Daiyan ada landskap karier showbiz yang bercabang – menyanyi, berlakon dan peranan sebagai pempengaruh media sosial. Namun yang mana satu membuatkan Daiyan rasa lebih empowered?
DT: A mix of everything. I dah tiga belas tahun dalam dunia showbiz, kalau macam dulu lain sebab you’re being told untuk focus satu or if not you susah nak success. Tapi sekarang lain if I ada opportunity and talent of course I’m gonna do it. Alhamdulillah setiap cabang kerja yang I buat sekarang memang memberi kelebihan untuk I as a person dan karier juga. So, I rasa setiap satu kerja tu, dia empower me in a different way.
E: Kalau diikutkan apa yang Daiyan ada hari ini adalah apa Daiyan bayangkan?
DT: Mungkin kalau nak dikatakan apa yang I ada hari ini adalah apa yang I bayangkan mungkin tidak tapi more like what I wanted. I must say I am the woman I wanted to become.
E: Tiga belas tahun dalam dunia showbiz, bagi Daiyan sendiri apa faktor daya tahan seorang Daiyan Trisha itu sendiri?
DT: I think, at its core, it comes down to resilience – the desire untuk terus bekerja, to adapt and try to take opportunities seriously. I percaya juga yang paling penting adalah untuk ada genuine relationship with people in the industry. Some people don’t take it seriously but for me penting sebab selagi you dalam bidang ni, you eventually akan bekerja dengan orang yang sama.
Sama juga among rakan-rakan selebriti. Some of you might not get along with tapi apa pun yang terjadi, you cannot take it too personal. I banyak belajar human relationship along the way sepanjang jadi selebriti. And one more important thing is you need to have the passion dalam bidang ini barulah you boleh push yourself to keep on creating something more, something bigger.
E: At this age masih ada insecurity atau selesa and feel free untuk buat apa yang Daiyan mahu?
DT: Kalau nak dikatakan selesa tak boleh juga sebab insecurity itu yang push you untuk you lihat apa lagi potensi yang you ada. Kalau selesa saja nanti you takkan ada rasa nak do more. At this age I rasa dengan pengalaman yang ada buat I rasa banyak lagi yang I nak buat nak tengok ke mana I boleh pergi next 13 years let say kan. Banyak lagi sebenar yang I nak kena belajar dan explore.
E: Pernah ada doubt dengan diri sendiri?
DT: Sentiasa ada (tertawa), tapi I rasa I need to always be rational. I can get emotional as well, tapi I rasa experience teaches me how to be more rational dalam situasi berbeza. Ia buat I belajar untuk fokus, bertenang dan prioritize. Doubt akan sentiasa ada, especially pabila kena buat keputusan besar dalam hidup tapi at this age dengan pengalaman yang ada semua doubt itu dah boleh diatasi dengan lebih tenang dan rasional.


E: Daiyan rasa apa yang Daiyan ada hari ini sudah cukup atau ada banyak lagi yang mahu dilaksanakan?
DT: I’m always grateful. It’s never just about material things, but everything I’ve learned along the way that has shaped who I am today. The people I’ve met, the friendships I’ve built – those are the things yang I sangat-sangat hargai. But of course banyak lagi hal yang I nak capai dalam karier. More albums, more projects dan nak expand business juga.
E: Kita bercakap tentang muzik. ‘Lovelorn’ saya letakkan sebagai sebuah album yang mentafsir cita rasa Daiyan dalam bermuzik. And I must say it was a tastefully produced album. Daripada imbalannya Daiyan rasa seiring dengan effort yang diletakkan?
DT: ‘Lovelorn’ menjadi album yang I am really proud of. Sebagai artis independent I buat sebab I have to and it has come out of me. I have big dreams juga untuk album tersebut. Yang paling istimewa It’s made me an award-winning artist and writer — something I’ve dreamed of for a very long time.
Tapi macam you cakap tadi yang paling penting this album dah mentafsir diri I as an artist sebab kalau tak ada album ni mungkin you pun tak tahu I punya muzik macam mana, nak ke arah mana? Tapi disebabkan ada ‘Lovelorn’ orang nampak muzik Daiyan tu macam mana. This is the sound you get from my music, this is the visual you will get from my music video. It puts me in a way to get my own direction.
E: Setelah ‘Lovelorn’ ada pressure untuk teruskan momentum dalam muzik?
DT: Maybe sebab I bukan under label so tak ada pressure tu. I rasa lebih mengikut flow sahaja, if ada yang menarik I akan keluarkan kalau belum nanti dulu. Pressure nak kena keluar lagu baru sentiasa tu memang tak ada.

E: Kalau daripada segi inspirasi menulis, kebanyakannya daripada pengalaman sendiri, bahan bacaan atau general observation?
DT: Most of my personal stuff memang daripada pengalaman sendiri. Tapi kalau I kena tulis for OST macam ‘Kembali’ memang I tulis based on character Amina daripada drama ‘Di Sebalik Jubah’. It can be a mix of everything juga kadang-kadang tu.
E: Dalam muzik apa impian terbesar Daiyan?
DT: I want a tour, I want to be an artiste yang buat tour. Tapi culture tu tak ada di Malaysia but I wish to do more tours, maybe luar Malaysia. I just hope that my music will get more attention outside Malaysia and one day dapat buat live tour.
E: Kalau dilihat katalog muzik Daiyan ‘Passin Through’ bersama MFMF. dan ‘Surrender’ from ‘Lovelorn’ is my personal favorite. Kalau Daiyan letakkan diri Daiyan sebagai pendengar lagu yang mana paling personal untuk Daiyan?
DT: The top of my head now would be ‘Pergilah’ because I wrote it and I akan happy kalau I dapat perform lagu ni. And recently my fans share lagu that they love which is ‘Everything We Had’ yang buat I fikir I really like that one too.

E: Rasa cringe tak dengar lagu-lagu awal yang Daiyan buat dulu?
DT: (Tertawa besar) Janganlah, memang cringe sangat. Tapi you know what you have to go through cringe era tu kan. Masa release dulu dengar best lah haha… but I rasa itu proses yang buat I grow as an artiste, just to listen to the old you and to see where you now kan.
Mendengar bicara Daiyan hari ini dengan tutur yang semakin pasti dan ayat disusun makin berisi membuka mata saya tentang bagaimana seseorang individu itu bertumbuh seiring kematangan usia dan pengalaman hidup. Memperlahankan langkah mungkin tiada dalam rencananya kerana masih terlalu banyak yang mahu dia gapai sebagai penghibur.
Apa yang dia kecapi hari ini mungkin tidak sepenuhnya apa yang dia bayangkan ketika mula bertapak ke dalam bidang ini namun setidaknya sebagai seorang individu yang sentiasa mahu ke hadapan Daiyan percaya pada potensi, peluang dan kepentingan menjaga apa yang dia miliki hari ini sebagai bekalan buatnya menjadi insan yang lebih baik pada masa mendatang.

Penyelaras Sarah Hani Jamil & Sri Azni // Temu bual Hafizan Mohd // Fotografi Chuan Looi (Yippieyaya Studio) // Arahan Seni Iera Nadzlim // Kandungan Digital Sri Azni // Penataan Gaya Muzammin Muzlan & Athirah Zahra // Solekan Kevin Lee // Dandanan Cody Chua

