
Ada kalanya, sepasang anting-anting berkilau sudah cukup untuk mengubah keseluruhan penampilan. Begitu juga dengan seutas rantai berhias batu permata yang mampu menjadi tumpuan utama. Barang kemas memberikan sentuhan istimewa yang memberikan karakter tersendiri kepada setiap persalinan. Semakin berani rekaannya, semakin kuat impaknya. Sentuhan glamor inilah yang menjadi inspirasi Swarovski menerusi koleksi Holiday 2026, menampilkan keindahan kristal dalam rekaan lebih dramatik yang mengambil ilham daripada dunia teater dan muzikal.
Duta Jenama Global Swarovski, Ariana Grande, menjadi wajah utama kempen โJOY: The Swarovski Musicalโ. Kempen ini menampilkan Ariana dalam beberapa babak yang menggabungkan elemen glamor dan fesyen di atas pentas. Setiap penampilannya diserikan dengan rekaan Swarovski, sekali gus mengajak kita untuk lebih berani mengekspresikan gaya tersendiri. Koleksi ini menampilkan empat keluarga rekaan ikonik Swarovski, iaitu Millenia, Una, Mesmera dan Vienna. Daripada cincin serta kerongsang Vienna yang bersifat lebih skulptural kepada rantai leher Millenia yang digayakan secara berlapis dan anting-anting berhias kristal, setiap rekaan mempunyai daya tarikannya tersendiri.ย

Sempena pelancaran koleksi tersebut, Swarovski turut mengadakan sambutan serantau di The Ritz-Carlton, Bangkok, dengan menghimpunkan rakan jenama, selebriti dan personaliti fesyen dari seluruh Asia Tenggara. Mengambil inspirasi daripada kempen โJOY: The Swarovski Musicalโ, acara tersebut menggabungkan elemen fesyen dan persembahan muzikal dalam sebuah malam yang cukup meriah.

Menurut Nasr Sleiman, Pengarah Urusan Swarovski bagi India, Asia Tenggara dan Timur Tengah, "Musim perayaan merupakan detik istimewa buat Swarovski untuk meraikan kemewahan yang penuh keceriaan, kreativiti serta keupayaan cahaya mencipta transformasi. Menghimpunkan rakan-rakan dan kenalan kami dari seluruh Asia Tenggara di Bangkok membolehkan kami berkongsi perjalanan penuh dramatik ini dalam suasana yang tidak dapat dilupakan. Malam ini turut menandakan satu langkah penting ke hadapan menerusi pratonton Swarovski Created Diamonds, bukti kepada warisan kepakaran seni pertukangan kami serta komitmen berterusan terhadap inovasi dalam dunia kemewahan moden."

Antara yang hadir memeriahkan malam tersebut termasuklah bintang hiburan Thailand, Blue Pongtiwat dan Tate Myron, selain personaliti fesyen Sara Legge dan Proud Oranicha. Turut hadir ialah beberapa nama popular dari rantau ini yang memilih rekaan Swarovski untuk penampilan mereka pada malam berkenaan. Mengikut tema muzikal yang menjadi inspirasi acara, para tetamu turut disajikan dengan persembahan secara langsung oleh Prim Chanikarn dan Nychaa Nuttanicha, diikuti Sky Wongravee dan Nani Hirunkit. NuNew kemudiannya mengambil alih pentas untuk menutup malam tersebut dengan persembahan vokal yang cukup mempesona.

Tonton โJOY: The Swarovski Musicalโ di bawah!






