Langgan

Unexpected Beauty : Kolaborasi di Luar Jangkaan

Melangkaui dunia solekan, lima kolaborasi unik ini menggabungkan elemen pop culture, nostalgia dan kreativiti.
3 minit untuk membaca
Published: November 18, 2026

Dalam industri kecantikan, kreativiti tidak lagi terhad kepada formula baharu atau packaging yang menarik. Kini, jenama semakin berani meneroka dunia di luar kategori mereka sendiri, menghasilkan kolaborasi yang menggabungkan kecantikan dengan makanan, seni, stationery dan budaya pop.

Apabila Dua Dunia Berbeza Bertemu

Apa yang menjadikannya lebih menarik? Setiap kolaborasi hadir dengan identiti tersendiri, menjadikan produk edisi terhad ini lebih daripada sekadar satu lagi pelancaran kecantikan. Berikut lima kolaborasi yang berjaya menarik perhatian kami.

1. Kiko Milano & Stabilo

Gambar : Instagram @kikomilano

Siapa sangka alat tulis ikonik yang sinonim dengan zaman persekolahan boleh menjadi inspirasi kepada produk kecantikan? Kiko Milano dan Stabilo membawa nostalgia ini ke dalam dunia kecantikan menerusi Lip Mark(er), lip stain yang diinspirasikan daripada reka bentuk Stabilo Boss Mini. 

Hadir dalam lima pilihan warna, produk ini menampilkan bentuk dan aplikator bersudut menyerupai highlighter asal. Bahagian rata memberikan sapuan warna yang lebih menyuruh, manakala hujungnya membolehkan aplikasi lebih tepat. Satu interpretasi kreatif yang menggabungkan dua dunia berbeza, sambil memberikan nafas baharu kepada sesuatu yang sudah cukup familiar.

2. Fenty Beauty & Casetify

Gambar : Instagram @fentybeauty

Rihannaโ€™s Fenty Beauty membawa konsep beauty on-the-go ke tahap berbeza menerusi kolaborasi bersama Casetify. Koleksi ini menggabungkan produk kecantikan ikonik dengan aksesori teknologi yang digunakan dalam kehidupan seharian. 

Antara yang mencuri perhatian ialah aksesori MagSafe yang membolehkan produk seperti Gloss Bomb dan Invisimatte dibawa bersama telefon. Koleksi ini turut menampilkan phone cases, straps, charms dan pelbagai aksesori dengan identiti visual Fenty Beauty. Kerana dalam era di mana telefon menjadi sebahagian daripada personal style, mengapa tidak menjadikannya sebahagian daripada beauty routine juga?

3. Glow Recipe & Buldak

Gambar : Instagram @glowrecipe

A little sweetness, a little heat. Glow Recipe dan Buldak mungkin bukan pasangan yang pernah terlintas dalam fikiran, tetapi kedua-duanya mempunyai sesuatu yang menarik untuk ditawarkan. Kolaborasi ini memperkenalkan Glass Balm Lip Duo dengan dua warna yang diinspirasikan daripada perisa ikonik Buldak, iaitu Original dan Carbonara. 

Menggabungkan identiti spicy noodles dengan kepakaran lip care Glow Recipe, koleksi ini hadir dengan sentuhan warna yang playful serta hasil bibir berkilau. Turut disertakan ialah keychain eksklusif Buldak yang menjadikan koleksi ini lebih menarik untuk dimiliki. Siapa sangka inspirasi untuk bibir yang juicy boleh datang daripada mi segera kegemaran ramai?

4. Shu Uemura & Sonny Angel

Bagi peminat collectible figures, nama Sonny Angel sememangnya tidak asing lagi. Kali ini, figura comel dari Jepun tersebut bergandingan dengan jenama makeup Shu Uemura menerusi Makeup Angel Series. 

Gambar : Instagram @sonnyangel.usa

Mengangkat tema โ€˜fly high, play freeโ€™, kolaborasi ini menggabungkan dunia collectible figures dengan kreativiti makeup. Koleksi tersebut menampilkan lima karakter Sonny Angel eksklusif bersama rangkaian produk makeup edisi terhad. Antaranya termasuklah eyeshadow palettes, lip products dan face brushes. Lebih daripada sekadar packaging comel, kolaborasi ini meraikan hubungan antara ekspresi diri, kreativiti dan kecantikan.

5. Tower 28 & Jell-O

Gambar : Instagram @tower28beauty

A nostalgic treat for your lips. Daripada dessert kegemaran zaman kanak-kanak kepada produk bibir, Tower 28 dan Jell-O membuktikan bahawa nostalgia boleh menjadi inspirasi kecantikan yang menarik.

Kolaborasi ini menampilkan Lip Jelly Duo dengan dua pilihan warna diinspirasikan daripada perisa Strawberry dan Lemon-Lime Jell-O. Selain itu, koleksi ini turut hadir dengan set Lilโ€™ Pudding Snack yang melengkapkan tema dessert-inspired beauty. Dengan gabungan warna yang segar dan packaging yang menyerupai identiti Jell-O, koleksi ini memberikan sentuhan nostalgia dalam bentuk yang lebih moden.

When Two Worlds Collide

Daripada stationery dan collectible figures kepada makanan serta teknologi, lima kolaborasi ini memperlihatkan bagaimana industri kecantikan terus berkembang melalui idea yang tidak konvensional. Mungkin itulah daya tarikan sebenar unexpected collaborations. Ia bukan sekadar tentang dua jenama yang bergabung, tetapi bagaimana sesuatu yang biasa boleh diberikan identiti baharu.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down