Sebelum menulis cover story ini saya kembali menyelak laju halaman tebal ‘Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck’ dengan lagu soundtrack ‘Sumpah Cinta dan Matiku’ turut dimainkan berulang pasang. Kisah cinta tragis Zainuddin dan Hayati yang lahir daripada pena HAMKA sentiasa mengundang simpati pembaca dan penonton filemnya. Namun di sebalik simpati terhadap Zainuddin, watak Hayati sering menjadi pusat emosi paling kuat. Dia barangkali antara karakter wanita paling diperdebatkan dalam karya HAMKA, sering ditafsir masyarakat sebagai lambang seputar pengkhianatan terhadap cinta.
Tidak sukar memahami mengapa Hayati mudah dibenci. Keputusannya memilih keselesaan hidup dengan berkahwin dengan Aziz seolah-olah menukar cinta dengan kemewahan. Namun pembacaan yang lebih mendalam memperlihatkan Hayati sebagai gambaran manusia biasa, seseorang yang terperangkap antara perasaan sendiri dan tekanan sosial yang menuntut kepatuhan. Di situlah kekuatan watak ini yang menjadi, tidak hanya sebagai gadis yang mengkhianati cinta tetapi simbol kompromi yang sering berlaku dalam realiti kehidupan. Tidak semua orang berupaya menentang arus tradisi, keluarga dan harapan masyarakat. Kadangkala, keberanian memilih jalan sendiri adalah kemewahan yang tidak dimiliki.
Kerumitan emosi inilah menjadikan interpretasi watak Hayati masih berbekas dalam ingatan penonton filemnya hingga hari ini. Maka kehadiran Pevita Pearce sebagai wajah muka hadapan ELLE Malaysia bagi isu April 2026 terasa tepat pertemuannya. Dalam perjalanan kerjayanya, Pevita memperlihatkan kesungguhan bersaing dalam pelbagai cabang industri yang kompetitif. Aura yang dibawanya bersama kedalaman ekspresi setiap watak memantulkan lagi imej wanita moden yang menarik secara visual dalam masa sama sarat dengan lapisan pengalaman diselangi usaha yang membentuk dirinya hari ini mencapai usia 33 tahun, cukup classy.

ELLE: Pevita sedang sibuk dengan apa sekarang?
Pevita Pearce: I baru selesai penggambaran sebuah autobiografi yang sangat menyeronokkan berjudul ‘Rose Pandanwangi’. Dia merupakan watak suara abadi dan seorang pelopor muzik seriosa Indonesia. Kalau ingin tahu kisahnya, sekitar tahun 50-an atau 60-an dahulu hanya terdapat dua genre muzik yang biasa dinyanyikan, serius dan hiburan. Jadi penyanyi bernama ‘Rose’ ini menyanyi lagu-lagu seriosa itu.
Sangat sukar membawakan kembali watak nama besar. By the way, she is still alive. Such an honour to play her in this movie. Dia baru sahaja menyambut kelahirannya yang ke-97. Judul akhir cerita ini juga masih dalam perbincangan sama ada ‘Rose Pandanwangi’ atau hanya ‘Rose’ sebab filem ini tentang kehidupannya. Penggambarannya memerlukan kami berada di Perancis untuk beberapa babak.
E: Boleh kongsi sedikit fokus utama Pevita di luar kerja lakonan ketika ini?
PP: Tidak lebih kurang sibuknya, sudah tentu kerja-kerja brand ambassador untuk beberapa jenama di Jakarta. Dalam masa sama I juga sudah melihat beberapa tawaran kerja di sini (Kuala Lumpur). Jadi I boleh spend banyak masa dengan keluarga suami dan kenalan-kenalan baru di sini.

