Langgan

Menelusuri Ruang Bahagia Olivia Dean

Wajahnya kini di mana-mana. Daripada carta muzik sehingga melatari kempen fesyen dan kecantikan. Olivia Dean melewati ruang bahagianya sebagai pemuzik dan selebriti.
Published: May 1, 2026
Temu bual: Sylvia ObellFotografi: Felix Cooper Penataan Gaya: Alex White Solekan: Celia Burton (Hourglass Cosmetics) Rambut: Sophie Jane Anderson Rias kuku: Ella Vivii (Essie) Penerbit: MMX Artists Olahan teks: Hafizan Mohd

Wajahnya kini di mana-mana. Daripada carta muzik sehingga melatari kempen fesyen dan kecantikan. Olivia Dean melewati ruang bahagianya sebagai pemuzik dan selebriti. 

Lima hari setelah kemenangannya membawa pulang trofi Artis Baru Terbaik di Grammy, menjadi satu minggu yang paling sibuk bagi kehidupan Olivia Dean. Dia melalui satu transisi besar sebagai pemuzik yang semakin diberi perhatian luas. Daripada acara terbesar meraikan karyawan muzik itu dia harus ke ke acara sukan Super Bowl – Olivia Dean bagai tidak menang tangan dalam menghadiri undangan demi undangan sebelum harus pulang ke London. 

Namun atas segala kesibukan itu tidak sesekali terpancar kelelahan setiap kali dia di pentas. Tenanganya sentiasa baik dalam memberi persembahan yang menghiburkan setiap yang menonton. Saya sempat bertemu empat masa dengan Olivia Dean di hotel hinapnya di The St. Regis bagi menelusuri rasa dan emosinya tentang kemenangan yang baru saja diterimanya. 

Dia tiba di ruang hotel dengan senyuman mesra dan pelukan hangat. Gayanya simple tetapi masih berkarakter biar cukup kasual dengan jean baggy Levi’s dan kemeja-t hitam serta kasut tinggi Manolo Blahnik. Olivia Dean memiliki aura selebriti yang cukup memukau. “I like to set a vibe” katanya sebelum bicara panjang kami bermula.

Olivia Dean
Dress daripada CHANEL. Cincin, anting- anting dan gelang daripada CARTIER

ELLE: Bagaimana rasanya setelah kemenangan di Grammy?

Olivia Dean: Hati saya berbunga-bunga dan sukar untuk saya gambarkan dengan kata-kata. Saya tidak pernah memenangi anugerah berprestij sebegini sepanjang melibatkan diri dalam bidang muzik dan sudah tentu kemenangan ini menjadi satu kemenangan yang tidak saya jangkakan. 

E: Pengalaman di Grammy itu bagaimana perasaannya?

OD:  Berada di Grammy dan melihat dengan mata sendiri Lauryn Hill membuat persembahan tribute buat D’Angelo sesuatu yang luar biasa. Lauryn Hill menjadi antara artis yang mana saya membesar dengan muziknya. Saya lahir pada tahun yang sama dia memenangi trofi Artis Baru Terbaik. Fun fact, nama tengah saya Lauryn juga adalah diambil daripada namanya. Grammy telah menjadi satu momen yang begitu mengujakan sepanjang bergelar pemuzik.

E: Okey sekarang kita berbicara tentang your winning speech. 

OD: Saya dibesarkan oleh wanita-wanita hebat dalam hidup. Sebelum ke majlis Grammy ibu dan mak cik saya menitip pesan - “You’re a representative of this family”  dan ibu berkata saya harus menjadi nadi kepada keberanian nenek. Disebabkan itu ucapan kemenangan saya tujukan buat semua wanita-wanita hebat ini. Mereka yang membentuk pemikiran dan keperibadian saya sehingga hari ini. 

Olivia Dean
Jaket daripada BALENCIAGA. Seluar pendek daripada DOLCE&GABBANA. Anting-anting dan cincin daripada CARTIER
Olivia Dean

E: Apa nasihat atau kata-kata daripada keluarga yang paling memberi kesan buat anda?

OD: Love is always a choice. Saya dibesarkan untuk percaya bahawa setiap orang yang kita kenal memiliki hal baik dan kasih sayang. Hidup memiliki pilihan sama ada untuk memilih kekecewaan atau sebaliknya. Kedua ibu bapa saya banyak mengajar tentang kesaksamaan dan pentingnya penyatuan. 

Satu hal yang akan sentiasa saya ingat dia pernah memberitahu apa yang saya ada hari ini saya akan mendapat lima kali ganda lebih kalau saya tidak berputus asa. Saya akui saya seorang yang memiliki dedikasi tinggi dalam setiap hal yang saya ingin capai dan dengan niat yang betul serta kerja keras saya pasti setiap usaha itu akan berbaloi. It’s not always butterflies and fairy tales tetapi dengan adanya usaha dan konsistensi dalam melakukan satu-satu perkara kejayaan pasti akan datang.

