Langgan

Raikan Syawal Bersama Koleksi Hari Raya daripada 7 Jenama Antarabangsa ini

Tujuh jenama antarabangsa pilihan ELLE yang memeriahkan sambutan Hari Raya
4 minit untuk membaca
Published: March 10, 2026

Menjelang Hari Raya Aidilfitri, bukan jenama tempatan sahaja yang memperkenalkan koleksi istimewa, malah jenama antarabangsa juga turut meraikan sambutan mulia ini dengan interpretasi tersendiri. Koleksi Hari Raya daripada jenama antarabangsa memperlihatkan bagaimana fesyen dapat merentasi budaya. ELLE mengetengahkan koleksi Hari Raya daripada tujuh jenama antarabangsa yang memeriahkan sambutan ini di persada dunia.

1. Louis Vuitton

Sempena hari kebersamaan dan penuh tradisi seperti Hari Raya, Louis Vuitton mengemas kini koleksi kapsul LV Mirage bagi edisi ke-enam. Seleksi kapsul LV Mirage merangkumi barangan kulit, barang kemas, jam tangan, aksesori, wangian dan juga pakaian siap pakai. Palet warna bagi koleksi ini dibayangkan semula dengan tona neutral, coklat dan juga emas. Terdapat juga koleksi istimewa bersama pereka Lubnan, Nada Debs, yang mencipta motif Dune yang diinspirasikan oleh corak mashrabiya pada Beg Capucines yang diperbuat daripada kulit Taurillon.

Barangan dalam koleksi ini berupaya untuk transisi lancar dari gaya siang ke malam oleh kerana palet warna yang versatil ini, bersesuaian juga dengan sambutan aidilfitri yang menjangkau hari. Haruman Ambre Levant, berasaskan nota Oud pula meraikan kekayaan budaya timur tengah dan amat serasi dibawa bersama ke kampung halaman sempena musim perayaan.

2. Tory Burch

Khas untuk Hari Raya, Tory Burch memperkenalkan koleksi kapsul yang eksklusif dan hanya boleh didapati di Tory Burch Suria KLCC dan The Exchange TRX. Koleksi Raya Tory Burch 2026 terdiri daripada pelbagai pilihan susun atur beg tangan, kasut dan juga pakaian sedia pakai.

Beg Tangan Teratas Mini Lee Radziwill dan LeeLee Skinny Mule dari koleksi ini sesuai dikenakan dengan pelbagai gaya pakaian terutamanya pakaian tradisional. Cetakan corak unik yang terdapat pada baju dan seluar sutera dari koleksi ini turut dipakai dalam pembungkusan yang dicipta khas untuk koleksi ini.

3. COS

hari raya

Jenama fesyen dari London, COS, menyambut kedatangan bulan Ramadan dengan edisi terhad pakaian wanita dan mengikutinya, koleksi susun atur sempena Hari Raya Aidilfitri. Dengan reka bentuk yang berasaskan keanjalan, koleksi ini dipersembahkan dengan lisu dan suntikan warna yang halus. Mencerminkan kesenangan hati, meluangkan masa dengan insan tersayang.

hari raya

Menggabungkan keayuan dan keselesaan moden, koleksi ini menekankan ketukangan yang teliti melalui perincian seperti jahitan berinspirasikan vintaj, lipatan halus dan siluet yang seimbang antara struktur dan pergerakan. Penampilan rekaan seperti gaun linen labuh dan set berstruktur yang mencerminkan gaya moden, besesuaian untuk sambutan Hari Raya dengan menggabungkan keanggunan, keselesaan dan sentuhan sofistikated.

4. Kate Spade New York

Kate Spade New York menghayati musim perayaan dengan ketibaan beg tangan daripada koleksi Halo, koleksi yang bersifat cukup elegan. Berbentuk beg baldi klasik dengan struktur yang lembut, penggayaan koleksi ini menggambarkan keayuan moden dan santai, terbaik untuk tampak effortless sambil mengharungi hiruk-pikuk sambutan Aidilfitri.

