Langgan

Scha Alyahya: A Woman, Becoming

Laju waktu berjalan, dua dekad perjalanan bergelar anak seni, Scha Alyahya punya cara meraikan hidupnya.
Published: October 1, 2026
Konsep dan Penyelaras: Sarah Hani Jamil Fotografi: Aaron Lee Arahan Seni: Mahirah Nadzlim Penataan Gaya: Athirah Zahra Solekan: Sahir Sabri Dandanan: VV Chan Pelatih Amali: Hizral Faiz Rozeman

Tahun ini mungkin menjadi tahun sibuk buatnya dengan dua filem yang sudah ditayangkan iaitu ‘Kata Hati’ dan ‘5 Bomoh’ serta siri ‘Griya’ buat tayangan Netflix menjadikan Scha Alyahya kekal sebagai actress on demand. Tidak terhenti juga di situ, multi-peran sebagai wanita hebat digalas sebaiknya lewat Ayaaya jenama fesyen dan gaya hidup menyeluruh yang datang dengan idea juga penglibatan penuhnya sebagai pemilik jenama. 

Kadang dalam sibuknya dia mengurus semua hal itu masih terlihat kelibatnya mengisi permintaan dalam menghadiri majlis tertutup yang mahukan keberadaannya sebagai penyeri acara. Namun satu hal yang pasti, di setiap kesibukan di lokasi atau di mana-mana acara yang harus dihadiri, Scha bingkas menunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu kepada dua anak gadisnya. 

Hari ini Lara Alana sudah menginjak keremajaan pada usia 12 tahun dan Lila Amina sepertinya semakin laju mahu meninggalkan status kanak-kanaknya. 14 tahun bergelar seorang isteri kepada Awal Ashaari, apa yang kita lihat adalah bertumbuhnya Scha sebagai wanita yang semakin jelas dan matang dengan apa yang dia mahu. Namun dalam proses itu sebetulnya banyak hal yang dia telah lalui, telah dia korbankan dan telah dia lepaskan. She is the woman that she wanted to be.

Subang, rantai, gelang cuff dan cincin Happy Diamonds, kesemuanya daripada CHOPARD. Gaun asimetri daripada LONGCHAMP

ELLE: Saya ingin membuka perbualan soal motherhood. Lara sudah berusia 12 tahun dan Lila lima tahun. Perjalanan panjang bergelar seorang ibu, apa yang mendewasakan seorang Scha Alyahya?

Scha Alyahya: Motherhood bagi saya is loving someone beyond yourself. Menjadi seorang ibu mengajar saya untuk menjadi sangat bersabar, berkorban dan memahami tidak semua perkara dalam kawalan kita. Sebelum ini saya selalu rasa menjadi seorang ibu kena sentiasa bersiap sedia dan kena tahu nak buat apa tapi sebenarnya  it’s about how you learn to listen and at the same time to grow together bersama anak-anak. Obviously, ia menjadi satu peranan yang sangat banyak cabarannya tetapi ia membentuk diri saya menjadi seorang yang lebih tenang. 

E: Ada harga yang perlu dibayar bergelar anak seorang selebriti, privasi itu mungkin hal yang mustahil. Lara sendiri sudah menginjak remaja, ada tekanan untuk dia membesar sebagai anak selebriti?

SA: Lara membesar di era media sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan. Saya akui masyarakat mengenal dia sebelum dia mengenal siapa diri dia sendiri dan tentu saja ia datang dengan certain expectation dan tak kurang juga banyak mata yang melihat menilai cara dia membesar. Namun kadang-kadang kita sebagai manusia lupa yang dia hanyalah anak kecil yang mahu live her life as a kid dan pada masa melalui satu proses mencari tahu apa yang dia suka dan tidak suka dalam hidup. 

E: Lara Alana pada usia 12 tahun menurut seorang Scha Alyahya?

SA: Lara pada usia 12 tahun saya sifatkan seorang yang sensitif dan sudah mempunyai pandangan dia sendiri. She notices more than we think. Dia manja tapi always appears strong and tough on the outside. Saya boleh katakan dia seorang anak yang begitu berdisiplin dan jarang kompelin. Another thing about her, dia sangat penyayang orangnya terutama pada Lila. Kadang-kadang boleh nampak yang dia akan dahulukan orang lain daripada diri dia sendiri.

E: What is she into now? Sudah nampak kecenderungan ke mana-mana?

SA: Lara membesar dengan seimbang saya rasa. Dia sangat aktif dalam banyak aktiviti. She loves swimming, playing piano dan dia juga boleh mengait. Kecenderungan dalam seni sudah nampak especially painting and drawing. Ada masa dia masih buat content tapi ke arah entertainment tu masih belum ada lagi.  

