T-strap menjadi antara trend kasut retro yang dijangka mendominasi musim Luruh/Dingin ini. Di pentas peragaan Musim Luruh 2026, gaya ini tampil dengan begitu ketara dan dijangka turut menjadi pilihan peminat fesyen jalanan dalam beberapa bulan akan datang — sama ada dalam versi rata mahu pun bertumit.
Roset menghiasi kasut tumit stiletto di Dior, sementara rumah fesyen lain turut memilih sentuhan hiasan yang lebih menyerlah. Givenchy tampil dengan rona kuning limoncello, manakala Fendi menampilkan perincian stud dan bulu. Rabanne pula memilih versi bercetak, sementara Calvin Klein mengambil pendekatan minimalis dalam rona kelabu.
Minggu lalu, Sandra Bullock turut menggayakan sepasang kasut tumit T-strap untuk tayangan perdana 'Practical Magic 2' di London. Versinya hadir dalam bentuk sandal, berbeza jika dibandingkan dengan reka bentuk T-strap tradisional yang biasanya bertutup di bahagian hadapan.
Di pasaran, pilihan gaya ini kini boleh didapati daripada jenama seperti Khaite, The Row, Ferragamo, Jil Sander dan Tory Burch, selain jenama pada harga yang lebih mampu milik seperti Reformation yang turut mula mengikuti trend ini. Tidak lama lagi, lebih banyak jenama dijangka menyusul.
Untuk gaya yang lebih berorientasikan fesyen, pilih material satin atau manfaatkan rona bermusim dengan warna zaitun yang kaya. Jika mahu sesuatu yang lebih berani, pilihan bercetak harimau bintang daripada Stuart Weitzman boleh menjadi pilihan.
Trend ini mempunyai kaitan dengan kasut tarian dan kasut jazz, yang mengimbau kembali era kegemilangan ’20s apabila tali menegak tambahan diperkenalkan bagi memberikan sokongan dan keselamatan kepada penari ketika bergerak. Jika anda masih mencari inspirasi kasut untuk musim ini, trend serotonin shoes dan segala yang bercetak croc-embossed juga wajar diberi perhatian.
Terokai pilihan kasut T-strap musim ini.

Dior Flora Heeled Sandal

Sandal broked dengan sulaman daripada Dolce&Gabbana

Sandal thong kulit berkilat daripada Prada

Sandal bertumit rendah daripada Jil Sander
Artikel diterjemah daripada ELLE USA

