Langgan

Terbaru Daripada Apple: Macbook Air, Mac Studio & Cip M3 Ultra

Dengan prestasi yang luar biasa, keluaran terbaru dari Apple ini dapat memudahkan kerja seharian anda!
2 minit untuk membaca
Published: March 8, 2025

Macbook Air

Apple mengumumkan pelancaran MacBook Air terbaru yang dilengkapi dengan cip M4 yang berprestasi tinggi, menawarkan sehingga 18 jam ketahanan bateri. Reka bentuknya yang nipis dan ringan kini hadir dalam warna baharu, iaitu warna biru langit, selain pilihan warna midnight, starlight dan silver. Dengan harga permulaan yang lebih rendah, iaitu RM4,499, menjadikannya pilihan yang lebih menarik untuk semua!

Dengan reka bentuk yang nipis, ringan dan tanpa kipas, MacBook Air mudah dibawa ke mana sahaja.

Cip M4 yang baru meningkatkan prestasi MacBook Air membolehkan tugasan harian seperti penyuntingan gambar dan video menjadi lebih pantas dan lancar. Dengan bateri yang mampu bertahan sehingga 18 jam, pengguna dapat bekerja lebih lama tanpa perlu mengecas. Kamera 12MP Centre Stage memastikan pengguna sentiasa berada di tengah-tengah semasa membuat panggilan video, menjadikannya pilihan ideal untuk mesyuarat atau berhubung dengan keluarga dan kawan-kawan.

Sesuai untuk kerja, belajar, hiburan dan banyak lagi!

Terdapat dalam dua saiz, 13 inci dan 15 inci, MacBook Air baru akan mula dijual atau dipesan tidak lama lagi. Greg Joswiak, Naib Presiden Kanan Pemasaran Global Apple, berkata, "MacBook Air adalah komputer riba paling popular di dunia dan ia memberikan banyak impak untuk anda, termasuk dengan peningkatan prestasi dari rekaan baru ini."

Tambahan baru didalam MacBook Air ialah Apple Intelligence, menjadikannya lebih pintar dan berguna. Pengguna boleh mencipta imej kreatif dengan Image Playground, menghasilkan emoji unik dengan Genmoji dan menulis dengan lebih dinamik menggunakan Writing Tools. Siri yang kini dipertingkatkan membolehkan peralihan lancar antara arahan suara dan teks, serta memberikan jawapan terperinci tentang ciri Mac. ChatGPT juga digabungkan dalam Writing Tools dan Siri, membolehkan pengguna mendapatkan bantuan dengan pantas tanpa perlu mendaftar akaun.

Mac Studio

Selain daripada itu, Apple juga mengeluarkan Mac Studio iaitu Mac paling berkuasa yang pernah dihasilkan, dilengkapi cip M4 Max dan M3 Ultra. Dengan reka bentuk yang kompak dan senyap, desktop pro ini menawarkan prestasi luar biasa, sambungan Thunderbolt 5, serta kapasiti memori sehingga 512GB dan storan SSD sehingga 16TB. Dilengkapi CPU berkuasa, seni grafik Apple yang canggih, serta Neural Engine yang lebih pantas dan cekap, Mac Studio mampu menangani tugasan intensif dengan mudah, menjadikannya pilihan terbaik untuk profesional yang memerlukan prestasi tinggi.

Mac Studio baru menawarkan prestasi hebat dan sambungan luas, menjadikannya desktop profesional terbaik.

M3 Ultra

Cip yang paling terbaik dihasilkan, membawa prestasi Apple Silicon ke tahap baru. Dengan kelajuan sehingga 2.6 kali ganda berbanding M1 Ultra, M3 Ultra menampilkan CPU dan GPU paling berkuasa dalam Mac, serta memori melebihi setengah terabyte. Dilengkapi Thunderbolt 5 untuk sambungan lebih pantas dan UltraFusion inovatif, cip ini menghubungkan dua M3 Max dengan lebih 10,000 sambungan berkelajuan tinggi, menawarkan prestasi luar biasa dengan kecekapan tenaga terbaik dalam industri.

M3 Ultra menawarkan keupayaan Apple Silicon untuk tugasan profesional
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down