Dalam dunia yang semakin mencabar, pakaian yang selesa mungkin kelihatan seperti perkara kecil. Namun bagi ribuan rakyat Malaysia yang berdepan kekurangan, ia mampu membawa perubahan besar. Tahun ini, UNIQLO meneruskan komitmen globalnya untuk meningkatkan kualiti hidup melalui inisiatif The Heart of LifeWear. Sebuah program sumbangan pakaian yang kini memasuki tahun kedua pelaksanaannya di Malaysia.
UNIQLO mengedarkan 15,500 helai pakaian AIRism baru kepada komuniti di seluruh negara sepanjang Oktober dan November. Melalui jalinan kerjasama kukuh bersama lima pertubuhan bukan kerajaan seperti UNHCR Malaysia, Rotary Club of Kuching Central, Malaysia Relief Agency (MRA), Alpro Foundation dan Malaysian Red Crescent Sunflower Centre.

Dua Tahun, Lebih 26,000 Kehidupan Tersentuh
Sejak diperkenalkan pada tahun 2024, inisiatif ini telah memberi keselesaan kepada lebih 26,000 rakyat Malaysia, termasuk pelarian, komuniti rumah panjang di Sarawak, mangsa banjir, pelajar kurang berkemampuan serta kanak-kanak berkeperluan khas. Setiap helai pakaian bukan sahaja memberi keselesaan fizikal tetapi mengembalikan rasa harga diri dan maruah mereka yang menerimanya.
Di acara Heart of LifeWear 2025, UNIQLO Malaysia turut menyerahkan simbolik penghargaan kepada rakan NGO. Ia menandakan usaha berterusan untuk memperluas rangkuman komuniti yang dibantu.

Pakaian Sederhana, Impak Yang Luar Biasa
Menurut Dawn Chow, Pengarah Kelestarian dan Perhubungan Awam Korporat UNIQLO Malaysia, Inisiatif ini kembali mengingatkan pasukan UNIQLO tentang kekuatan sebenar sehelai pakaian dimana tahun kedua The Heart of LifeWear mengajar bahawa pakaian bukan sekadar keperluan. Ia mampu memulihkan keselesaan dan keyakinan diri. Kami
Tahun 2025 juga istimewa buat UNIQLO Malaysia kerana menandakan ulang tahun ke-15 syarikat itu di negara ini. Dari kedai pertamanya pada 2010 hingga kini, UNIQLO menzahirkan komitmen untuk sentiasa kembali menyumbang kepada masyarakat yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan jenama tersebut.

Misi Global, Sentuhan Lokal
UNIQLO melihat inisiatif ini sebagai manifestasi nilai LifeWear pakaian yang bukan sahaja direka untuk keselesaan tetapi juga untuk memperbaiki kehidupan. Di Malaysia, The Heart of LifeWear dijangka terus berkembang, menjangkau lebih banyak komuniti yang memerlukan dan memastikan setiap sumbangan menjadi langkah kecil menuju perubahan besar.


