Langgan

ELLE Raya Edit 2026: Hanya Mempersembahkan Alma

Sebuah koleksi tentang refleksi jiwa dan keberanian untuk bermula semula, diterjemahkan dalam siluet lembut sempena Raya 2026.
2 minit untuk membaca
Published: February 21, 2026

Sempena Aidilfitri 2026, Hanya mempersembahkan Alma. Sebuah koleksi yang tidak sekadar meraikan perayaan, tetapi perjalanan emosi seorang wanita. Diambil daripada perkataan Latin yang bermaksud soul, Alma lahir daripada fasa refleksi, penerimaan dan keberanian untuk reset.

Keindahan Yang Tidak Lagi Perlu Membuktikan Apa-Apa

Dalam dunia yang sentiasa meraikan kemuncak, saat paling bersinar, paling mekar, paling sempurna, Alma memilih untuk berdiri di ruang yang lebih tenang. Ruang di mana warna mungkin tidak bold seperti dahulu, tetapi maknanya lebih mendalam.

“Tidak semua keindahan perlu berada di puncak,” kongsi Veen Dee.
“Ada keanggunan pada yang semakin lembut. Dan itu juga satu bentuk kekuatan.”

Siluet dalam koleksi ini mengalir tanpa paksaan. Potongannya tidak menjerit, tetapi berbicara dalam nada yang halus, effortless chic yang menjadi identiti Hanya sejak awal. Mudah dipadankan, ringan digayakan, dan cukup versatil untuk dari pagi Syawal hingga ke rumah terbuka terakhir.

Aura “it-girl” yang hadir secara semula jadi, bukan kerana trend, tetapi kerana rasa selesa dalam kulit sendiri.

Kembali Melukis Dari Hati

Di sebalik Alma, tersimpan satu bab yang lebih peribadi.

Buat pertama kalinya selepas bertahun-tahun, pengasas bersama Veen Dee dan Jaja memilih untuk mereka keseluruhan koleksi ini sendiri, tanpa bantuan pereka fesyen luar. Keputusan itu bukan dirancang sejak awal, tetapi lahir daripada satu pengalaman yang tidak dijangka apabila lakaran teknikal mereka sebelum ini telah disalahuruskan.

Namun daripada kekecewaan, muncul kejelasan.

“Kadang-kala kita tidak perlu membina semula apa yang hilang,” ujar Jaja.
“Kita hanya perlu kembali kepada diri sendiri dan mencipta dari situ.”

Alma menjadi simbol keberanian itu. Lebih teliti. Lebih disengajakan. Lebih dekat dengan jiwa asal jenama ini.

Fabrik Yang Bercerita, Perincian Yang Disentuh Dengan Rasa

Koleksi ini mempertemukan breathable linen, sifon lembut yang beralun, brocade klasik, sulaman terperinci dan fabrik kilauan signature Hanya. Setiap tekstur dipilih bukan hanya untuk rupa, tetapi untuk rasa ketika menyentuh kulit.

Daripada sulaman sequin yang memantulkan cahaya secara subtle, hingga pleats yang membentuk siluet dengan elegan, setiap rekaan bergerak bersama pemakai, bukan melawannya. Struktur dan kelembutan bertemu dalam harmoni.

Dan seperti janji Hanya sejak hari pertama, Alma kekal dalam julat harga mesra dompet daripada RM369 hingga RM524. Alma juga tidak akan melalui restock selepas habis terjual. Setiap helaian dicipta dengan niat untuk menjadi sesuatu yang istimewa dan bukan sesuatu yang diulang tanpa makna. Anda boleh dapati koleksi Alma secara dalam online di www.shophanya.com atau di butik Hanya Bangsar Village II, Kuala Lumpur.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down