
Awal tahun ini menjadi momen manis buat Zoe Saldaña bersama Cartier ketika dia diumumkan sebagai pemenang Oscars, Maison Cartier dmenamakan aktres ini sebagai duta jenama ini. Ia bergerak seiring dengan semangat serta kreativiti keduanya.
Mengimbas kembali penampilan aktres ini di acara Oscars lalu, Zoe Saldaña mengenakan koleksi Panthères Versatiles — sebuah karya Haute Joaillerie terbaru maison yang menampilkan zamrud Zambia seberat 10.10 karat.
Ia direka penuh anggun daripada kalung kepada hiasan bahu. Keterampilan ini disusuli dengan set mewah Melis High Jewellery di Golden Globes 2025 serta kolaborasi istimewa untuk majlis selepas parti Vanity Fair Anugerah Akademi 2023.

“Setelah sekian lama menjalin kerjasama bersama Cartier, saya berasa terhormat dilantik sebagai duta jenama ini. Kehalusan seni dan keberanian Maison dalam penghasilan karya-karya luar biasa yang bukan sekadar perhiasan tetapi bernadi sebagai sebuah hasil seni.” Katanya dalam siaran media.
Sepanjang kariernya, Zoe Saldaña dikenali dengan francais filem Avatar dan Guardians of the Galaxy. Dia juga mencatat sejarah tersendiri dalam kariernya sebagai satu-satunya pelakon yang membintangi empat buah filem yang masing-masing meraih lebih daripada $2 bilion di seluruh dunia.
Arnaud Carrez, Cartier Senior Vice President, Chief Marketing Officer berkata "Kami amat teruja menyambut Zoe Saldaña ke dalam keluarga Cartier. Bakat, keanggunan dan keindahan semula jadinya telah lama menyatu dengan jiwa Maison."
Dia menambah "Detik ini meraikan sebuah hubungan yang telah berkembang selama bertahun-tahun dan menandakan babak baru yang penuh inspirasi — satu bab yang dicorak oleh kreativiti bersama dan ekspresi yang berani.”

