Langgan

"Glyptic" Seni Ukiran Warisan Cartier

Seni penghasilan barang kemas dengan kehalusan ukiran artisan.
1 minit untuk membaca
Published: August 6, 2025
Hasil kerja tangan halus Cartier menerusi teknik ukiran dipanggil glyptics

Glyptics merupakan satu teknik ukiran yang digunakan sejak sekian lama di Mesir digunakan bagi menghasilkan objek hiasan jenama Cartier. Kraf ini digerakkan oleh tenaga mahir yang memahami warisan maison dalam memelihara keaslian penghasilan aksesori. Di Perancis, seni ukiran glyptic telah disenaraikan dalam inventori Warisan Budaya UNESCO.

Keterujaan jenama Cartier dalam seni ukiran batu permata telah mula diperkenalkan sejak abad ke-20 lagi. Selama tempoh ini, maison telah menghasilkan beberapa patung hiasan buat pelanggan dengan memberi pentafsiran seni pada haiwan seperti rose quartz, fluorite dan agate.

Pada awal tahun 1910-an, Jacques Cartier telah melawat bengkel ukiran batu permata di India, yang terkenal sejak era Mughal. Sejak itu, maison bekerjasama dengan artisan terbaik bagi menghasilkan perhiasan unik daripada permata yang diukir dalam bentuk daun.

Adicipta Cartier

Hasil-hasil ini kemudiannya dikenali sebagai Tutti Frutti dan menjadi antara ciptaan Cartier yang paling ikonik. Pada tahun 2010, selaras dengan komitmennya untuk memelihara kemahiran tradisional, Maison telah mengintegrasikan Atelier Gliptik Maître d’Art Philippe Nicolas ke dalam bengkel Barang Kemas Tinggi (High Jewellery) miliknya.

Cartier kini merupakan satu-satunya jenama barang kemas mewah yang mempunyai bengkel glyptic dalaman dan menawarkan ciptaan-ciptaannya sendiri. Maison sentiasa meletakkan gabungan savoir-faire (kepakaran) dan rekaan sebagai teras proses kreatifnya.

Ia selaras dalam kemahiran dengan ketelitian yang tinggi. Artisan glyptic mencerminkan pendekatan ini melalui cara luar biasa — prosesnya rumit bermula dengan mendapatkan bahan mentah sehinggalah menghasilkan karya akhir kesemua proses ini membuka ruang penghasilan yang unik.

Setiap karya yang dihasilkan di Atelier terhasil unik dan semula jadi. Keistimewaannya terletak pada kepelbagaian bahan yang digunakan, daripada batu keras hinggalah bahan luar biasa yang dimanipulasi menjadi ilham penciptaan yang mewah.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down