
Keanggunan dalam penciptaan setiap satu jam tangan Cartier tidak harus lagi dipertikaian. Datang dengan cerita yang mencantumkan idea kreatif dengan kejituan dalam penghasilan - Cartier utuh sebagai salah satu jenama terbaik yang menyatukan ilham aksesori dan arloji dambaan ramai.
Baignoire satu daripada yang begitu dekat dengan ilham keangguanan yang menyatukan duni arloji dengan kreativiti waktu. Direka seakan gelang yang sempurna di tangan setiap pemakainya, Cartier Baignoire sempurna dalam penghasilan.

EDISI SERBA KINI
Hari ini dengan ilham yang lebih moden, Cartier mengumumkan edisi terkini Baignoire sebagai salah satu fokus mereka tahun ini. Versi mini diperkenalkan dengan pilihan dail hitam, ungu dan gangsa diperkenalkan dengan tali kulit yang menyerlahkan definisi keanggunan.
Edisi kedua pula datang dengan gelang emas dan bezel tatahan permata yang mentafsir kejelitaan, kemewahan dan kesederhanaan pada masa yang sama. Tanpa perlu menjadi terlalu kompleks, edisi ini kena pada pemakai yang sentiasa mahukan sesuatu yang minimal mentafsir makna quiet luxury.
Prestij dalam penghasilan, gelang dalam rona rose gold yang sentiasa menawan disempurna kan dengan pilihan permata yang menjadikan ia begitu menawan. Setiap satunya disusun dengan ketelitian bagi membentuk ilham terbaik pada penghasilan bekasnya.

LOU DOILLON WAKILAN WAJAH BAIGNOIRE
Aktres serta penyanyi Perancis, Lou Doillon dipilih sebagai wajah kempen Baignoire terbaru sebagai pentafsiran sebenar keanggunan Cartier. Cukup dikenali dengan diversiti dalam menggerakkan kariernya dalam bidang seni, Lou Doillon memiliki visi seiring Cartier Baignoire.
Tidak hanya dikenali sebagai akrtes dan penyanyi, Lou juga cukup dikenali sebagai penulis, model juga pelukis ilustrasi. Berkongsi kredibiti serupa dengan kepelbagaian bakat yang dekat dengan ilham seni dan ketelitian kerja.