Langgan

Antara Highlights Di Pertunjukkan Fesyen Victoria’s Secret 2026! 

The angels has landed!
2 minit untuk membaca
Published: October 19, 2026

Digelar sebagai ‘Ladies’ Super Bowl’, Victoria’s Secret Fashion Show 2026 sekali lagi menjadi tumpuan dengan gabungan fesyen, muzik dan kemunculan barisan model ikonik. Daripada persembahan kumpulan pop yang sedang meningkat naik hingga penampilan istimewa di pentas peragaan, edisi kali ini menyajikan beberapa momen yang mencuri perhatian. Berikut antara sorotan yang mewarnai pertunjukan tersebut.

KATSEYE Bawa Aura PINK Dengan ‘Pinky Up’

Siapa yang tidak mengenali KATSEYE? The It-Girl group yang semakin mencipta nama ini tampil dengan penuh tenaga menerusi lagu ‘Animal’, sebelum meneruskan persembahan dengan ‘Pinky Up’. Pilihan lagu tersebut cukup serasi dengan segmen PINK Victoria’s Secret. Kehadiran mereka turut memberikan sentuhan pop segar kepada pertunjukan fesyen yang dinanti-nantikan ini.

Kylie Jenner Dalam Fantasy Bra!

Antara momen yang paling mencuri perhatian ialah kemunculan Kylie Jenner dalam Fantasy Bra yang bernilai $50 juta. Penampilannya membawa kelainan kepada pentas Victoria’s Secret tahun ini, sekali gus mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat. Sebagai figura yang mempunyai pengaruh besar dalam dunia fesyen dan kecantikan, kehadiran Kylie menambahkan lagi elemen glamor pada pertunjukan tersebut.

Persembahan Memukau 

Tidak lengkap sebuah pertunjukan Victoria’s Secret tanpa persembahan muzik yang menghidupkan suasana. Megan Thee Stallion, Tate McRae dan Megan Moroney antara nama yang membuat persembahan kali ini. Masing-masing membawa identiti muzik tersendiri, memberikan variasi kepada pentas yang menggabungkan dunia fesyen dan hiburan dalam satu persembahan.

Once an Angel, Always an Angel

Ada nama yang sentiasa mempunyai tempat istimewa dalam sejarah Victoria’s Secret. Tahun ini, Barbara Palvin kembali ke pentas peragaan selepas bergelar ibu, menandakan satu lagi momen bermakna dalam perjalanan kariernya. Sementara itu, Adriana Lima terus membuktikan statusnya sebagai antara wajah paling ikonik jenama tersebut apabila melangkah di pentas peragaan buat kali ke-21. Barisan model yang turut mencuri perhatian termasuk Gigi Hadid, Elsa Hosk, Candice Swanepoel, Behati Prinsloo, Alessandra Ambrosio, Ashley Graham dan ramai lagi.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down