
Kancing dan skru menjadi identiti Cartier bagi koleksi LOVE yang mula diperkenalkan di New York pada 1969. Bergerak sebagai cerminan era ia melambangkan kebebasan dalam cinta yang berpanjangan yang 'diikat' dengan skru yang ikonik.
Rekaannya radikal dan menjadi penciptaan yang cukup lengkap dan fleksibel menjadi paksi baru koleksi LOVE Unlimited. Menariknya kali ini ia dicipta dengan prinsip cinta itu sendiri yang melengkapkan dua individu dalam satu cinta.
Gelangnya boleh dipadu padankan menjadi satu dalam lilitan yang memberi dimensi baru dalam rekaan. Ergonomik, elegan dan bernilai - gelang LOVE Unlimited ini memiliki daya tarikan penuh bagi sebuah penghasilan aksesori mewah.

Naratif dibentuk sebagai satu simbolik yang mengekalkan idea cinta yang sama seperti gelang LOVE asal. Ia merupakan satu visi yang kuat bagi mengirim pesan satu kuasa pembebasan yang menjadi pilihan kuasa pencinta dan ia ditafsir dalam kempen istimewa antara Paris dan New York.
Sebanyak 200 komponen disusun kemas dengan penghasilan yang membolehkan fleksibiliti pada setiap tangan yang menyarungnya. Keselesaan menjadi kunci utama disamping rekaan dan penciptaan yang ampuh.
Versi terbaru ini turut hadir dalam bentuk cincin yang menampilkan semua ciri ikonik pada penciptaan gelang LOVE Unlimited. Ukiran gadroon, sentuhan sofistikated dan pancaran kilauan yang memercik kemewahan.