E: Muzik sentiasa dekat dengan jiwa anda. Bagaimana pendidikan rasmi di BRIT School membentuk pemikiran anda dalam muzik?

OD: Ibu saya melihat potensi yang ada dan menjadi inisiatif dia sendiri untuk menghantar saya ke mendalami ilmu seni muzik. Berada di BRIT School membuatkan saya bebas daripada kekurangan yang ada. Saya bagai berada di kelompok yang betul pabila dikelilingi dengan individu yang memiliki visi serta minat serupa dalam muzik, Ia sangat berbeza ketika saya berada di sekolah yang sebelumnya. 

E: How do you see yourself now?

OD: Kehidupan saya boleh dikatakan agak ekstrem sekarang dengan semua hal-hal glamor dan kemewahan yang ada. Saya lihat ramai orang keliru dan lost dalam dunia showbiz. You have to be quite mentally strong. Saya bertuah kerana memiliki kehidupan lain yang lebih bermakna. Apa yang penting bagi saya sekarang adalah hidup saya sendiri dan bagaimana saya harus melaluinya.

Olivia Dean
Dress daripada CHANEL. Cincin, anting- anting dan gelang daripada CARTIER

E: Your purpose in music?

OD: Saya berharap dengan muzik saya dapat membantu orang ramai dalam cara-cara berbeza. Menerusi muzik juga saya berharap dapat menemukan satu perhubungan yang genuine dan bermakna. Sesuatu yang melengkapkan jiwa serta nurani. Saya berharap dengan muzik yang saya buat mampu menzahirkan satu ruang untuk ramai orang mencipta satu jalinan perhubungan, perbincangan dan kebahagiaan dalam hidup mereka. 

E: Adakah itu yang mahu disampaikan menerusi ‘The Art of Loving’?

OD: Album ini adalah sebuah dedikasi cinta dan kasih sayang. Saya berada dalam sesi terapi untuk jangka masa yang lama. Daripada situ banyak kesedaran tentang diri dan saya mula faham bagaimana masa yang ada tidak sepatutnya dihabiskan dengan melayani emosi negatif. Ia tidak membuat saya bertumbuh sebagai manusia. Lumrah hidup akan ada sentiasa perkara yang akan membuatkan kita sakit tapi saya melihatnya pada satu perspektif berbeza. Ini yang saya terapkan menerusi album ini. 

E: Saya mendapat tahu anda memadam aplikasi Instagram daripada telefon pintar anda selepas kemenangan Grammy.

OD: Sebenarnya sudah agak lama saya terfikir untuk memadamnya daripada telefon. Biarpun sokongan yang saya dapat setelah itu cukup overwhelming tapi saya rasa pada masa yang sama ia tidak begitu sihat untuk saya leka dengan kata-kata pujian semata-mata. Saya berfikir tidak semua hal kita perlu ambil tahu dan saya memutuskan untuk hidup in a sweet ignorance life.

Saya melihat internet dan media sosial membuatkan menjadi tidak produktif. Saya seorang yang jelas dengan apa yang saya mahu lakukan dalam hidup dan ketika berkarya. Sebagai manusia saya tidak mampu untuk membahagiakan semua orang and I have such peace in that.

Dress daripada GUCCI. Anting-anting, cincin dan gelang daripada CARTIER

E: Anda memiliki personaliti yang cukup fun and playful di pentas.

OD: Pentas menjadi medan untuk saya berekspresi dan menyerlahkan keyakinan diri. My joy is more powerful than whatever you think I am. Saya hanya mahu sentiasa gembira dan bahagia kerana saya memiliki lapangan kerjaya yang membenarkan saya untuk sentiasa senang melewati kehidupan. Tiada gunanya saya lakukan pekerjaan ini tapi saya tidak enjoy melakukannya.

Apa yang dia miliki hari ini hanya satu permulaan baru kepada usaha panjang yang telah dia jalankan. Sebagai selebriti dia sentiasa mahu mentafsirkan makna kejayaan dengan caranya yang tersendiri. “Kejayaan bagi saya adalah destinasi dan di destinasi itu kita boleh lihat berapa ramai yang mampu berada di setiap situasi.” Mengukur kejayaan dengan cara tersebut membuatkan Olivia Dean melepasi ekspektasi dirinya sendiri. 

Tour album yang bakal berlangsung sekitar UK dan Amerika Syarikat bermula April lalu  dan akan berjalan sehingga Ogos nanti. Ia menjadi medan untuknya menghiburkan peminat dalam skala yang lebih besar pastinya. “Selain mencipta lagu, melakukan persembahan pentas menjadi keterujaan saya dalam muzik. Ia menjadi medan untuk saya bernafas dengan muzik berkongsikan keterujaan yang ada bersama semua yang hadir.” bicaranya mengakhiri perbualan.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down