
Cannes menjadi destinasi pencinta filem global yang saban tahun memberi penghargaan kepada pengkarya perfileman antarabangsa. Tahun lalu ‘Anora’ arahan Sean Baker diangkat sebagai pemenang utama Palme d’Or menjadi pemangkin untuk pengusaha filem muda terus berkarya.
Tahun ini sekali lagi Cannes Film Festival menamakan sebanyak enam belas filem yang telah dipilih untuk bertanding merebut piala Palm d’Or. Pengarah tersohor seperti Ari Aster, Wes Anderson, Jafar Panahi dan Richard Linklater bakal merebut kategori utama yang dipertandingkan.
Apa yang lebih menarik tahun ini bakal menyaksikan kali pertama aktres Hollywood, Scarlett Johansson bakal menayangkan debut filem arahannya berjudul ‘Eleanor the Great’ dan turut mengikut jejak langkahnya adalah pelakon Haris Dickinson yang tampil dengan filem arahannya ‘Urchin’.
Festival Filem Cannes ke-78 tahun ini bakal berlangsung pada 13 sehingga 24 Mei 2025. Antara Juri Cannes 2025 ialah Rodrigo Sorogoyen (Pengarah / Spain), Jihane Bougrine (Jurnalis / Morocco) , Josée Deshaies (Pengarah Sinematografi / Perancis), Yulia Evina Bhara (Penerbit Filem / Indonesia) dan Daniel Kaluuya (Aktor).
Senarai Filem Bertanding
The Phoenician Scheme (Wes Anderson)
Eddington (Ari Aster)
Jeunes Méres (Jean-Pierre and Luc Dardenne)
Alpha (Julia Ducournau)
Renoir (Hayakawa Chie)
The History of Sound (Oliver Hermanus)
La Petite Derniére (Hafsia Herzi)
Sirat (Oliver Laxe)
New Wave (Richard Linklater)
Two Prosecutors (Sergei Loznitsa)
Fuori (Mario Martone)
O Secreto Agente (The Secret Agent)(Kleber Mendonça Filho)
Dossier 137 (Dominik Moll)
Un Simple Accident (Jafar Panahi)
Sound of Falling (Mascha Schilinski)
Romería (Carla Simón)
Sentimental Value (Joachim Trier)