Buat julung kalinya di Malaysia, jenama nombor satu pilihan wanita Korea mempersembahkan pop-up eksklusif, d'Alba x Sephora La Dolce Vita, menyelami dunia kecantikan dan kemewahan dalam satu pengalaman yang tak terlupakan.

Di dunia kecantikan, pencarian utama sentiasa sama iaitu produk yang bukan sahaja cantik dipandang, tetapi benar-benar berkesan pada kulit. Lelaki mahupun wanita yang mementingkan penjagaan wajah pasti mengidamkan solusi yang mampu memberi hasil nyata. Dan kini, sebuah nama besar dari Korea telah tiba di Malaysia untuk memenuhi pencarian itu, d’Alba.
Sebagai jenama mewah vegan premium yang telah mencipta fenomena di Korea dan di seluruh dunia ini, d’Alba dikenali kerana menghasilkan rangkaian produk yang mampu memberikan transformasi kulit wajah sebaik sahaja disentuh. Diperkaya dengan ramuan istimewa white truffle dari Itali, setiap produknya bukan sekadar rutin harian, tetapi pengalaman mewah yang menjanjikan kulit segar, lembut dan bercahaya. Tidak hairanlah ia menjadi sebutan para pencinta kecantikan di Korea, sekaligus menobatkan d’Alba sebagai salah satu jenama yang wajib dimiliki dalam rejim penjagaan kulit masa kini.

Lebih istimewa buat peminat kecantikan di Malaysia, kali ini, d'Alba tampil membawa pengalaman lebih istimewa serta lebih dekat buat kita untuk lebih mengenali jenama ini menerusi sebuah pop-up yang cukup eksklusif dan pertama di Malaysia. Di sini anda berpeluang untuk mendekati dan merasai sendiri semburan First Spray Serum Glow yang popular dan telah terjual lebih daripada 50 juta secara global!

Berlangsung bermula 11 September sehingga 1 Oktober 2025, peminat kecantikan dijemput untuk bertandang ke Sephora, Faranheit88, Kuala Lumpur dan nikmati pelbagai aktiviti menarik bersama jenama ini.

Suasana pop-up ini turut direka untuk memberi pengalaman manis seperi ruang bergambar yang cukup Instagram-worthy. Setiap sudut seakan mengajak anda berhenti sejenak untuk bergambar sesuai untuk berkongsi momen cantik anda di media sosial. Bukan itu sahaja, ada aktiviti menyeronokkan seperti membuat key ring sendiri juga mengesan kulit sebenar di balik kamera berfilter istimewa di mana gajet ini mampu memberitahu berapa banyak sinaran UV mampu dihalang dengan pemakaian pelindung sinar daripada d'Alba.

Tambahan menarik untuk para pengunjung, pelbagai promosi eksklusif dan hadiah istimewa menanti anda di pop-up ini. Setiap pembelian produk d’Alba x Sephora memberi peluang untuk anda membawa pulang key ring edisi khas sebagai kenang-kenangan. Bukan itu sahaja, dengan hanya menunjukkan resit pembelian, anda juga berpeluang memutar lucky roulette. Siapa tahu, mungkin anda yang bertuah untuk memenangi produk ikonik d’Alba First Spray Serum bersaiz 50ml, kegemaran ramai wanita di Korea.

Singkat kata, pop-up La Dolce Vita oleh d’Alba ini lebih daripada sekadar sebuah acara kecantikan biasa, ia adalah sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Sambil anda menikmati produk terbaik daripada d'Alba, anda juga dibawa masuk ke dalam dunia mewah jenama ini yang penuh elegan juga berinspirasikan kemewahan. Jadi, kalau anda sedang mencari aktiviti hujung minggu yang seronok, penuh gaya dan bermanfaat buat kulit anda, jangan lepaskan peluang ini. Siapa tahu, mungkin ini adalah pertemuan holy grail skincare baharu anda di sini.