E: Pendedahan Lara terhadap dunia showbiz cukup awal dan selepas dia mula bersekolah, Scha dan Awal memperlahankan rentak Lara dalam endorsement dan sebagainya. Ada hal yang membuatkan Scha dan Awal memutuskan untuk Lara slow down daripada exposure yang besar?

SA: Bagi saya pabila dia dah semakin mengenal diri dan ada kemahuan sendiri, kami sebagai parents akan support apa yang dia suka dan dia mahu. Saya dengan Awal dah tak boleh make her do things yang dia tak enjoy anymore. But at the same time perlu tahu what to push, when to step back and when to be with her for moral support. Apa-apa keputusan yang perlu saya dan Awal buat sekarang perlu ada persetujuan dia juga sebenarnya.

E: Sebagai seorang ibu, apa yang sering menjadi kebimbangan terbesar Scha?

SA: Kebimbangan terbesar saya adalah keadaan emosi anak-anak. Mental wellbeing and how to protect them without stopping them becoming themselves. Contohnya Lara sekarang berada di usia yang mana faktor sekeliling seperti kawan-kawan, media sosial dan persekitaran di sekolah menjadi peranan besar mempengaruhi cara dia berfikir dan bertindak. 

Pada masa yang sama dia juga naturally seorang yang sudah faham tentang privasi dan mahu melakukan sesetengah perkara dengan cara dia sendiri. Namun satu hal yang saya mahu dia tahu yang saya juga Awal adalah her safe place dan boleh menjadi tempat untuk dia berkongsi apa-apa yang dia fikirkan dan akan sentiasa menjadi tempat dia bergantung harap.

E: Scha seorang ibu yang mengatur masa depan anak-anak atau mengikut keperluan dan keadaan?

SA: Saya suka merancang namun motherhood membuat saya berfikir bahawa tidak semua perkara perlu terlalu dirancang. Saya dan Awal boleh sediakan pendidikan anak-anak, atur persekolahan, bentuk disiplin diri dan mungkin fikirkan peluang untuk mereka explore potensi yang ada dalam diri.  

Tapi sebenarnya kita tak boleh lupa yang it's not just that. Membesarkan anak-anak lebih daripada semua itu, ada masa kita perlu let go banyak benda dan paling penting bagi saya adalah untuk sentiasa menjadi support system dalam apa pun decision yang mereka akan buat nanti.

E: Yang paling berat dan susahnya menjadi seorang ibu itu apa agaknya?

SA: I think bila anak dah masuk usia remaja concern kita sebagai parents memang berubah. Dulu kita risau benda benda kecil tapi sekarang lebih memikirkan tentang their choices, circle of friends, social media, peer pressure and how all these things affect them. For me, the hardest part is finding the balance between protecting them and giving them space. Of course kita sebagai parents kita nak tahu everything, tapi kita pun kena respect their privacy and let them figure things out sendiri. 

Sebagai ibu saya memang selalu ada kerisauan tapi pabila difikirkan balik yang paling penting adalah no matter apa pun yang terjadi dalam hidup, saya nak mereka tahu bahawa they can always come back to us. They can tell us anything without being scared of being judged. I may not agree with everything, but I want to be the person for them to feel safe talking to.

E: Kurang setahun mungkin ibu Scha meninggal dunia. Kata orang, grief is painful but a very powerful teacher. Apa yang Scha belajar atau lihat along the way?

SA: Losing my mum is something that makes me feel I never really get over it. You just need to learn how to live with the absence. Sampai sekarang ada momen bila I instinctively rasa nak call her, nak cerita something especially bila something happens with the kids or dalam hidup saya but you realize dia dah tak ada. 

Grief comes in waves. Ada hari you’re completely okay, then suddenly something akan triggers you then rasa rindu tu datang balik like certain moments with her or even the way she smells. I think losing her also changed me as a mother. It made me realise how precious and limited our time with the people we love actually is. 

So, dengan anak-anak I try to be more present and create as many memories as I can. Because now I understand, one day those little moments are the things we hold on to. And sometimes bila saya rindu sangat, I remind myself that a lot of who I am today is because of her. So in a way, she's still with me.

E: Kita sedia maklum, your mom was always someone you looked up to. Selepas ketiadaan ibu, who do you look up to?

SA: I think dulu bila orang tanya siapa I look up to, semestinya mak saya. But now, at this stage of my life, I look up to different people for different reasons. Women who are comfortable with themselves, mothers who are doing their best while still having their own identity, people who have gone through difficult things but still choose to move forward.

Since losing my mom I appreciate her differently. Bila dia dah tiada saya faham tentang kekuatan dan pengorbanan dia membesarkan anak-anak. So, somehow she’s still someone I look up to cuma in a very different point of view.

Cincin dan anting-anting Happy Diamonds daripada CHOPARD. Blaus berhias manik dengan hud daripada FIZIWOO

E: Apa satu perkara yang paling Scha rindu tentang arwah ibu?

