SHARIFAH ROSE
Tampilan gadis bertubuh genit ini mula mencuri perhatian menerusi drama ‘Kekasih Hati Mr. Bodyguard’ lakonan bersama Redza Rosli sekali gus menempatkan namanya di bibir peminat. Terbaharu, Sharifah Rose muncul dengan sisi karakter lebih matang melalui watak yang lebih besar dan mencabar dalam drama bersiri ‘Doa Yang Terlindung’ lakonan bersama Fasha Sandha, Firdaus Karim dan Nafiz Muaz.
Seiring kematangan yang terserlah, dia yang bermula sebagai personaliti media sosial itu yakin melangkah dengan aturan perjalanan kariernya. Dalam temu bual ini, Rose sempat berkongsi kesibukan harian serta harapannya yang ingin direalisasikan.

ELLE: Sebelum bermula, boleh kongsikan fokus terbesar Rose tahun ini?
Sharifah Rose: Sebenarnya I ada cerita yang agak panjang bila bercakap tentang fokus diri. Maybe sebab last year, I took a long break from drama shooting. Mungkin sebab faktor umur juga bila sudah mula lihat kawan-kawan settle down dengan family, ada yang sudah sibuk start business juga. Jadi tahun ini I try to get back my momentum untuk fokus berlakon dengan lebih baik dan dapat bawakan karakter yang kena dengan diri seorang Sharifah Rose.
E: Jadi, mana satu yang lebih enjoy dilakukan sekarang, lakonan atau kerjaya luar selain daripada lakonan itu?
SR: I enjoy doing both sebab dunia lakonan dan content creating merupakan dua cabang kreatif yang berbeza. Walaupun busy dan time consuming untuk fokus kepada kedua-duanya, I happy dengan kedua-dua kerja ini sekarang.
E: Impian terbesar sebagai pelakon?
SR: My dream is to write and do my own films. Maybe I boleh mulakan dengan short film terlebih dahulu. I sebenarnya selalu imagine I direct a rom-com, cumanya tidaklah begitu serius sehingga mahu menang awards.
E: Watak mana pernah dibawa dan ia memberi kepuasan kepada Rose?
SR: Watak Anisah dalam ‘Doa Yang Terlindung’. Watak itu sebenarnya berat untuk I bawa. Semasa I dapat skrip untuk naskhah itu dan mula membaca ceritanya, I rasa watak ini memang akan mencabar diri. I perlu menangis untuk banyak babak dan I harap penonton di luar sana yang menonton akan dapat melihat kebolehan I di situ.
E: Jika one day nanti tidak lagi di lapangan ini, apakah perkara baru yang Rose ingin lakukan?
SR: I teringin untuk mula my own business. I ada buat business dulu dengan seorang business partner tetapi kami telah berpisah untuk fokus dengan kesibukan masing-masing. Dalam fikiran sekarang, I ingin cuba business fashion apparel atau mungkin dapat buka satu kafe kecil yang cute.
E: Saya kira untuk membina sejumlah pengikut perlu berbekalkan konsistensi dan usaha. Apa sebenarnya cara Rose menaikkan jumlah pengikut semasa bermula dahulu?
SR: Masa I baru bermula kira-kira ketika masih di sekolah menengah, platform yang ada tidak sebanyak sekarang. I bermula secara suka-suka sahaja, parents sendiri pun tidak benarkan I untuk fokus dengan media sosial.
Tamat sahaja kertas terakhir untuk SPM, keesokan harinya I terus sign up akaun YouTube dan Instagram. I bermula dengan YouTube dahulu. Kemudian perlahan-lahan ke platform lain. Mungkin perkara yang secara suka-suka itu yang disukai pengikut. Content yang mudah untuk mereka tonton dan bersahaja di depan kamera.
E: Ada kesukaran yang dihadapi dan ramai tidak tahu?
SR: Sudah tentu ada. Fame comes with a price. As you get older, you juga akan memilih untuk lebih reserved dan keep everything around your small circle. Masa muda dulu, kita tak fikir banyak, ingin enjoy sahaja. Cabaran lain yang I rasa, bila terlalu ramai yang bergelar influencer hari ini untuk menaikkan nama. I akui perlu bekerja lebih keras untuk menaikkan nama dan kekalkan authenticity sedia ada.
