
Mencari hadiah yang istimewa tidak semestinya memerlukan perbelanjaan yang besar. Ada kalanya, sebuah aksesori klasik atau barangan kulit yang direka dengan teliti sudah cukup untuk mencipta momen bermakna buat seseorang. Jika anda sedang mencari hadiah dengan sentuhan mewah yang masih dalam lingkungan bajet bawah daripada RM3,000, Coach menawarkan beberapa pilihan menarik untuk dipertimbangkan.
Daripada beg tangan yang versatil hingga aksesori kecil yang melengkapkan gaya harian, koleksi hadiah Coach hadir dengan pelbagai pilihan mengikut personaliti dan keperluan penerimanya. ELLE menyenaraikan enam pilihan yang boleh dijadikan inspirasi untuk pemberian musim perayaan ini.
Apakah beg Coach yang berharga bawah RM1,000?

COACH NOLITA 19, RM595
Buat mereka yang gemarkan beg kompak dengan sentuhan klasik, Nolita 19 hadir dalam Signature Canvas ikonik Coach yang cukup versatil untuk digayakan setiap hari. Dilengkapi penutup zip dan dua slot kad, beg mini ini boleh digayakan sebagai shoulder bag mahupun wristlet. Praktikal dan effortlessly chic untuk membawa barangan essential seperti kunci kereta dan card holder.

COACH TERI MINI CROSSBODY, RM895
Dengan rekaan minimalis dan rona hitam klasik, Coach Teri Mini Crossbody Bag merupakan pilihan hadiah yang cukup versatil untuk wanita yang menghargai gaya dan fungsi. Diperbuat daripada refined pebble leather, beg bersaiz kompak ini dilengkapi dua pilihan tali boleh tanggal, membolehkan ia digayakan sebagai shoulder bag atau crossbody. Bahagian interior turut dilengkapi dua slot kad, poket bersnap dan fabrik lining, manakala penutup berzip memastikan barangan peribadi tersimpan dengan kemas. Saiznya juga cukup praktikal untuk memuatkan barangan keperluan kecil seperti minyak wangi mini, gincu dan aksesori harian.
Beg Coach apa yang boleh dibeli bawah RM2,000?

COACH CHELSEA SHOULDER BAG 26, RM1,450
Coach Chelsea Shoulder Bag 26 hadir sebagai pilihan hadiah yang elegan dan versatil. Merupakan versi lebih kecil daripada siluet Chelsea yang viral, beg ini tetap mengekalkan bentuk slouchy yang menjadi daya tarikannya. Diperbuat daripada material signature suede dengan sentuhan kulit nappa, ia menawarkan tekstur mewah serta rona hangat yang mudah dipadankan dengan pelbagai gaya. Walaupun bersaiz lebih kompak berbanding Chelsea Shoulder Bag 30, ruang interior beg ini tetap praktikal untuk memuatkan pelbagai keperluan harian, daripada gincu dan klip rambut hinggalah tisu basah serta barangan kecil yang lain. Sempurna menemani anda dari siang hingga ke malam.

BROOKLYN SHOULDER BAG 28, RM1,600
Dengan rekaan hobo yang santai tetapi tetap elegan, Coach Brooklyn Shoulder Bag 28 merupakan hadiah ideal buat wanita yang menggemari gaya minimalis dan praktikal. Diperbuat daripada natural grain leather dengan tekstur lembut, beg ini menawarkan ruang yang luas untuk memuatkan telefon, tablet serta keperluan harian lain seperti botol air, buku nota dan powerbank. Bahagian dalamannya turut dilengkapi poket bersnap untuk menyimpan barangan kecil dengan lebih teratur, manakala penutup magnetic snap memudahkan akses kepada barangan di dalamnya. Sesuai untuk menemani rutin harian, daripada urusan kerja hinggalah aktiviti hujung minggu.
Apakah beg Coach terbaik untuk bajet bawah RM3,000?

TABBY SHOULDER BAG 20, RM2,100
Dengan sentuhan pillow quilting yang memberikan tekstur dan dimensi tersendiri, Coach Tabby Shoulder Bag 20 ialah pilihan hadiah yang cukup istimewa buat pencinta aksesori mewah. Hadir dengan siluet ikonik Tabby dalam rona pastel yang lembut, beg ini diperbuat daripada kulit berkualiti dengan kemasan perkakasan berwarna brass. Lebih versatil, rekaan tali rantai membolehkan beg ini digayakan sebagai shoulder bag mahupun crossbody, memberikan fleksibiliti gaya yang sesuai untuk pelbagai acara, termasuk date night.

TABBY SHOULDER BAG 26, RM2,550
Coach Tabby Shoulder Bag 26 merupakan pilihan hadiah yang elegan dan tidak lapuk dek zaman. Diperbuat daripada natural grain leather dengan tekstur lembut, beg ini menampilkan perkakasan Signature ikonik Coach sebagai sentuhan eksklusif. Lebih menarik, dua tali boleh tanggal membolehkan ia digayakan sebagai shoulder bag, crossbody atau dibawa sebagai clutch. Sebuah aksesori istimewa yang mengimbangi gaya, functionality dan keanggunan.
Mencari hadiah yang sempurna bukan soal tanda harga, tetapi tentang menemukan sesuatu yang mencerminkan personaliti si penerima. Ada kalanya, sebuah beg mini dengan sentuhan statement atau aksesori kulit klasik yang kekal relevan sudah cukup untuk mencuri hati. Menerusi koleksi Coach, setiap pilihan hadir dengan karakter tersendiri, daripada rekaan yang mencuri perhatian hingga item versatil yang mudah digayakan.

