Langgan

Asosiasi Arloji & Sinema

Di layar perak, mata terpana melihat arloji di pergelangan tangan yang datang dengan cerita serta pesona tersendiri.
2 minit untuk membaca
Published: November 20, 2026

Pabila berbicara tentang dunia arloji dalam dunia perfileman, sesuatu yang pasti akan terlintas di fikiran adalah James Bond dan OMEGA. Lebih tiga dekad dedikasi kolaborasi gergasi ini mencipta momen bersama diteruskan tahun ini ia datang dengan penciptaan enam lagi edisi terkini. Ia melakar satu lagi sejarah penting penyatuan dunia cipta horologi dalam pengalaman sinema.

Seamaster Diver 300mm diperkenalkan menerusi filem James Bond ‘GoldenEye’ dan ia menjadi sesuatu yang cukuo ikonik di pergelangan tangan Pierce Brosnan sebelum berganti dengan James Bond yang baru ketika itu iaitu Daniel Craig. Bersama Bond yang baru, nadi perwatakan ini berterusan dengan Omega Seamaster Planet Ocean 600m menerusi ‘Casino Royale’ yang ditayangkan pada tahun 2006.

Ia berterusan dalam empat siri ‘007’ yang lain itu ‘Quantum of Solace’ (2008) dan ‘Skyfall’ (2012) sebelum beralih pada Omega Seamaster Aqua Terra bagi ‘Spectre’ (2015) dan Omega Seamaster Diver 300m Master Chronometer ‘007 Edition’ bagi filem ‘No Time to Die’ yang ditayangkan pada tahun 2021.

Selain OMEGA satu lagi jenama yang begitu komited dalam meraikan perfileman global adalah IWC Schaffhausen yang menghadirkan koleksi IWC Schaffhausen Ingenieur di tangan Brad Pitt menerusi watak Sonny Hayes. Filem yang ditayangkan tahun lalu ini memberi momen besar untuk jenama ini mencuri perhatian pengikut dunia horologi global.

Hamilton satu lagi jenama yang komited dalam dunia sinema. Apa yang menjadikan ia unik adalah kerana kolaborasinya dicipta eksklusif bersama pengarah filem Christopher Nolan. Bermula dengan penciptaan ‘The Murph’ yang dipakai Jessica Chastain dalam filem ‘Interstellar’ yang diambil watak nama watak lakonannya, Murphy Cooper. 

Kolaborasi ini diteruskan dalam filem-filem Christopher Nolan yang lainnya seperti ‘Tenet’, ‘Oppenheimer’ dan tahun ini penciptaan eksklusif buat filem epik ‘The Odyssey’ mencuri pandangan. Biarpun ia tidak menjadi sebahagian pengisian dalam filem tersebut, penciptaannya mengambil latar sejarah dan seni ceritera ‘The Odyssey’ karya epik Homer.

Anne Hathaway dalam filem ‘The Idea of You’ menyarung TAG Heuer Carrera.

PESONA LAYAR LEBAR

James bond: Goldfinger (1964) memperlihatkan kali pertama Rolex GMT-Master di pergelangan tangan Honor Blackman yang membawakan watak Pussy Galore. Ketika itu ia terlihat sebagai sesuatu yang asing - jam tangan ikonik lelaki di pergelangan tangan wanita bukanlah satu kebiasaan. Namun Honor Blackman menjadikan ia sebagai sebahagian daripada ikon gayanya di era tersebut. 

Kelibat jam tangan mewah sering diperhatikan pencinta horologi. Menerusi filem ‘Challengers’, Zendaya dilihat bersahaja menggayakan Cartier Panthère dan Cartier sendiri memiliki momen yang panjang jika mahu dibicarakan dalam pengalaman wayang gambar. Clark Gable menyarung Cartier Tank terawal menerusi filem ‘Red Dust’ pada tahun 1932 dan Meryl Streep menerusi filem ‘The Post’ bergaya dengan Panthère de Cartier. 

Kembara Cartier dalam dunia skrin tidak terhenti di situ, peran-peran wanita dalam drama bersiri seperti ‘Succession’ sehingga ‘Love Story’ menjadi bualan. Hari ini jam tangan menjadi ikon baru dunia glamor yang diperhatikan pada setiap selebriti. Di luar skrin kelibat arloji hadir lebih glamor di majlis karpet merah dan semakin ramai aktres di luar sana yang dijadikan persona wakilan jenama-jenama mewah dunia horologi.

Nicole Kidman bersama OMEGA, Jennifer Lawrence megah dibawa Longines sehingga yang terkini Tilda Swinton mengulit estetika fauna Cartier lewat kempen ‘Into the Wild’. Aktres-aktres ini telah diraikan sebagai bukti jam tangan bukan lagi pelengkap gaya lelaki sahaja namun menjadi ikon baru wanita yang dibudayakan lewat perwatakan di dalam filem juga siri televisyen.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down