
PETRA memperkenalkan koleksi Lebaran 2026 menerusi sebuah pelancaran eksklusif yang meraikan sedekad dalam membina identiti Lebaran tersendiri, PETRA terus memperkukuh naratifnya sebagai jenama yang memahami wanita moden: yakin dan elegan. Tahun ini, pelancaran tersebut diperkukuh melalui kolaborasi istimewa bersama Hilton Petaling Jaya, menghubungkan dunia fesyen dan hospitaliti mewah dalam satu pengalaman yang menyeluruh. Bertempat di Lobby Event Space (LES) yang serba kontemporari dan intim, suasana yang dicipta mencerminkan DNA PETRA sendiri iaitu eksklusif, kemas dan penuh perincian.
Siluet Klasik, Nafas Baharu

Berteraskan siluet Baju Kurung yang malar segar, PETRA Lebaran 2026 diangkat melalui potongan moden yang lebih terstruktur, penggunaan fabrik mewah yang jatuh indah serta eksplorasi cetakan yang dirancang dengan teliti. Setiap helaian mengekalkan keseimbangan signature PETRA yang expressive namun terkawal, tradisional namun relevan.
Musim ini, inspirasi Nusantara diteroka dengan lebih mendalam. Siluet kebaya menjadi asas penting, diperkaya dengan cetakan berinspirasi ikat yang ritmik serta motif flora romantis. Hasilnya ialah koleksi yang terasa akrab tetapi diperbaharui meraikan kelembutan, feminiti dan identiti serantau dalam tafsiran moden yang halus.
Koleksi ini menampilkan 28 rekaan eksklusif merangkumi koleksi wanita, PETRA Petite untuk kanak-kanak serta Baju Melayu Teluk Belanga klasik, menawarkan pilihan sedondon yang harmoni untuk seisi keluarga.
PETRA Lebaran 2026 ditawarkan pada harga bermula RM299 hingga RM795 dan boleh didapati secara dalam talian di www.petrartw.com, di PETRA Store Seksyen 7 Shah Alam serta di Isetan KLCC.


