My milkshake brings all the boys to the yard... frasa lagu Milkshake oleh Keli yang popular sejak tahun 2003, diulang buat berpuluh kalinya. Kempen "Better In Denim" ini boleh ditonton sekian lama dan terpaut dalam fikiran!
Dalam langkah pelancaran kempen Musim Luruh 2025, GAP mengintroduksikan "Better In Denim" yang menampilkan kumpulan gadis K-Pop global, KATSEYE. Kempen itu dilancarkan pada 19 Ogos, arahan Bethany Vargas dan koreografi Robbie Blue. Ia mempamerkan enam ahli kumpulan itu, iaitu Daniela Avanzini, Lara Raj, Manon Bannerman, Megan Skiendiel, Sophia Laforteza, dan Yoonchae Jeung. Kempen itu dengan jayanya meraih lebih 24 juta tontonan di Instagram dan 2.2 juta likes di TikTok dalam beberapa hari selepas ia dikeluarkan. Ia juga merupakan kempen paling viral bagi GAP setakat ini.
Kempen Better In Denim Menyemarakkan Kebangkitan Y2K
Kempen Better in Denim oleh GAP memanfaatkan estetika tahun 2000 atau Y2K yang merupakan titik tarik minat Gen Z. Terdapat dua cara estetika ini digunakan. Pertama adalah dengan pengeluaran semula jeans Long & Lean yang merupakan barisan ikonik jenama itu. Kedua adalah penggunaan lagu yang juga popular dan serasi dengan y2k. Kempen 90 saat itu menampilkan KATSEYE, dengan kamera bergerak terus ke arah kumpulan penari lain, berkoreografi pada lagu Milkshake. Pemakaian mereka juga menginkorporasikan skirt mini denim dan seluar jeans low rise. Koreografi menggabungkan gaya Jazz Funk, Hip-Hop dan gerakan berinspirasikan K-Pop. Hasil videonya? Visual yang penuh energy dan ekspresi yang meraikan keperibadian.

Keserasian GAP bersama KATSEYE
Fokus GAP bertumpukan pada keaslian dan keterangkuman yang telah menarik perhatian ramai. Ia juga amat serasi dengan KATSEYE, kerana ia merupakan kumpulan K-Pop pertama yang meraikan pelbagai kulit warna. Kumpulan KATSEYE juga menampilkan pelbagai bangsa, termasuklah seperti Sophia daripada Filipina dan Lara Raj daripada India. "Apa yang digemari orang ramai tentang visual kami ialah sejauh mana kami memilih untuk meningkatkannya, sambil kekal setia dengan imej diri kami sendiri." kata Sophia pada Teen Vogue.

