
Tanya mana-mana wanita apa yang akan dibelanjakan jika diberi sedikit duit lebihan, besar kemungkinan kasut menjadi pilihan utama. Tidak hairanlah. Kasut adalah asas dalam setiap wardrobe dan apabila bercakap soal gaya, sepasang sahaja memang tidak pernah mencukupi.
Selama 200 tahun, Clarks telah menguasai seni pembuatan kasut. Berasal dari Somerset, England, jenama ini menggabungkan pertukangan British dengan teknologi keselesaan moden. Kini, Clarks cukup terkenal atas kasut yang bukan sahaja tampak elegan, tetapi memberikan keselesaan pada setiap langkah. Walaupun trend fesyen datang dan pergi, ada beberapa gaya kasut klasik yang akan sentiasa menjadi keperluan asas. Berikut adalah lima gaya kasut Clarks yang wajib dimiliki setiap wanita.


Ballet Flats
Ringkas daripada segi reka bentuk namun tetap elegan, Poppy Flats daripada Clarks ialah pilihan sempurna untuk gaya kasual harian. Dihasilkan dengan kulit lembut dan tapak berkusyen, siluet klasiknya memastikan keselesaan maksimum tanpa mengorbankan gaya. Sesuai dipakai sepanjang hari. Sama ada di pejabat mahupun ketika bersantai.

Mary Janes
Pernah popular pada era fesyen Mod tahun 60-an, kasut Mary Janes kini kembali mencuri perhatian. Dengan tali nipis dan kemasan bergaya, Liva Stud daripada Clarks hadir dengan sentuhan moden yang menyeronokkan. Mudah digayakan, sama ada untuk penampilan santai mahupun acara malam. Manis, sofistikated dan sentiasa relevan.

Loafers
Loafers sesuai untuk hari apabila anda mahu tampil sedikit lebih dressy namun tetap unik. Straven Edge memperbaharui gaya klasik ini dengan ciri keselesaan khas Clarks, menjadikannya padanan sempurna bersama sut tailored, skirt pensil malah jeans untuk gaya off-duty.

Sneakers
Bagi wanita yang sentiasa sibuk bergerak, keselesaan tidak boleh dikompromi. Meridor Lo ialah jawapan Clarks kepada kasut untuk berjalan yang ringan, supportive dan penuh gaya. Sama ada anda membeli-belah atau menjelajah bandar baharu, kasut ini sesuai untuk rentak hidup anda.

Heels
Setiap wanita profesional memerlukan sepasang kasut tumit tinggi professional untuk acara istimewa. Zarey Court menghadirkan glamor tanpa mengorbankan keselesaan, dengan tapak dalam berkusyen dan rekaan yang menyokong. Sesuai digayakan untuk makan malam gala, acara rangkaian, mahupun sambutan hujung minggu.
Tawaran Eksklusif Untuk Pembaca ELLE!
Dapatkan diskaun RM20 daripada pembelian anda. Hanya tunjukkan tawaran ini di kedai Clarks atau gunakan kod CLARKSXELLE di clarks.my. Tawaran ini sah daripada 29 Ogos hingga 30 Sep 2025. Terma & Syarat dikenakan.
Lihat lebih banyak stail di sini!

