Langgan

The RuMa Hotel and Residences Terima One MICHELIN Key

Menjulang kemewahan Malaysia ke pentas dunia.
2 minit untuk membaca
Published: December 10, 2025

Dalam lanskap hotel mewah yang semakin kompetitif, hanya segelintir destinasi mampu meninggalkan kesan yang benar-benar berkekalan. The RuMa Hotel and Residences sebuah oasis urban yang berdiri anggun di tengah Kuala Lumpur kini mengukuhkan kedudukannya apabila dianugerahkan One MICHELIN Key, satu penghormatan berprestij yang diberikan kepada hotel dengan pengalaman penginapan yang luar biasa.

Warisan Bertemu Kemewahan 

Dari pintu masuknya, The RuMa memikat melalui naratif visual yang merayakan identiti Malaysia. Instalasi sangkar burung terracotta yang menyambut tetamu mengimbas sejarah perlombongan dan pekerjaannya. Manakala tangga spiral megah di lobi membawa nostalgia seni bina kolonial yang diterjemahkan dalam lengkung moden.

Setiap unsur dibina berasaskan cerita. Cerita tentang rumah, tentang budaya, tentang Malaysia yang kaya dengan lapisan sejarah dan emosi.

Di bilik-biliknya, suasana ‘rumah’ dipersembahkan dengan penuh kehalusan. Kipas siling klasik yang menjadi memori kolektif keluarga Malaysia, minibar dengan kudapan tempatan yang membangkitkan nostalgia dan pemandangan Kuala Lumpur yang memukau. 

Salah satu suite di The RuMa

Pengalaman Kulinari Bertaraf Tinggi di ATAS

Pengalaman gastronomi di The RuMa dipimpin oleh ATAS, restoran yang meraikan warisan kulinari Malaysia melalui sentuhan moden. Berinspirasikan resipi turun-temurun dan pengaruh budaya Melayu, Cina, India dan komuniti pribumi, ATAS mempersembahkan hidangan yang mengangkat cerita dan jiwa Malaysia ke pentas fine dining.

Tetamu turut boleh menikmati ruang lain seperti:

  • The LIBRARI – ruang santai untuk teh petang bertemakan warisan,
  • SEVEN Lobby Barsignature bar dengan 77 pilihan gin dunia
  • SANTAI Pool Bar & Lounge – destinasi percutian urban dengan panorama kota.

UR SPA: Ketenangan Melalui Tradisi

Lantai keenam The RuMa menawarkan dunia berbeza. Sebuah oasis tropika dengan kolam renang infiniti 25 meter dan UR SPA, pusat kesihatan yang menekankan keseimbangan tubuh dan minda.

Rawatan seperti Dusun Inan Body Therapy dan Urutan Malaysia menggabungkan ramuan tradisional dan teknik penyembuhan tempatan, membawa tetamu kepada pengalaman kesejahteraan Malaysia yang asli dalam suasana moden.

Pengiktirafan MICHELIN Key

Dengan anugerah One MICHELIN Key, The RuMa berdiri sebagai bukti bahawa kemewahan Malaysia memiliki suara yang unik, mempesona dan autentik.

Hotel ini bukan sekadar tempat menginap, ia juga adalah pengalaman budaya, sebuah karya seni hidup yang memelihara warisan sambil memacu moderniti.

Dan kini, dengan pengiktirafan global yang diperolehnya, The RuMa tidak hanya meraikan pencapaian sendiri. Ia membuka jalan, menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia boleh dan sememangnya layak menjadi destinasi hospitaliti bertaraf dunia.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down