
Festival Filem Venice 2026 membuka tirainya pada Rabu lalu, 2 September dengan tayangan filem berjudul Ink arahan pengarah Danny Boyle. Dibintangi Jack O’Connell, Guy Pearce dan Claire Foy filem ini mendahului pengalaman baru sinema yang cukup mengujakan dengan sejumlah nama besar Hollywood dan antarabangsa bakal menghiasi layar sepanjang festival.
Selain Ink, tahun ini turut dipenuhi dengan sejumlah judul yang hangat diperkatakan, masing-masing hadir dengan aspirasi untuk mencuri perhatian menjelang musim anugerah. Antaranya Bunker arahan Florian Zeller, Wild Horse Nine oleh Martin McDonagh, Primetime arahan Lance Oppenheim dan Possible Love oleh Lee Chang-dong.
Tahun ini menyaksikan penganjuran yang ke-83 festival filem yang semakin menjadi perhatian ini dengan kehadiran bintang besar Hollywood seperti Robert Pattinson, Penélope Cruz dan Javier Bardem, Jack Huston,Dakota Johnson, John Malkovich dan Sam Rockwell yang mewakili filem masing-masing.

Festival filem ini ditubuhkan pada tahun 1932 sebagai sebuah acara yang pada ketika itu tidak bersifat kompetitif oleh La Biennale di Venezia dengan menayangkan filem-filem seperti Grand Hotel dan It Happened One Night. Menjelang tahun 1935, panitia festival ini memutuskan untuk menjadikannya sebagai acara tahunan. Selain menjadi medan tayangan filem ia menjadi filem-filem ini dipertandingkan.
Berikut senarai penuh filem yang bertanding tahun ini:
Possible Love (Lee Chang-dong)
Wild Horse Nine (Martin McDonagh)
Bunker (Florian Zeller)
Bucking Fastard (Werner Herzog)
Ink (Danny Boyle)
Primetime (Lance Oppenheim)
The Echo Chamber (Andrea Pallaoro)
Company (Casey Affleck)
Woman Unknown (May el-Toukhy)
Naza (Yuval Abraham & Rachel Szo)

