It’s that time of the year again, apabila kita mula untuk scroll di platform e-dagang tanpa henti bagi mencari baju raya yang paling sempurna. Seperti biasa, ZALORA terus menjadi destinasi utama dengan seleksi baju Raya yang sentiasa mengikuti trend. Janganlah berlengah kerena rekaan yang mencuri perhatian biasanya menjadi rebutan awal (dan saya dengar, ada yang sudah pun sold out!).
Bagi edisi 2026, ZALORAYA menghimpunkan 12 jenama fesyen dari tempatan hingga ke negara jiran termasuk NH by Nurita Harith, TAS by Tom Abang Saufi, Alia B., Maslea, ZALIA, Lubna, Yadotsa, Uzair Shoid, Zaimi Zulkafli, takkan, kamiforkamu dan Studio Jeje for ZALORA. Koleksi ini menawarkan pakaian wanita dan lelaki, pakaian kanak-kanak serta aksesori, dengan keseimbangan harmoni antara tradisi dan inovasi moden yang mencerminkan gaya Raya masa kini. Teruskan membaca untuk meneroka jenama pilihan kami di #ZALORAYA2026.
Alia B

Koleksi Mirage dipersembahkan oleh Alia B untuk merealisasikan rekaan yang seperti mimpi. Dengan pendekaatan yang lembut dan perincian halus, koleksi ini menggabungkan perngaruh budaya daripada tradisi Malaysia, kebaya Nusantara serta elemen rekaan yang diinspirasikan dari Jepun.
Zaimi Zulkafli

Mengusung falsafah ‘longgar itu indah’, koleksi Gemersik Sanggar Lebaran 2026 mengharmonikan tekstur halus, cetakan ekspresif dan material lembut untuk wanita moden daripada pelbagai lapisan. Sentuhan manik halus yang minimal menambah elemen eksklusif dan menyerlahkan identiti jenama dengan elegan.
Uzair Shoid

Pereka fesyen Uzair Shoid memperkenalkan koleksi Raya RTW pertamanya yang dinamakan sebagai ABDI. Koleksi ini mempertemukan warna-warna ceria dengan tekstur mewah seperti motif floral, plaid dan renda yang menzahirkan kekuatan, keanggunan serta keyakinan diri.
Studio Jeje

Studio Jeje untuk Zalora Malaysia mempersembahkan koleksi Raya sulungnya dengan siluet baju kurung klasik yang ditransformasikan secara kontemporari dan feminin. Setiap helaian dihiasi sulaman halus dan sentuhan hiasan minimal dalam rekaan versatil yang membolehkan padanan mix-and-match untuk gaya dari siang ke malam.
NH by Nurita Harith

Siluet elegan yang effortless menghiasi koleksi NH by Nurita Harith RTW 2026 menerusi fabrik ringan yang memastikan keselesaan sepanjang perayaan. Palet warna lembut dan warna mewah yang kaya menambah kesegaran dan keanggunan pada koleksi.
Maslea

Akar merupakan sebuah penghormatan yang menyatukan warisan, keanggunan dan keselesaan. Siluetnya yang ringan dan fleksibel dipenuhi dengan warna-warna ceria, tekstur mewah serta perincian halus yang mencerminkan semangat Aidilfitri.

