Langgan

Blood Brothers Dominasi Pencalonan Festival Filem Malaysia ke-34

FFM kembali dengan tema 'Karya Kreatif, Sinema Dinamik'
1 minit untuk membaca
Published: October 13, 2025
Blood Brothers: Bara Naga mendahului pencalonan FFM 34

Festival Filem Malaysia kembali lagi bagi penganjuran ke-34 tahun ini dengan mengangkat tema 'Karya Kreatif, Sinema Dinamik'. Sebanyak 30 kategori bakal dipertandingkan dengan persaingan sengit penceritaan, teknikal dan lakonan.

Filem terbitan Skop Productions dan Primeworks Studios iaitu Blood Brothers: Bara Naga mendominasi pencalonan dalam 13 kategori keseluruhan. Filem arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra itu bakal memberi saingan bagi kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan tiga pencalonan bagi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Kategori lain yang turut menyaksikan pencalonan bagi filem ini adalah Aksi dan Lagak Ngeri Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Lagu Tema Terbaik dan Rekaan Kostum/Busana Terbaik.

Sofia Jane mendapat pencalonan Pelakon Wanita Terbaik

Sofia Jane menerusi filem Mencari Ramli dicalonkan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik bakal bersaing bersama aktres lain - Nabila Huda (Telaga Suriram), Khatijah Tan (Jangan Pandang Belakang, Aku Tahu Asal Usul Mu), Maya Karin (Telaga Suriram) dan Sweet Qismina menerusi filem Babah.

Manakala aktor prolifik Beto Kusyairi sekali lagi dicalonkan bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Reversi. Bero bakal bersaing dengan Qi Razali (Babah), Sharnaaz Ahmad (Blood Brothers: Bara Naga), Aeril Zafrel (Laknat) dan Tony Eusoff (Mencari Ramlee).

Beberapa filem lain yang mendapat pencalonan tertinggi tahun ini adalah Takluk: Lahad Datu turut unggul dengan 12 pencalonan diikuti filem Soloz: Game Of Life (11 pencalonan), Kahar: Kahar Kapla High Council (10 pencalonan), Reversi dan Babah dengan 9 pencalonan.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down