Gerakan sutradara wanita agak perlahan beberapa tahun kebelakangan ini. Jika ada yang terakhir menghasilkan filem cereka mungkin Amanda Nell Ng menerusi Tiger Stripes dan Tunku Mona Riza menerusi filem Raintown. Filem kita didominasi lelaki sebetulnya yang sudut pandang dan pengolahannya seperti sifat lelaki itu sendiri - keras dan ego.
Disebabkan itu saya kira filem tempatan bergerak terlalu heroic sifatnya menjadikannya terlalu maskulin dan kurang menyentuh. Masih mencari siapa yang mampu meneruskan legasi Yasmin Ahmad dengan ceritera ringan namun menyentuh itu bukan lagi tujuan namun mencari siapa lagi teraju wanita yang mampu memecah dominasi pembikin filem lelaki sepertinya masih buram.
Bertuah kita masih ada nama-nama seperti Nadiah Hamzah, yang terakhir kali muncul dengan naskhah cereka menerusi filem 'Motif' lakonan Sharifah Amani dan Rosyam Nor. Itu kira-kira tujuh tahun lalu. Satu tempoh panjang sebelum awal tahun ini kita dihebahkan dengan perkhabaran filem kedua bakal menyusul.
Baca bicara panjang Hafizan Mohd bersama Nadiah Hamzah tentang filem, cabaran, sudut pandang dan filem-filem kegemarannya.
ELLE: Terakhir kali muncul dengan karya cereka menerusi Motif. Apa yang membuatkan Nadiah ambil masa yang lama untuk menghasilkan filem kedua, Kata Hati?
Nadiah Hamzah: Raising finance to make a film is not easy, tapi saya bersyukur kerana dapat juga menghasilkan naskhah yang baru. 'Motif' di penghujug 2019. It’s almost like a fever dream. I don’t really remember the years post-Covid. Enam tahun berjalan sangat cepat seperti tiada apa yang terjadi. Namun pada masa yang sama, I think that period shaped me a lot and in a way, membawa saya kepada penghasilan Kata Hati.
E: Boleh ceritakan proses idea ke skrip? Berapa lama ia dihasilkan dan bila Nadiah putuskan naskhah ini siap untuk difilemkan?
NH: Idea untuk cerita Kata Hati bermula sewaktu lock-down, it was a period of uncertainty and despair for some people. Selepas Motif, saya mahukan sesuatu yang feel good, light, funny dan romantik. Development took place from 2020 to 2022, and by then we had a first draft which I pitched around, sampailah saya bertemu dengan my co-producer yang mengisi financial gap. Proses pra-produksi bermula pada Januari 2025 and principal photography was completed sekitar September 2025.
E: Since this movie is established as a romcom, is the story something yang penonton can expect or ada idea baru yang mahu dipersembahkan.
NH: Semua orang akan expect certain tropes when it comes to romantic comedies, I think Kata Hati delivers all of that, and a little bit more. Tapi saya kira penonton sekarang mahukan sesuatu yang lebih fresh, jadi saya cuba bagi sedikit kelainan dengan menerapkan elemen-elemen yang unexpected, supaya penonton rasa lebih teruja untuk datang ke panggung.
E: Saya tertarik dengan pemilihan pelakon. Boleh kongsikan mengapa Nia dipilih sebagai wajah utama?
NH: Seperti pemilihan pelakon lain, Nia menjalani sesi ujibakat dan ternyata dia yang memberi persembahan yang sangat convincing. Sebelum ini saya hanya mengenali Nia sebagai seorang model, tetapi apabila watak ini diberikan kepadanya, saya nampak kesungguhan dan dedikasinya untuk menjiwai Ayra Natasha. She has so much potential.
E: Yusoff dan Fazziq juga bukanlah wajah tipikal pelaris filem, apa yang meyakinkan Nadiah?
NH: Since it’s a romantic comedy, keserasian atau chemistry between the actors sangat penting. Jadi untuk filem ini, saya adakan sesi chemistry read untuk mencari pelakon yang akan sparring bersama Nia. We went through many actors before we found Yusof. He was such a natural.
Saya juga bertuah kerana dia dan Nia pernah bekerjasama sebelum ini, jadi tiada rasa janggal langsung antara mereka. Fazziq pula membawa satu energy yang berbeza dalam trio ini. Dia belum pernah memainkan watak antagonis sebelum ini, jadi ia satu cabaran untuknya, but he definitely delivered.
E: Ada filem, bahan bacaan atau situasi yang menjadi rujukan menghasilkan filem ini?
NH: Two films from the 90s iaitu Notting Hill dan Femina (dir. Aziz M. Osman). I wish I had more time to read, but if there’s one book, it would be Normal People oleh Sally Rooney. There is a quiet intensity and emotional restraint in the book that I wanted to capture within this film.
E: Kepayahan atau cabaran utama menghasilkan Kata Hati?
NH: Seperti biasa, cabaran utama tetaplah raising the financing, and having just enough for an 18 days shoot. That’s a very short period for this big world we were creating, but I’m very thankful I got it done in time. Beyond that, the real challenge was tone. Kata Hati sits somewhere between something light and something more emotional, and I needed to find that balance so it still feels like my own voice. It would be easier to go big, but I’ve always been drawn to the quieter moments, so finding that balance was probably the biggest challenge.
E: What shouldn’t people expect from this movie?
NH: Kata Hati is definitely a lot more grounded than a typical romantic comedy. There’s quiet moments, some awkwardness, things said and left unsaid. Not every moment is loud and dramatic, but hopefully still comes across as real, honest and truthful.
E: Selepas Kata Hati adakah kita harus menunggu lagi tujuh tahun untuk naskhah terbaru Nadiah Hamzah atau sudah ada sesuatu yang dirancang?
NH: Harapnya tak perlu tunggu tujuh tahun lagi. I definitely don’t want to take that long this time. I already have a few ideas in development, but I’m still searching for something that really resonates with me. For now, I just want to give Kata Hati its moment and see how it connects with audiences.
E: Filem tempatan yang Nadiah enjoy tonton recently?
NH: The last one I truly enjoyed is Libang Libu - saya kira ini bukan filem komedi untuk semua, tapi after many serious and intense films, Libang Libu betul-betul mencuit hati dan buat saya pecah perut ketawa. Penonton Malaysia sudah lama tidak disajikan dengan filem komedi, jadi saya kira ini percubaan berani and I welcome it!
E: Jika bajet bukan satu masalah, filem bagaimana seorang Nadiah Hamzah akan hasilkan?
NH: Sedekad lepas saya pernah menghasilkan satu proof of concept untuk sebuah filem sci-fi berjudul Jupiter. Kalau bajet bukan menjadi satu masalah saya mahu kembali meneruskan projek tersebut sampai jadi. Kalau tak pun, saya ingin mengadaptasi satu-satunya naskah teater tulisan seorang pengarah filem tersohor Malaysia yang saya sangat kagumi - tapi tajuknya biarlah rahsia buat masa sekarang.
E: Your top 5 all time favorite films?
NH: In no particular order, antara filem yang paling saya suka adalah Farewell China oleh Clara Law, Sepet (Yasmin Ahmad), Arrival (Denis Villeneuve), Perempuan Melayu Terakhir (Erma Fatima) dan Begin Again oleh John Carney.
*Kata Hati bakal di pawagam 14 Jun 2026

