Langgan

Merungkai Misteri 'Polong' Bersama Mimi Lana & Jun Lojong

Bual eksklusif bersama Mimi Lana & Jun Lojong
3 minit untuk membaca
Published: May 20, 2026

Polong lakonan Mimi Lana bersama Jun Lojong

Filem tempatan bergerak cukup melejit tahun ini. Daripada satu filem berganti filem lainnya yang menanti tarikh wajib tayangnya menjadi satu momen cukup baik untuk filem kita sepanjang tahun. 'Polong' yang mula mencuri perhatian penonton sejak treler dikeluarkan mengundang keterujaan berterusan tahun ini.

Membawa kisah Fatima (Mimi Lana) seorang wartawan yang tanpa sengaja membongkar kisah silam seorang bomoh wanita bersiri Maria Hadi (Jun Lojong) yang juga cuba menebus dosa di penghujung hayatnya. Namun, pencarian terhadap satu kebenaran tidak hahaja membuka kisah lampau namun membawa pada tragedi yang lebih mengerikan.

ELLE berbual bersama dua pelakon utamanya, Mimi Lana dan Jun Lojong tentang peranan, perwatakan serta cabaran menyempurnakan watak masing-masing lewat filem arahan Zulkarnain Azhar ini.

ELLE: Kalau boleh ditafsirkan dalam ayat paling ringkas, apa yang 'Polong' mampu tawarkan buat penonton?

Mimi Lana: Sebuah filem yang akan bagi pengalaman yang meloyakan, yang geli tekak. Satu pengalaman yang lain daripada apa yang biasa mereka pernah tonton.

Jun Lojong: Sebuah filem yang datang dengan rahsia lama yang akan kembali.

E: First impression ketika diberi tawaran?

ML: Sangat looking forward sebab saya dah lama nak bekerja dengan abang Zul (Zulkarnain Azhar) dan soalan pertama yang saya tanya dia lepas baca skrip, lepas ke cerita ni nak keluar? Filem yang sangat gore, berat tapi abang Zul pengarah tahu macam mana nak memudahkan banyak hal dalam penggambaran. Dia sangat membantu dalam memberi pemahaman visual yang memudahkan tugas saya sebagai pelakon.

JL: Saya teruja sebab perwatakan yang ditulis tentang seorang wanita yang mencari keampunan dan peluang kedua atas kesilapan silam. Atas kepercayaan dalam dunia mistik dan segala ketaksuban yang membawa dia ke satu fasa hidup berbeza.

E: Kepayahan atau cabaran utama?

ML: Pabila berlakon saya akan sangat excited untuk masuk ke dalam perwatakan yang ditulis. Saya sangat enjoy masa dapat tahu saya dapat watak sebagak wartawan jenayah dalam satu kes yang sangat besar. Ada satu perspektif berbeza tapi ia datang dengan pemahaman yang dalam terhadap karakter.

JL: Cabaran terbesar untuk mendalami watak Maria adalah untuk sentiasa ada rasa penyesalan yang dalam diri atas kesilapan lama. Ia satu proses kompleks bagi mendapatkan sebuah pengampunan. Saya jarang berlakon tapi pabila perlu berlakon saya akan mudah terbawa-bawa perwatakan di set. Jadi untuk memastikan perwatakan serupa tidak dibawa ke rumah itu juga satu cabaran besar untuk saya.

E: Untuk Jun, sangat jarang di layar lebar. Terakhir mungkin 'Roh' Apa yang membuat anda say yes untuk projek ini?

JL: Saya bersetuju untuk berlakon dalam filem ini sepenuhnya kerana watak yang ditawarkan. Sebagai pelakon saya kena rasional juga sama ada mampu atau sesuai ke tidak watak yang ditawarkan. Untuk 'filem Polong', cabaran merealisasikan watak Maria itu menarik perhatian saya dan saya lihat banyak hal yang saya boleh explore menerusi perwatakan yang ditulis.

E: It's an easy decision untuk Mimi terima offer ini atau ada keraguan awalnya?

ML: Keraguan saya satu sahaja pada awalnya, adakah filem ini lepas untuk tayangan. Saya sukakan cabaran yang datang dan watak Fatima membuat saya keluar daripada zon selesa.

E: Filem ini bermodal kisah Mona Fendy untuk tarik penonton ke panggung semata-mata atau ada hal lain yang berbaloi untuk penonton menonton?

ML: Filem ini lebih tepat kalau dikatakan sebagai diinspirasikan daripada kisah benar dan bukanlah diambil seratus peratus daripada kes sebenar. Ia diolah untuk jadikan ia lebih mudah untuk orang terima dan memberi satu pengalaman. Filem ini bukan datang niat untuk memburukkan sesiapa tetapi dengan hasrat memberi satu sudut pandang lain yang lebih realistik dan penuh kemanusiaan.

E: Kepuasan utama sebagai pelakon tentang filem ini? daripada proses awal sehingga akhir.

JL: Dalam bekerja memang jarang puas sebab setiap watak yang saya dapat adalah peluang untuk belajar. Kalau ada rasa puas tu sebenarnya kita akan hilang rasa nak buat yang lebih baik pada masa depan. Lihat ia sebagai sesuatu ilmu yang baru untuk kita bawa ke masa depan.

E: Kongsikan pengalaman berlakon di bawah arahan Zulkarnain Azhar

ML: Dia antara pengarah yang saya rasa paling mudah untuk bekerjasama tapi pada masa yang dia sangat menjaga kualiti kerja. Saya sukakan semangat dia, sebab filem ini dah lama dia rancang cuma baru sekarang dapat jadi kenyataan. Dia tahu kepentingan menghasilkan filem dengan keseimbangan yang boleh orang relate dan pada masa yang sama lakukan apa yang dia percaya.

JL: Bekerja dengan Zul sangat mudah sebab dia bagi kebebasan untuk saya membentuk perwatakan Maria dan explore dengan cara sendiri. Saya suka cara dia menerangkan watak Maria dengan sangat terperinci dan ia memudahkan saya sebagai pelakon mendalami karakter. Pada masa yang sama saya sangat bersyukur sebab dia pun ada kata masa dia tulis watak Maria dia nampak saya yang melakonkan watak ini. Bagi saya ini rezeki yang sangat saya hargai.

ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down