Langgan

Seni Lipatan Beg Double Battle Fauré Le Page

Fauré Le Page menyatukan gaya dan fungsi dalam ciptaan baharu, Beg Double Battle.
2 minit untuk membaca
Published: November 24, 2025
Butik Faure Le Page di Suria KLCC

Sekilas pandang, memiliki beg mungkin tampak mudah namun mencari yang benar-benar sempurna adalah satu seni tersendiri. Dalam dunia di mana gaya dan fungsi harus berpadu, beg ideal menjadi pelengkap setiap langkah. Dari pejabat ke majlis makan malam dan dari hari yang padat ke percutian hujung minggu. la harus cukup luas untuk menyimpan segala keperluan tanpa kehilangan bentuk, tetap ringan di bahu namun memiliki cita rasa yang halus.

Beg Daily Battle daripada Fauré Le Page telah lama menjadi jawapan kepada keperluan wanita moden digemari kerana reka bentuknya yang luas, siluet yang tersusun serta pemegang bahu yang terletak kemas dan selesa dipakai sepanjang hari. Kini, rumah Perancis ini memperkenalkan evolusi terbaru dalam seni pertukangan mereka.

Faure Le Page
Beg Double Battle Faure Le Page

Memperkenalkan: Beg Double Battle. Sebuah ciptaan yang mendefinisikan semula maksud serbaguna dan keanggunan moden.

Diasaskan pada tahun 1717, suatu ketika dahulu Fauré Le Page dikenali sebagai pengeluar senjata api tersohor untuk golongan diraja Perancis serta golongan elit. Hari ini, warisan ketepatan dan kekuatan itu diterjemahkan semula dalam bentuk seni pertukangan kulit yang halus dan berkarakter.

Motif écailles (sisik) yang menjadi signature rumah fesyen ini, diinspirasikan daripada perisai dan bulu burung, melambangkan keberanian. Fauré Le Page tidak lagi mencipta senjata untuk berperang, sebaliknya menghasilkan "senjata cinta" untuk para pejuang kehidupan moden.

Faure Le Page
Sharifah Rose bersama beg Double Battle Faure Le Page

Beg Double Battle menzahirkan semangat keberanian dan keanggunan moden melalui reka bentuknya yang berstruktur. Rekaannya modular, boleh dilipat dan padat namun tetap menawan dengan keseimbangan antara fungsi dan estetika. Siluetnya yang diinspirasikan oleh garisan segi tiga dan piramid menawarkan empat kombinasi unik: dua cara membawa sama ada di tangan atau di bahu, serta dua bentuk sama ada terbuka atau dilipat bagi gaya yang ringkas dan elegan.

Faure Le Page
Siti Saleha bersama beg Double Battle Faure Le Page

Setiap perincian pada beg ini memperlihatkan kehalusan pertukangan Maison Fauré Le Page. Dua pemegang berjalin yang diinspirasikan daripada pelindung pedang warisan jenama ini menjadi elemen tanda tangan yang melambangkan kekuatan dan karakter. Dua tali pintarya pula direka agar mudah disesuaikan, membolehkan beg ini berubah bentuk dengan anggun mengikut keperluan dan gaya pemakai.

Kunjungi butik Fauré Le Page di G-28, Suria KLCC.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down