E: Kesukaan Rose di waktu lapang jika tidak bekerja.
SR: Bila tidak busy, I akan memilih untuk stay at home. Cukupkan waktu tidur dan relaks sahaja. Maybe catch up mana-mana TV series yang I belum sempat habiskan.
E: Untuk long term nanti dalam kerjaya, apa yang Rose ingin achieve?
SR: I selalu cuba untuk tidak overthinking bila dapat pegang sesuatu watak. Apa yang I aim selalunya adalah untuk cuba connect sebaik mungkin dengan karakter dan audiens yang akan menonton. Barulah lakonan I mungkin menjadi lebih meaningful.
Perkara lain yang I aim juga maybe untuk dapat berlakon dengan Maya Karin. I tahu sangat susah. Jika tidak dapat berlakon bersama sekalipun, maybe untuk dapat buat content dengan dia dalam satu frame. Itu sahaja boleh buat saya puas.

E: Boleh Rose takrifkan jenama UNIQLO dengan lima perkataan?
SR: Everyday wear dan sangat selesa. Kalau ingin tahu, half of my wardrobe itu pakaian daripada UNIQLO.
E: Apa keunikan UNIQLO yang Rose sangat suka?
SR: Sebagai hijabi, I rasa semua kami suka dengan pieces daripada UNIQLO. Material yang sangat tahan lama dan sesuai untuk dipakai hari-hari, lebih-lebih lagi dengan situasi cuaca negara kita yang panas dan hujan.


ZARIF GHAZZI
Muda dan berani, Zarif Ghazzi kini semakin melirik perhatian sebagai salah seorang pelapis pelakon lelaki yang menonjol di layar skrin tempatan. Dedikasi dan kesungguhan dirinya jelas terserlah apabila dia kini sedang fokus menurunkan berat badannya demi menjiwai watak pelajar sekolah dalam menepati warna karakter diinginkan pengarah untuk satu filem besar yang hampir siap dan akan keluar tahun ini.
Dalam temu bual ringkas bersama ELLE, Zarif berkongsi perjalanan kariernya semenjak bermula menghadiri pelbagai casting dan usahanya memantapkan disiplin diri sebagai tunjang memperbaiki skil lakonan saban hari.

ELLE: Bagaimana Zarif mula menceburi bidang seni sebenarnya?
Zarif Ghazzi: Saya bemula ketika berumur 19 tahun. Waktu itu negara kita masih dalam pasca pemulihan Covid. Ketika itu saya belum lagi mula sambung belajar kerana banyak universiti hanya menjalankan kelas online. Saya pula berasal dari Johor dan ketika mula mencari job lakonan itu, saya sendiri naik bas ke Kuala Lumpur berulang-alik untuk ke pelbagai sesi casting.
Pendek ceritanya, dalam lapan hingga sembilan kali juga ke casting dan hampir kesemuanya ditolak. Sehinggalah saya dapat tawaran sebagai extra bagi sebuah siri drama bertajuk ‘Budak Hostel Otaknya Sewel’. Terima kasih Abang Ezad (Shahrulezad Mohameddin) dan Abang Labu (Norhanisham Muhamad) kerana percaya dengan saya.
E: Seronok berada di lapangan ini atau Zarif ada menyimpan rencana lain.
ZG: Belum lagi ada rencana lain, fokus saya daripada dulu memang untuk menjadi seorang pelakon yang dapat membintangi pelbagai watak drama dan filem. Kalau ada perkara lain yang ingin dilakukan, mungkin memulakan bisnes tahun depan.
E: Pelakon lelaki yang sering Zarif look up to?
ZG: Saya ingin sebut tiga nama. Syafiq Kyle, Shukri Yahaya dan Azhan Rani. Lakonan mereka memang saya contohi lebih-lebih lagi ketika mereka berjaya memegang watak hero yang maskulin dan semestinya impactful.
E: Pengarah yang Zarif suka bekerja di bawah arahannya?
ZG: Sudah tentu Abang Ezad yang saya sebutkan tadi. Banyak drama arahannya di luar sana yang penyampaiannya berjaya sampai ke hati penonton. Cuba Google sahaja namanya, akan jumpa cerita arahan Abang Ezad yang menjadi seperti ‘Khunsa’, ‘Nur’, ‘Seribu Tahun’, ‘Setiaku Berdiri’ dan banyak lagi.
