Langgan

Kenali Panther de Cartier, Ikon Kuasa dan Kekuatan

Sejak kemunculan sulungnya pada tahun 1914 sehingga evolusi terbaharunya hari ini, muse paling ikonik Cartier, harimau kumbang, menjadi lambang feminiti, kekuatan dan daya tarikan abadi.
1 minit untuk membaca
Published: September 1, 2025
Gambar: Cartier

Harimau kumbang dan rumah perhiasan Perancis, Cartier, sentiasa berkongsi jiwa yang sama. Kedua-duanya digerakkan oleh tarikan, misteri serta kekuatan karakter sejati. Bersama, mereka mengukir kisah yang merentasi zaman, ditandai dengan kreativiti tanpa kompromi.

Segalanya bermula di alamat 13 Rue de la Paix, tempat kelahiran Cartier. Pada tahun 1914, harimau kumbang pertama kali muncul pada jam tangan bertatah oniks dan berlian, sebelum diabadikan dalam jemputan pameran perhiasan karya artis George Barbier. Namun, Jeanne Toussaint, Pengarah Kreatif Cartier sekitar tahun 1933, mengangkat haiwan ini ke dimensi baharu, menjadikannya simbol sensualiti dan kemewahan sebagaimana kita mengenalinya hari ini.

Panther Cartier
Gambar: Cartier

Kini, lambang perhiasan ikonik Cartier diterjemahkan dalam koleksi yang menampilkan dua harimau kumbang saling berhadapan. Posisi ini menyerlahkan rekaan moden yang ringkas dan elegan. Hadir dalam bentuk rantai torque, gelang serta cincin, koleksi liar ini ditawarkan dengan emas kuning dengan corak oktagon lakuer hitam atau emas putih yang dihiasi berlian dan bertatah oniks.

Panther Cartier
Gambar: Cartier

Keunggulannya tidak berhenti di situ. Harimau kumbang ini sekali lagi menjadi fokus menerusi kempen global Cartier yang melangkaui batas pameran konvensional. Di kota Las Vegas, ia dipaparkan pada skrin gergasi seluas 53,883 meter persegi di arena hiburan Sphere. Di Tokyo, ia menguasai Shibuya Crossing dengan triptik monumental. Di Paris, ia ‘muncul’ di atas air pancut Place Saint-Michel, lengkap dengan kod QR yang menghidupkan versi tiga dimensinya. Yang pasti, figura ikonik Cartier ini menjelajah langit dan landskap digital dunia. 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down