Langgan

Beg Coach Tabby Adalah ‘It Bag’ Tahun 2025

Dengan Coach Tabby 26, jenama ini berjaya menemui titik kemanisan antara aspirasi dan accessibility.
Oleh | TERJEMAHAN Sarah Hani Jamil
2 minit untuk membaca
Published: November 16, 2025
Coach Tabby
Gambar: Coach

Setiap kali saya membuka telefon, seakan-akan seluruh ruang digital dipenuhi dengan kehadiran Coach. Feed saya dibanjiri dengan selebriti dan peminat fesyen mempamerkan beg terbaharu mereka, berbincang tentang siluet seterusnya yang ingin dimiliki atau berkongsi wishlist yang dipenuhi keluaran baharu jenama tersebut. Di mana-mana sahaja, rekaan elegan Coach menghiasi lengan 'It-girls' seperti Bella Hadid, Emily Ratajkowski, Laura Harrier dan ramai lagi.

Dan tidak sukar untuk memahami sebabnya. Coach berjaya menguasai keseimbangan halus antara kemewahan dan accessibility. Kulitnya yang lembut, pertukangan penuh teliti serta siluet kontemporari yang bersifat timeless menjadikannya pilihan berkualiti tanpa harga yang melampau. Walaupun sesetengah rekaan mungkin dikategorikan sebagai splurge, ia tetap hadir sebagai pelaburan bergaya. Tahan lama, cantik dan pasti dipakai berulang kali. Siluetnya sendiri berakar daripada arkib Coach era 1970-an, namun disuntik dengan perincian moden serta warna semasa yang segar dan berjiwa kini.

Coach Tabby
Gambar: Coach

Dengan rangkaian warna dan kemasan yang diperbaharui setiap musim, tidak hairan apabila ramai mula membina koleksi mini Coach mereka sendiri. Namun, antara semua yang ditawarkan, Tabby 26 muncul sebagai bintang utama. Proporsinya seimbang. Cukup luas untuk keperluan harian (telefon, kunci, dompet, gincu) namun tetap sleek dan terstruktur,menjadikan apa jua gaya kelihatan lebih refined hanya dengan menyandangnya di bahu. Keversatilannya juga mengagumkan: digaya melalui top handle untuk penampilan lebih polished, atau sebagai crossbody untuk mobiliti yang effortless.

Salah satu keistimewaan Coach ialah keupayaan mereka menawarkan variasi untuk setiap personaliti. Sama ada anda menggemari hardware emas atau perak, kulit camel dengan sentuhan graffiti, atau tekstur calf-hair bercorak leopard yang dramatik, ada Tabby yang sesuai untuk setiap mood. Versi klasik seperti Maple leather atau monochromatic serba hitam pula kekal sebagai pilihan selamat yang elegan, manakala variasi berhias kristal dan motif floral menjadi pilihan glamor untuk acara malam.

Jadi, apakah yang menjadikan Coach begitu kultus dan mengapa Tabby begitu sukar dilepaskan? Jawapannya: kemewahan yang terasa peribadi. Ini adalah beg yang anda lihat dalam kempen-kempen global namun masih cukup realistik untuk dimiliki. Coach berjaya menemui titik kemanisan antara aspirasi dan mampu milik, antara gaya yang polished dan sifat playful yang menyenangkan. Dan melihat kepada perbualan hangat di media sosial, popularitinya jelas tidak akan surut dalam masa terdekat.

Artikel asal daripada ELLE US.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down