Penciptaan aksesori mewah diteruskan dengan keterujaan baru dan lebih istimewa setiap satunya bersulam ilham warisan dengan naratif yang tersendiri. Berikut antara yang mencuri pandangan musim baru ini.

Cartier The Grain de Café Necklace
Daripada ilham biji kopi, Cartier membuah ilham baru dalam dunia keanggunan penciptaan aksesori mewah. Grain de Café menjadi nadi penghasilan rantai emas Cartier yang cukup nipis melentur sempurna pada setiap yang menyarungnya. Sebuah penghormatan kepada maison yang menyatukan kreativiti, gaya dan elemen reka bentuk.

Piaget Limelight Paradise High Jewellery
Koleksi cocktail Piaget menjadi sinonim dengan penghasilan yang cukup menyerlah. Menyatukan kreativiti adicipta penciptaan, kehalusan seni pertukangan dan pada masa yang sama bermain dengan ilham mewah yang begitu playful. Koleksi ini membawakan sesuatu yang cukup vibrant terutama dalam pemilihan warna batu permata.

Chopard Ice Cube “Be Cube”
Chopard mengumumkan penghasilan terkini koleksi ikonik Ice Cube "Be Cube" yang menrupakan sebuah koleksi berkonsep baru yang diperkenalkan menerusi enam penciptaan baru. Kesemuanya berbalut emas beretika 18 karat mengikut alur penciptaan Ice Cube. Koleksi datang dengan rekaan asimetri yang memberi kelainan pada penghasilan rantai, subang dan gelang tangannya. Disempurnakan dengan kemasan emas ros dan emas puti bertatah permata.

