Langgan

Meneroka Babak Baru Nobu Kuala Lumpur: Chef Mauro Baldari

Membawa pengalaman kulinari merentas dunia, kini sebagai Ketua Chef Eksekutif Nobu Kuala Lumpur.
2 minit untuk membaca
Published: October 19, 2026

Restoran mewah sentiasa meraikan cita rasa, kreativiti dan pengalaman menjamu selera yang istimewa buat pelanggannya. Di Nobu Kuala Lumpur, semangat dan pasak fokus ini diteruskan menerusi pelantikan Chef Mauro Baldari. Dia dilantik sah sebagai Ketua Chef Eksekutif yang baharu.

Mempunyai banyak pengalaman di pentas antarabangsa serta perjalanan kerjaya yang sentiasa berkembang. Ia seiring rangkaian jenama restoran Nobu yang membawa perspektif kulinari yang menggabungkan ketelitian teknik, pengaruh budaya dan pemahaman mendalam terhadap seni hospitaliti masakan.

Bermula di Itali lagi, perjalanan kulinari Chef Mauro membawanya ke London dan Dubai sebelum terus berkembang di Doha. Pengalaman merentas destinasi ini memperkenalkannya kepada pelbagai rencam budaya serta pengaruh gastronomi yang membentuk gaya kepimpinan masakannya di dapur. Baginya, pengalamannya juga memberi banyak pendekatan dalam mencipta setiap hidangan sebagai cef.

Perjalanannya bersama Nobu turut bermula di Dubai sebelum diteruskan di Doha. Sekali gus memperkukuh pemahamannya terhadap falsafah masakan Jepun-Peru yang menjadi identiti restoran berkenaan.

Sepanjang panjang tempohnya di Doha juga restoran tersebut tersenarai dalam MICHELIN Guide selama dua tahun berturut-turut. Selain itu turut menerima beberapa pengiktirafan termasuk Best Brunch in the City, Best Japanese Restaurant dan Best Ladies’ Night. Pencapaian ini mencerminkan kepentingan kerjasama pasukan, konsistensi dan komitmen dalam membentuk pengalaman menjamu selera yang berkualiti.

Di Kuala Lumpur, Chef Mauro membawa pengalaman tersebut ke sebuah bandar yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan cita rasa. Selain meneruskan standard yang sinonim dengan Nobu, dia turut membuka ruang kepada pertukaran idea serta pemahaman terhadap landskap gastronomi tempatan.

Pertemuan Dua Perspektif Kulinari

Ketibaan Chef Mauro turut bertepatan dengan kunjungan semula Chef Hervé Courtot, Chef Korporat Nobu, ke Kuala Lumpur dari 10 hingga 14 Oktober. Pertemuan ini menghimpunkan kepakaran dua figura kulinari yang berkongsi pemahaman terhadap falsafah Nobu. Ia sekali gus turut menonjolkan kesinambungan identiti jenama tersebut merentas destinasi antarabangsa.

Sempena kunjungan itu, Signature Osusume hasil sentuhan Chef Hervé Courtot turut ditawarkan di Nobu Kuala Lumpur dari 10 hingga 31 Oktober. Menu istimewa yang tersedia untuk tempoh terhad ini menampilkan interpretasi dirinya terhadap keseimbangan rasa, tekstur dan teknik penyediaan. Ia turut memberikan dimensi berbeza kepada pengalaman menjamu selera di Nobu Kuala Lumpur sepanjang bulan ini.

Daripada Santapan Tengah Hari ke Suasana Malam

Di sebalik acara istimewa ini, Nobu Kuala Lumpur terus menawarkan pengalaman gastronomi yang sesuai dinikmati pada pelbagai waktu. Sajian tengah hari hadir dalam suasana sofistikated, menjadikannya pilihan untuk pertemuan perniagaan mahupun santapan santai bersama kenalan. Menjelang malam, panorama latar langit Kuala Lumpur mencipta suasana yang berbeza untuk menikmati pilihan sushi, koktel dan hidangan ikonik restoran ini.

Keistimewaan Nobu terletak pada gabungan teknik masakan Jepun dengan pengaruh Peru, disempurnakan melalui pemilihan bahan berkualiti dan layanan yang teliti. Setiap elemen memainkan peranan dalam membentuk pengalaman yang melangkaui hidangan semata-mata, dengan rasa, persembahan dan suasana saling melengkapi.

Di bawah kepimpinan Chef Mauro, Nobu Kuala Lumpur meneruskan tradisi kulinarinya sambil memberi ruang kepada perspektif berbeza. Sama ada untuk santapan tengah hari yang santai atau makan malam berlatarbelakangkan panorama kota, setiap kunjungan menawarkan peluang untuk menikmati gabungan cita rasa Jepun-Peru dalam suasana yang sofistikated, mewah dan tersendiri.

ADVERTISEMENT
Topics: ,
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down