Selama bertahun-tahun, kasut sniker telah mendominasi dunia fesyen. Dari pejabat hingga ke barisan hadapan minggu fesyen, tarikan kultusnya menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang mengutamakan gaya dan keselesaan. Namun musim ini, muncul satu pesaing baharu yang mencuri perhatian. Torhill, ciptaan Clarks untuk mereka yang inginkan gaya, keselesaan dan keaslian di luar kebiasaan sneakers.
Terinspirasi daripada arkib warisan jenama dan ikon Wallabee, kasut Torhill menampilkan warisan dan rekaan moden. Siluetnya tampil segar namun tetap dikenali. Palet warna trend semasa dipadankan dengan material serta tekstur yang mewah, menjadikan setiap gaya tampak effortless namun elegan.

Daripada segi rekaan, ia jelas menonjol tetapi tidak berlebihan, menampilkan tapak beralun, jahitan ikonik serta bahagian atas daripada kulit atau sued premium. Dilengkapi kusyen ringan, Torhill menjanjikan keselesaan sepanjang hari tanpa mengorbankan gaya.

Di sebalik reka bentuknya yang bergaya, terdapat inovasi yang serius. Dihasilkan daripada inspirasi Clarks Originals Wallabee™, profil Torhill membawa gaya kasual bertali ke tahap yang lebih berani. Tapak dalam Contour Cushion ultra ringan membantu mengurangkan tekanan sambil menstabilkan tumit dan lengkungan kaki. Sementara itu, tebukan dan buih berprestasi tinggi menyerap hentakan, memberikan rasa selesa seolah-olah memakai “kulit kedua”. Setiap langkah terasa lebih ringan. Keselesaan sebegini memberi tenaga untuk melangkah dengan keyakinan.

Kasut Torhill Bee W Dusty Rose
Warna yang cukup elegan serta tapak Thermoplastic Rubber memberikan cengkaman terbaik pada setiap langkah.

Kasut Torhill Bee W Silver
Menyerlah dalam rona logam yang berani, Torhill dilengkapi tapak dalam Contour Cushion yang direka untuk memberikan keselesaan optimum dan kestabilan luar biasa pada setiap langkah.

Kasut Torhill Bee Black Suede
Tiada yang lebih klasik daripada sepasang kasut hitam. Reka bentuk bertali ini menampilkan bentuk aerodinamik dengan kontur dan lengkung yang disempurnakan untuk gaya moden.

Kasut Torview W Dalam Kemasan Sued
Bagi yang menggemari gaya lebih minimalis, Torview menawarkan siluet kasual bertali yang tampak lebih berani tanpa jalur tapak beralun.
Koleksi Torhill & Torview kini boleh didapati di butik Clarks terpilih dan www.clarks.my. Harga bermula daripada RM499.

