Langgan

Langkah Di Bawah Satu Langit Bersama Merantau Dunia

Ketahui bagaimana pengembaraan dapat mengubah persepsi ramai dengan cara Merantau Dunia!
3 minit untuk membaca
Published: September 23, 2025

Berbekalkan semangat mencabar diri dan cinta terhadap alam, Zahirah Munjit menjadikan setiap langkah kembaranya sebagai inspirasi. Pemilik akaun Instagram Merantau Dunia ini percaya bahawa mengembara bukan sekadar hobi tetapi cara hidup yang sederhana namun penuh makna. 

Zahirah Munjit

Sebagai seorang adventure travel, pencipta kandungan dan penganjur trip bajet, Zahirah membuktikan bahawa menjelajah dunia tidak memerlukan wang yang banyak, sebaliknya keberanian untuk keluar daripada zon selesa. Setiap perjalanannya dirakam sebagai kisah yang menyuntik pengajaran dan motivasi menunjukkan bahawa keindahan dunia boleh dinikmati dengan langkah kecil tetapi berani.

Permulaan Sebuah Nama

Nama Merantau Dunia mula dikenali ketika pandemik, saat Zahirah pulang ke Malaysia selepas enam tahun di New Zealand. Dengan latar belakang akademik dan pengalaman dalam industri pelancongan dan memanfaatkan simpanannya untuk menjelajah seluruh negara sebelum mengembangkan perjalanan ke Asia Tenggara dan destinasi antarabangsa.

Prinsipnya mudah: pengembaraan tidak perlu mahal, cukup dengan pengalaman baru dan pandangan berbeza. Melalui inisiatif terbaru akaun Instagram Merantau+ dapat membuka ruang kepada lebih ramai orang untuk merasai kembara bajet secara berkumpulan termasuk aktiviti mencabar yang mungkin sukar dilakukan secara solo. Zahirah berhasrat membina komuniti pengembara yang lebih besar agar setiap perjalanan menjadi lebih bermakna apabila dikongsi bersama.

Cabaran, Alam & Hubungan

Bagi Zahirah, setiap perjalanan adalah peluang untuk mencabar diri dan melakukan sesuatu yang baru. Aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan free diving menjadi pilihan utamanya kerana memberi kepuasan serta pengalaman yang mendekatkannya dengan alam. Gunung dengan udara segar dan pemandangan indah atau laut dengan kehidupan berwarna-warni adalah ruang di mana dia benar-benar merasai erti hidup. Baginya, cabaran fizikal adalah keseronokan yang tidak dapat diganti oleh pengalaman lain.

Namun, pengembaraan Zahirah tidak hanya terletak pada aktiviti mencabar tetapi juga pada hubungan yang terjalin. Dia gemar bersembang dengan penduduk tempatan, bermain dengan kanak-kanak dan menikmati suasana kampung. Bagi Zahirah, nilai sesebuah destinasi bukan sekadar pada landskapnya tetapi pada jiwa dan cerita yang dibawa orang-orangnya. Zahirah lebih memilih alam semula jadi berbanding hiruk-pikuk bandar kerana di situlah rasa gembira dan ketenangan dapat dirasai. Setiap destinasi baginya adalah ruang untuk menemui dunia sekaligus mengenal dirinya sendiri.

Zahirah bersama kanak-kanak di Kashmir!

Travel Tips daripada Merantau Dunia!

1. Peta Offline

Peta offline sangat penting untuk sesiapa yang ingin menjelajah ke kawasan yang tiada sambungan internet terutama sekali apabila berada di tempat terpencil atau kawasan luar bandar yang liputan rangkaiannya lemah serta mengelakkan risiko sesat di kawasan asing.

2. Share your location! 

Untuk keselamatan, sentiasa kongsikan lokasi dengan keluarga terutama sekali apabila anda solo travelling. Jangan lupa untuk bawa barang peribadi yang boleh membantu anda jika ada kecemasan dan dari situ ia boleh menghantar signal kepada emergency contact untuk beritahu ada sesuatu berlaku.

3. Capsule Wardrobe & Packing Cubes

Jika anda seorang backpacker anda perlu memastikan beg tidak terlalu berat semasa travel. Jadi konsep capsule wardrobe sangat sesuai untuk digunakan. Dengan capsule wardrobe, ada beberapa pakaian asas yang boleh digabungkan untuk nampak seperti gaya baru. Untuk lebih organized, anda juga boleh menggunakan packing cube supaya barang lebih teratur dan mampat.

Backpack adalah pilihan Zahirah ketika merantau dunia

4. Travel semasa off-season

Travel semasa musim bunga atau musim luruh lebih murah. Ramai yang suka pergi semasa musim panas atau musim sejuk kerana banyak aktiviti, tambahan dengan dan cuaca yang cantik tetapi sebenarnya musim-musim yang lain juga seronok untuk dijelajah dan boleh mengurangkan kos perjalanan dari situ.

5. Cari penerbangan lebih daripada tiga platform

Apabila anda menempah trip, elakkan daripada hanya bergantung kepada satu platform sahaja. Sebaliknya, cuba gunakan pelbagai platform atau laman web berbeza untuk membuat perbandingan. Dengan cara ini, anda dapat mengenal pasti tawaran terbaik.

6. Sentiasa bawa penapis air mudah alih! 

Dengan adanya penapis air mudah alih ini sangat memudahkan perjalan pengembaraan! Contohnya bila hiking, anda perlukan air tapi sumbernya kotor seperti sungai dan lain-lain, jadi anda boleh tapis terus dan minum. Kadang-kadang susah untuk dapatkan air di tempat tertentu, jadi benda ini memang sangat berguna untuk dapatkan air bersih.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down