
Pelakon Thailand Thanaerng Kanyawee kembali menghiasi kulit digital kami pada Oktober ini, menampilkan semangat moden Bottega Veneta sebagai duta jenama maison tersebut.
Di bawah arahan kreatif Louise Trotter, koleksi Musim Sejuk 2026 meneroka keseimbangan antara elemen yang tampak bertentangan: struktur yang kemas dan kelembutan, siluet bervolum dengan gerakan yang mengalir, semuanya disempurnakan melalui seni pertukangan Bottega Veneta.
Menerusi siluet yang berubah mengikut setiap gerakan, Thanaerng menghidupkan koleksi ini dengan lengkungan yang lembut, volum yang ekspresif dan tekstur yang tersendiri. Setiap penampilan mencerminkan dualiti wanita Bottega Veneta moden: berkeyakinan namun bersahaja. Kuat namun anggun.
Melengkapkan setiap gaya ialah beg ikonik maison ini dengan teknik tenunan Intrecciato yang terus menjadi identiti utama reka bentuknya. Daripada Mini Andiamo hingga Baby Campana, setiap pilihanm menampilkan warisan dan keanggunan kontemporari.

Kelembutan Tekstur
Atasan kuning mentega bertekstur bulu dengan lengan bervolum dipadankan bersama kemeja putih berkolar, mengimbangi kelembutan fabrik dengan potongan yang kemas.

Kemewahan Bersahaja
Potongan asimetri dan lipatan pada bahagian pinggang memberikan karakter kepada siluet, sementara beg putih beranyaman Intrecciato menyerlahkan keindahan reka bentuk Bottega Veneta.


Minimalis
Jaket berpotongan ringkas dengan siluet santai digayakan bersama anting-anting keemasan berjuntai memberikan sentuhan elegan tanpa berlebihan.

The Beauty of Intrecciato
Beg Mini Andiamo menyerlah menerusi anyaman Intrecciato Bottega Veneta menampilkan kehalusan pertukangan kulit dalam reka bentuk yang moden dan praktikal.

Dramatisme Serba Hitam
Busana serba hitam dengan tekstur dan kemasan berkilau memberikan dimensi pada penampilan sementara lengan bervolum menambah sentuhan dramati.
Kredit:
FOTOGRAFI MANOSIT BOONON
PENGARANG FESYEN MIYUKI PIPHACHA
MODEL THANAERNG KANYAWEE SONGMUANG
SOLEKAN JEERA JAREONTHAMASUK
DANDANAN BANJAPORN KAMPUB
PEMBANTU JURUGAMBAR SUPASIT SOOKSAWAT DANSURATHAM THEPPHASUT
PEMBANTU PENATAAN GAYA KANOKPHIT JANIT DAN SUPANUT KITTINANWORAKUL