E: Kalau berpeluang kembali ke masa lalu, apa yang ingin Zarif lakukan?
ZG: Seperti kuasa Doctor Strange, saya juga ingin kembali ke masa lalu (ketawa). Saya ingin cuba memperbetulkan salah dan silap yang pernah dilakukan kepada orang lain.
E: Wujud kerisauan diri untuk bersaing dengan tampilan baharu setiap hari?
ZG: Saya punya satu prinsip untuk sentiasa percaya kepada rezeki. Kalau satu-satu job itu memang wataknya memerlukan pelakon baru untuk yang dapat memegangnya, maka itu memang rezeki pelakon tersebut. Kerisauan itu ada tetapi pada saya lebih baik jangan terlalu memikirkannya, saya juga masih baru dalam industri dan saya menyambut rakan-rakan pelakon saya untuk sama-sama bekerja lebih baik setiap hari.
E: Jadi apa yang Zarif lakukan dalam usaha memperbaiki skil lakonan?
ZG: Kalau ada masa free, saya akan cuba untuk ikut acting class dan menghadiri kelas teater. Saya yakin kedua-dua kelas ini membantu untuk memperbaiki skil lakonan dan ruang untuk saya reset semula diri selepas selesai berlakon untuk satu-satu watak.
E: Bercakap pula tentang disiplin, bagaimana sebenarnya disiplin kerja seorang Zarif Ghazzi?
ZG: Yang pertama sudah tentu timing. Saya akan selalu cuba datang awal ke set dan event. Saya tahu, bila kita menghormati masa orang lain maka orang akan hormat kepada kita juga. Di situlah disiplin sebenar sebagai anak seni.
Perkara kedua, always study. Saya akan pastikan bahawa di set itu bukan masa untuk kita (pelakon) belajar, tetapi di set adalah masa untuk kita menunjukkan apa yang kita sudah pelajari. Ini juga ada keterkaitannya tentang timing yang saya sebut tadi. Pada saya seseorang pelakon perlu sentiasa bersedia dalam apa jua situasi.
Sebelum tiba ke set lagi kita harus mengetahui karakter watak kita, cara melontarkan dialog dengan baik dan banyak perkara penting. Bukan di set barulah kita sibuk bertanya banyak soalan dengan director. Mereka juga biasanya sibuk.
E: Rata-rata pelakon baru menaruh harapan untuk trofi. Zarif rushing untuk itu?
ZG: Kalau bercakap tentang anugerah atau trofi, sebenarnya saya lebih takut kalau skil dan lakonan saya belum lagi mencapai tahap yang sepatutnya. Apa pula nanti yang orang luar akan katakan? Lebih baik jika lakonan saya sudah cukup baik dan ramai yang mengakuinya, barulah lebih yakin memegang trofi satu hari nanti.
E: Beralih pula tentang UNIQLO, apa tentangnya yang Zarif sangat suka?
ZG: UNIQLO memang pilihan pakaian harian saya. Selesa from top to bottom. Kalau ke UNIQLO memang saya akan pilih variasi seluarnya jeans yang tersedia dan baju Waffle Henley Neck T-Shirt ini juga salah satu pilihan kegemaran saya. Saya ada hampir kesemua warna yang ada untuk baju ini. Ia selesa untuk saya pakai ke shoot, bersiar-siar dan untuk tidur di rumah.
E: Bahagian atau pakaian daripada UNIQLO yang mana mesti ada dalam wardrobe Zarif?
ZG: Dalam wardrobe saya mesti ada koleksi AIRism. Sesuai untuk saya ke gim dan bersukan. Saya juga selalu berpeluh ketika bersukan, jadi koleksi ini membantu saya untuk tampil selesa dan lebih aktif melakukan aktiviti kecergasan.
Penyelaras Sri Azni dan Sarah Hani Jamil Fotografi Edmund Lee Penata Gaya Athirah Zahra Dibantu Oleh Ardi Idewani Zaini Arahan Digital Sri Azni Dibantu Oleh Nurhani Natasha Temu Bual M. Ridhwan Sa’aya Arahan Seni Iera Nadzlim Dandanan Dan Solekan Alvin Loh Penata Hijab Farah Dinana Pelatih Amali Hizral Faiz Rozeman dan Aishah Haziyah