Beg dari Koleksi Halo, tersedia dalam tiga saiz berbeza dan dapat digayakan sebagai, beg baldi, wristlet, beg bahu ataupun beg sandang menjadikan beg ini cukup versatil. Penampilan palet warna yang lembut, seperti light cantaloupe, southwest desert, krim, limau susu, serta hitam abadi pula membawa perspektif segar kepada pakaian Hari Raya. Dengan stail dan warna minimalist tapi unik, beg ini sesuai dipadankan dengan busana tradisional seperti baju kurung dan kebaya, malah berpadanan juga dengan stail moden, memberikan gaya beg ini jangka hayat panjang yang melampaui musim perayaan.

5. Coach

Koleksi kapsul Ramadan 2026 Coach membayangkan semula ikon-ikon daripada Coach dalam warna pastel lembut, neutral terang yang bersesuaian untuk beraya sepanjang hari. Koleksi ini memberi pilihan yang luas untuk bergaya dengan susun atur yang merangkumi beg tangan, beg sandang, kasut dan juga loket beg. Penggunaan tekstur statement dalam reka bentuk koleksi ini pula memberi peluang untuk menarik perhatian pada musim perayaan ini.

Sehingga 22 Mac, Coach juga menyediakan pengalaman gachapon eksklusif di butik-butik Coach di seluruh negara, memberi peluang untuk memenangi hadiah masa terhad. Dalam semangat Hari Raya juga, pelanggan akan menerima sampul raya Coach dengan apa-apa pembelian.

6. PEDRO

Musim ini, gaya mewah perayaan diinterpretasi semula melalui pendekatan pakaian harian yang lebih praktikal dan selesa. Menurut PEDRO, koleksi ini menekankan konsep kesederhanaan, kesatuan dan refleksi diri, dengan rekaan yang menampilkan struktur yang bersih serta sentuhan kilauan lembut. Setiap rekaan mengimbangi unsur tradisi dan moden, di samping menonjolkan ketelitian dalam pembuatan agar pakaian bukan sahaja bergaya tetapi juga berfungsi dengan baik untuk kegunaan harian.

Koleksi aksesori musim perayaan daripada PEDRO menampilkan rekaan elegan seperti Cameo Leather Shoulder Bag, Cameo Leather Handbag, Ingrid Leather Sandals dan Leather Heel Pumps yang menggabungkan gaya moden dengan sentuhan klasik. Siluet yang bersih, kemasan berkilau lembut serta palet warna neutral seperti perak metalik, taupe dan hitam memberikan penampilan yang kemas tetapi tetap selesa dipakai, bersesuaian untuk menghadiri majlis perayaan, sambil melengkapkan penampilan dan meraikan momen istimewa bersama keluarga dan rakan.

7. FitFlop

hari raya

Melalui kerjasama dengan ikon global Song Hye Ko, FitFlop mempersembahkan kempen Hari Raya Aidilfitri 2026 FitFlop dengan pilihan gaya dari koleksi Musim Bunga/Panas 2026 mereka. Pilihan dari Kempen Hari Raya Aidilfitri FitFlop direka untuk menemani setiap detik bermakna, daripada perjalanan balik kampung ke kunjungan rumah terbuka. Kesemuanya, tanpa mengorbankan keselesaan.

hari raya

Koleksi dari kempen ini bereka bentuk versatil dan sesuai dipadankan dengan pakaian tradisional di Hari Raya mahupun pakaian kontemporari. Antara rekaan yang diketengahkan adalah LULU Ultra-Jewel Metallic Sandals, Retro-Q Sneakers dan Delicato Pearls-and-Crystal Leather Ballet Flats. Dilengkapi dengan teknologi biomekanikal khas FitFlop, setiap rekaan menawarkan keselasaan dan sokongan sepanjang musim perayaan.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down