Langgan

Ulasan Filem: A Normal Woman (Netflix)

Lucky Kuswandi menggugah ilham psiko thriller.
2 minit untuk membaca
Published: July 25, 2025
Marrissa Anita teraju utama A Normal Woman

Ketika Lucky Kuswandi mengedarkan filem panjang perdananya "Selamat Pagi, Malam" dia menjadi antara pengarah muda yang dilihat bakal memberi satu diversiti dalam perkembangan filem Indonesia. Mengangkat isu sosial dalam karya-karyanya, Lucky kini hadir dengan naskhah terbaru "A Normal Woman".

Terakhir kali muncul dengan filem yang juga digarap untuk Netflix berjudul "Dear David", Lucky Kuswandi sekali lagi meneroka ilham identiti dan sosialisme. Hasilnya filem itu datang dengan respons berbaur - ada yang menyenangi dan tak kurang yang mempertikaikan penghasilannya.

"A Normal Woman" meneruskan ilham kreatif pengarah ini di dimensi berbeza. Kali ini dia menggugah ilham Psiko / Thriller yang berlatar kisah watak utamanya, Milla yang dihantui kisah silam yang buram dan identiti yang mengelirukan.

Sebuah Satira Sosiologi

Filem ini dibuka dengan kehidupan serba moden Milla dan suaminya Jonathan yang hidup serba mewah bersama anak gadis mereka dan ibu mertua. Semuanya berubah pabila Milla didatangi penyakit kulit kronik yang berkait dengan masa silamnya.

Filem ini datang dengan premis idea yang menarik - mengangkat isu identiti dan pencarian diri. Ia disulam dengan drama, tanya tanya dan konflik rumah tangga / kekeluargaan. Pengisiannya moden dengan pendekatan gaya hidup metropolis.

Dan dalam premis berbeza ini, Lucky Kuswandi sepertinya hilang arah dalam penyampaian ceritanya. "A Normal Woman" memiliki line up lakonan yang cukup meyakinkan namun ia longgar di sudut penceritaan dan skrip.

Marissa Anita memberikan lakonan terbaiknya untuk menyelamatkan filem ini.

Siapa "A Normal Woman"?

Kebanyakan momen di filem ini dihabiskan dengan tanda tanya yang tidak konkrit. Siapa Milla dan perkaitan Grace yang menghantuinya sepertinya tidak dijelaskan dengan baik. Saya tidak faham apa perkaitan kisah silam Milla dengan penyakit kulit kronik yang menghantuinya.

Hal ini samar dan tidak kukuh faktanya untuk bergerak sebagai sebuah filem cereka yang meyakinkan. Marissa Anita seperti ditekan bagi memberi filem ini impak yang akhirnya dia sendiri sebagai pelakon berkaliber gagal menyelamatkan filem ini sebagai naskhah yang baik.

Apa yang tiada dalam "A Normal Woman" adalah struktur penceritaan yang kuat. Ia bergerak tidak lebih daripada sebuah vibes sahaja. Part of it giving "Parasite" dan sebahagiannya menggugah ilham body horror seperti "The Substance".

Sebagai pengikut filem-filem Lucky Kuswandi dan peminat Marissa Anita, filem ini tidak membekas kesan. Namun beberapa hal seperti rekaan set, tona warna di filem ini dan wardrobe yang dipilih setidaknya memberi justifikasi tepat pada keseluruhan idea cerita.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down