Langgan

Wishlist: Pilihan Beg dan Kasut Prada Yang Menjadi Idaman Musim Ini

Pilihan yang cukup menarik untuk melengkapkan gaya sepanjang musim percutian hujung tahun.
2 minit untuk membaca
Published: October 30, 2026
Gambar: Prada

Ada beberapa helaian yang sentiasa menjadi pilihan dalam almari pakaian kita, tidak kira musim atau trend semasa. Untuk koleksi Prada Winter 2026, jenama ini memberi nafas baharu kepada item klasik seperti busana tailoring, gaun hitam, denim, kemeja dan pakaian rajut. Potongan yang lebih kemas, pilihan warna yang terarah serta permainan material menjadikan rekaan-rekaan ini terasa segar tanpa lari daripada gaya asalnya. Prada turut mengambil inspirasi daripada arkib sendiri, mengolah semula rekaan yang terkenal agar sesuai dengan citarasa hari ini.

Walaupun helaian pakaian dalam koleksi ini cukup menarik, perhatian kami lebih tertumpu kepada beg dan kasutnya, apatah lagi menjelang musim percutian hujung tahun. Koleksi kasut menampilkan rekaan klasik yang diperkenalkan semula dan interpretasi baharu daripada arkib Prada. Antaranya termasuk loafer bertumit rendah dengan bahagian hadapan membulat serta kasut tumit tinggi berhujung runcing. Beg-begnya pula tidak kurang menarik, dengan rekaan ikonik Prada diberi nafas baharu menerusi permainan saiz dan proporsi. Ada yang tampil dalam versi mini, manakala selebihnya hadir dengan siluet memanjang yang cukup bergaya, namun masih praktikal untuk memuatkan barangan keperluan harian. Pilihan yang cukup menarik untuk melengkapkan gaya sepanjang musim percutian hujung tahun.

Beg Mini Prada Avoir

Sentuhan elegannya yang cukup bersahaja, sesuai untuk melengkapkan gaya harian. Bentuknya yang kompak, garisan lembut dan kemasan kulit Saffiano menjadikannya aksesori klasik yang sentiasa relevan.

Beg Mini Prada Carry

Hadir sebagai versi lebih kecil dengan bentuk memanjang daripada beg Carry koleksi Musim Luruh Prada. Siluetnya yang berstruktur memberikan penampilan kemas dan elegan manakala perincian tali di bahagian sisi menambah sentuhan tersendiri.

Beg Prada Cleo

Material calf leather berbulu dengan corak haiwan menambah karakter pada keseluruhan rekaan. Diinspirasikan daripada rekaan ikonik Prada era 1990-an.

Beg Mini Prada Galleria

Reka bentuknya yang klasik dan mudah disesuaikan dengan pelbagai gaya. Bentuk segi empat tepat yang kompak memberikan penampilan elegan.

Beg Mini Prada Passage

Sebuah aksesori serba boleh yang mudah melengkapi gaya anda. Bentuknya yang berstruktur memberikan penampilan sofistikated manakala kulit Saffiano serta kemasan lembut menambah daya tarikan pada keseluruhan rekaan.

Pouch Prada Wish

Material shearling yang lembut memberikan tekstur dan bentuk yang menarik pada bentuknya yang ringkas. Tali bahu leather yang halus memudahkan beg ini digayakan dari siang hingga ke malam.

Kasut Loafer Bercetak

Mampu menaikkan seri gaya harian. Corak haiwan yang menyerlah serta gabungan warna yang kontras memberikan karakter tersendiri pada bentuk klasiknya.

Kasut Tumit Tinggi Slingback

Kasut ini tampil dengan hujung runcing yang cukup chic untuk menaikkan seri apa jua gaya. Kemasan kulit berus yang berkilat menambah sentuhan glamor, diinspirasikan daripada gaya minimalis era 1990-an.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down