SA: I think what I miss most about my mom is definitely her presence. Saya rindu keberadaan dia dan rindu nak bertanya soalan-soalan yang sebenarnya kita dah tahu pun jawapan tapi dia still akan jawab dan layan. I think that’s the part of griefing yang paling susah. Life goes on, banyak benda dah berubah but that feeling of wanting your mom never really goes away. Pilihan yang ada hanyalah to accept and adapt.

E: Kehilangan itu membuat Scha lost atau lebih jelas dengan purpose of life?

SA: Sekarang saya lebih jelas. Dulu mungkin purpose hidup hanyalah karier, achievements, what’s next, what else I need to prove. But as I get older, especially after losing her, perspektif itu dah berubah. Sekarang purpose for me is more about being present. Being a good mother, a good wife, doing work that still gives me meaning, and being surrounded by people that matter to me. Saya tak rasa I need to have everything figured out. As long as I’m growing, I’m giving something back, and the people I love know that I was there for them. Ini bagi saya matlamat utama hidup sekarang. Insha-Allah.

E: Empat belas tahun bersama Awal, dalam kebanyakan situasi Awal memberi solusi dan jawapan atau membuat Scha berfikir dan mencari jawapan sendiri?

SA: After 14 years, Awal knows me well enough bila saya perlukan solution and bila saya perlukan listening ears. Awal memang seorang yang suka bagi pendapat. Most of the time dia always ada pandangan dan nasihat. And I really appreciate that sebab dia tak necessarily decides things for me. Still let me or leave me a room to think and decide sebab we are quite different in the way we think. Dalam kebanyakan situasi saya masih membuat keputusan sendiri tapi untuk memiliki pasangan yang begitu menyokong, mendengar dan yang boleh menegur, itu yang menjadikan setiap keputusan yang kita buat itu lebih bermakna. 

E: Lebih dua dekad bergelar selebriti, all eyes on you, masih ada hal yang membuat Scha kurang senang dan tidak selesa? 

SA: Yes of course ada. Saya masih kurang selesa kalau semua perkara perlu dikongsi atau dijadikan content. Ada benda yang saya masih tak kongsikan sebab bagi saya privacy itu sangat penting dan itu hal yang membuat kita rasa selamat. Asalkan kita tahu siapa diri kita, kita tak kacau orang dan fokus dalam hidup masing masing itu sudah memadai.

E: Selalunya bagaimana Scha overcome rasa tidak selesa itu?

SA: Saya tak rasa I ever fully overcome the uneasy feeling of being a celebrity. Sampai sekarang pun ada momen yang saya rasa uncomfortable being watched, being judged, or knowing people will always have an opinion about you. But over the years, saya belajar mengasingkan Scha as public figure dan Scha as a person. 

Tak semua perlu dikongsikan and not every opinion needs a reaction. Saya mula faham yang tak semua orang perlu faham diri kita dan cara kita. Pabila dah lama dalam this industry you become more at peace. I'm grateful for what this career has given me, but at the same time saya belajar to protect certain parts of my life. That balance is what keeps me grounded

E: Sepanjang dua dekad ini, you are free to be yourself atau ada hal yang masih harus dikawal dan tidak perlu ditunjukkan kepada umum?

SA: It took me a while to get here. Dulu mungkin I was more conscious of how people see me, what people expect from Scha Alyahya. Kadang tanpa kita sedar naturally kita try to fit in people's expectations but the older I get I realize that I don’t have to perform certain things just to please other people. 

Tapi satu perkara for sure adalah to always respect semua orang. I know who I am, I know what matters to me, and I'm ok when tak semua orang faham diri saya. Of course being a public figure, there are still boundaries and responsibilities but within that, I think sekarang saya rasa lebih bebas menjadi diri sendiri tanpa terikat expectation orang luar.

Pada usia 43 tahun dengan pengalaman hidup yang beragam ceteranya, Scha Alyahya dewasa sebagai sosok wanita yang datang dengan aspirasi berbeza. Melihat perjalanan sebagai anak seni yang sehingga hari sudah melalui transisi sebagai seorang isteri, ibu dan usahawan saya kira mampu memberi inspirasi besar wanita lain di luar sana. 

Semuanya semakin jelas, apa yang dia mahukan dan bagaimana dia mahu lakukannya pada satu barisan takdir yang sudah ditetapkan. Hari ini setelah dua dekad dia bergelar pemain seni hiburan tempatan yang keberadaannya sering diraikan, Scha semakin utuh membina namanya. Dan pastinya, perjalanan dua dekad yang bakal mendatang akan terus menjadikan Scha Alyahya tidak hanya ikon dunia showbiz malah sebagai ikon seniwati era baru tempatan yang dihormati.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down