Langgan

Idea Janji Temu Romantis Inspirasi Filem Ikonik

Let's go on a date!
2 minit untuk membaca
Published: August 2, 2025

Jika anda mencari idea janji temu yang kreatif dan romantik, anda boleh mengambil inspirasi daripada filem-filem ikonik ini. Filem cinta sering mencipta detik yang menyentuh hati dan sukar dilupakan. Daripada suasana santai hingga pengalaman yang dramatik, anda boleh cuba pelbagai cadangan janji temu menarik. Semua ini diinspirasikan daripada babak-babak romantis yang telah meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.

Mengunjungi Kedai Rakaman Muzik - Before Sunrise

Bayangkan berjalan sambil berbual santai di kedai rakaman, menyelusuri koleksi piring hitam lama dan berkongsi minat muzik antara satu sama lain. Sama seperti Jesse dan Céline dalam Before Sunrise, ini adalah aktiviti yang tenang tetapi penuh makna. Ia membuka ruang untuk mengenali personaliti pasangan dengan lebih mendalam melalui lagu kegemaran dan memori di sebalik setiap album.

@filmmoment_s Before Sunrise é baseado numa historia Real de um encontro que o Diretor Richard Linklater teve com uma mulher em 1989. Ele fez o filme com a esperança que ela um dia veja mas infelizmente ela faleceu antes do lançamento do filme. Linklater só tinha descoberto depois de lançar Before Sunset, o segundo filme 🙁 #beforesunrise #movie #ethanhawke ♬ som original - FilmMoment

Melawat Planetarium – La La Land

Tiada yang lebih magis daripada menyaksikan bintang-bintang dan galaksi sambil berpegangan tangan. Seperti Sebastian dan Mia dalam La La Land. Mengunjung ke planetarium memberi anda peluang untuk melarikan diri seketika dari dunia nyata. Detik ini sangat sesuai untuk pasangan yang sukakan tentang angkasa lepas dan ingin menghayati keajaiban alam semesta bersama.

@movieclips Dancing in the Stars - Part 1 - La La Land (2016) - TM & © #LionsgateFilms At Griffith Observatory, Mia (Emma Stone) and Seb (Ryan Gosling) fall in love and dance away into the stars. Click the link in bio to watch the full movie. #lalaland #lalalandmovie #emmastone #ryangosling ♬ original sound - Movieclips

Menonton Perlawanan Bola Keranjang – How to Lose a Guy in 10 Days

Jika anda dan pasangan sukakan suasana bertenaga dan penuh sorakan, menonton perlawanan sukan secara langsung adalah pilihan terbaik! Dalam filem How to Lose a Guy in 10 Days, Andy dan Ben menjadikan aktiviti ini sebagai salah satu janji temu kegemaran mereka kerana minatkan pasukan yang sama sambil menikmati keseronokan di stadium.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nineties Anxiety (@90sanxiety)

Dating di IKEA – (500) Days of Summer

Siapa sangka membeli perabot boleh jadi momen romantik? Dalam filem (500) Days of Summer, Tom dan Summer menjadikan IKEA sebagai ‘rumah impian’ mereka untuk sehari. Anda boleh berjalan berdua sambil membayangkan kehidupan masa depan atau sekadar berseronok ‘berlakon’ sebagai pasangan yang baru berpindah masuk ke rumah baru. So cute!  

@a.selenx Sure?!?!? #foryoupage #fyp #zyxcba #ikea #thesmiths #500daysofsummer #movies #shopping #music ♬ original sound - &lt3

Mendayung Bot – The Notebook

Jika anda sukakan suasana tenang dan sedikit pengembaraan, aktiviti berkayak atau mendayung bot seperti Noah dan Allie di dalam The Notebook sangat sesuai. Suasana tasik yang damai, disekelilingi alam semula jadi yang memukau bersama angin sepoi-sepoi bahasa dan refleksi air yang tenang, memberi peluang untuk berbual dari hati ke hati.

@_.sweetfy._ this scene has my heart #thenotebook #lepaginedellanostravita #ryangosling #thenotebookedit #fyp #perte ♬ suono originale - sweetfy

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down