
Bottega Veneta terus mengukuhkan hubungannya dengan dunia seni melalui kolaborasi bersama artis Korea Selatan, Kwangho Lee. Bertempat di butik Via Sant’Andrea di Milan, projek ini mempersembahkan instalasi cahaya bersifat site-specific bertajuk ‘Lightful’ di samping beberapa aktivasi terpilih di seluruh kota.
'Lightful': Anyaman, Cahaya dan Material
‘Lightful’ menggabungkan bentuk anyaman tergantung yang menjadi signature Kwangho Lee dengan arca cahaya baharu yang dihasilkan daripada jalur kulit jenama itu. Direka dalam tona hitam dan hijau pilihan Pengarah Kreatif Louise Trotter, setiap struktur hadir dalam bentuk organik yang berbeza. Potensi diperlihatkan dalam eksplorasi material yang berterusan dalam praktik seni Kwangho. Interaksi antara anyaman, cahaya dan bayang mencipta dimensi baharu dalam karya ini. Selain itu, memperluaskan juga pendekatannya terhadap hubungan antara tekstur, bentuk dan iluminasi.
Kolaborasi Berteraskan Kraf dan Inovasi

Kolaborasi ini menandakan kerjasama ketiga antara Bottega Veneta dan Kwangho Lee di bawah arahan kreatif Louise Trotter. Kwangho pernah menyertai persembahan Summer 2026 serta pameran ‘Weaving the World: The Language of Intrecciato’ di Seoul pada Jun 2025. Artis ini dikenali dengan pendekatan eksperimental terhadap bahan seperti logam, marmar dan gentian semula jadi. Kwangho terus meneroka pertembungan antara material berbeza, sebuah falsafah yang selari dengan identiti jenama yang berakar pada kraf dan inovasi.



