Langgan

ELLE Raya Edit 2026: LARNEY Raikan Grace & Grounded

Keanggunan yang membumi, keindahan yang dirasai.
1 minit untuk membaca
Published: February 19, 2026

Bagaimana jika Raya tahun ini bukan tentang tampil paling menonjol, tetapi tentang rasa yang paling mendalam? LARNEY menjawab persoalan itu menerusi kempen Grace & Grounded untuk Raya 2026, sebuah naratif yang merangkul tradisi, alam dan elegan yang hadir tanpa perlu meminta perhatian.

Dirakam dalam cahaya keemasan waktu senja, koleksi ini bermain dengan idea “diamond in the rough” keindahan yang mungkin tersembunyi pada pandangan pertama, namun bersinar apabila disentuh cahaya. Setiap tekstur, potongan dan sulaman diperlihatkan dalam bentuknya yang paling jujur, tanpa lapisan dramatik yang berlebihan.

Visual kempen membawa kita ke pesisir pantai berbatu, formasi karang yang dihakis waktu, gua yang melindungi, pepohon yang teguh berdiri dan langit terbuka luas. Alam menjadi metafora tentang kekuatan yang tidak perlu dilaungkan, tentang kelembutan yang tetap berakar kukuh. Di situlah LARNEY menemukan nadinya musim ini.

Koleksi Regal Raya 2026 tidak dicipta untuk sekadar satu musim. Ia direka untuk dikenang, dipakai berulang kali, dan mungkin suatu hari nanti diwariskan. Helaian seperti Align Kebaya, Breezy Kebaya, Aura Kurung, Rise Kurung Kedah, Coastal Kurung, Grounded Kurung dan Persist Kurung membentuk barisan siluet yang menenangkan mata namun kaya karakter mengimbangi struktur dan kelembutan dalam satu gerak yang harmoni.

Perincian menjadi bahasa utama. Sulaman 3D yang halus menambah dimensi, manakala elemen berinspirasi tradisional diterjemah dengan sentuhan moden yang bersahaja. Fabrik “luxe-comfort” dipilih bukan sahaja untuk tampil mewah, tetapi untuk memberi rasa selesa yang membolehkan wanita bergerak bebas sepanjang hari Raya dari pagi Syawal hingga ke malam penuh tawa.

Palet warna yang dipilih terasa akrab dan membumi bukan sekadar cantik di mata, tetapi dekat di hati. Ia mencerminkan komitmen LARNEY terhadap rekaan yang tahan waktu, bukan tunduk kepada trend sementara.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down