E: Hampir dua dekad dalam industri lakonan, apakah perkara paling penting yang Pevita sedar melihat generasi bakat baharu hari ini?
PP: I have been in the industry kurang lebih 20 tahun lamanya. It’s been so interesting to see how the industry evolves and the new talents keep coming every day, hari ini lebih diverse, sangat ramai talent baru dari segi rupa dan bakatnya. I believe the opportunities nowadays are bigger too. Ada lebih banyak platform yang boleh digunakan setiap mereka dengan baik. Masa I baru bermula, kami hanya ada televisyen dan filem. Lebih meriah sedikit orang akan ke cinema, itu pun mahal untuk orang biasa beli tiketnya.
Oh, bercakap kembali tentang ‘Rose Pandanwangi’, apa yang lebih special kami merakamnya menggunakan Vista Vision. Kalau ingin tahu, Vista Vision itu satu alat rakaman yang cuma ada enam unit sahaja di dunia, correct me if I’m wrong. Filem lain yang menggunakan Vista Vision itu ialah filem ‘One Battle After Another’ yang dilakonkan Leonardo DiCaprio. Ia sangat mahal dan memerlukan kos yang tinggi untuk memprosesnya.
Back to the question, the industry and technology have evolved. Kita ada banyak platform media sosial juga, TikTok dan pelbagai lagi. Let's say untuk menonton filem juga, kita ada Netflix, OTT, Disney+, Prime Video dan macam-macam lagi. I’m so happy to see the new generations keep trying and surviving, cuma mungkin cabarannya berbeza seperti I mula-mula berlakon dulu. I believe setiap generasi melalui cabarannya yang berbeza dalam kerjaya.
E: Setelah sekian lama dalam industri ini, berapa lama lagi Pevita melihat diri akan terus aktif berlakon dan mengarah?
PP: Yes, kadangkala ada juga bertanya kepada diri sendiri. Sampai bila I akan buat benda ini? Berada di set lebih 12 jam. Berlakon dan perlu menterjemahkan emosi pada setiap watak. Semua itu memerlukan tenaga dan usaha yang banyak. Berbanding I berada di gim selama empat atau tiga jam sahaja. Tenaga yang perlu keluar tetap sama.
Segala kepenatan itu seakan menghidap Stockholm Syndrome. Tetapi jika filem itu akhirnya menjadi, you will automatically forget all the pain. The next day? You are just so excited to do the next project. Sama sahaja dengan orang yang bekerja office hour.
E: Sepanjang karier, pernah Pevita tetapkan any expectations tertentu untuk diri sendiri capai?
PP: Tidak. I rasa bila kita letakkan expectations terlalu tinggi dan kita tidak mencapainya, kita akan kecewa. Begitu juga expectations peminat dan orang-orang dalam industri. Apatah lagi memenangi awards.
I just want to be as honest as I can be for one character, not for other people. Bila kita sebagai pelakon sudah mula memikirkan apa yang orang lain harapkan tentang kita, nanti lakonan itu tak akan menjadi. I seringkali akan menetapkan fokus bila memegang sesuatu watak.
Satu benda lagi yang I selalu pegang, the best acting is when you don't know that you are acting. Barulah lakonan itu menjadi dan berkesan kepada penontonnya.

kesemuanya daripada RALPH LAUREN
COLLECTION

COLLECTION
E: Jika bukan dalam bidang lakonan, mengarah atau hiburan, apakah kerjaya lain yang mungkin Pevita lakukan?
PP: My wildest dream adalah untuk dapat tinggal di satu pulau yang hidden dan menetap di sana off-grid. Mungkin di pulau itu I boleh melukis apa sahaja tanpa ada orang lihat, membaca banyak buku dan buat kerja-kerja jewellery design. Sangat fantasi kan? (ketawa).
I rasa paling lama mungkin dua minggu hingga tiga bulan sahaja. Lepas itu, I masih nak kembali ke city life. It's okay, right? Buat masa sekarang, I cuma teringinkan perkara itu. Tidak terlalu sibuk dan duduk di sebuah pulau untuk belajar skil baru.
E: Any personal project atau idea kreatif yang masih berada dalam perancangan tetapi belum sempat direalisasikan?
PP: Banyak sebenarnya, tetapi I tak boleh cerita semua sebab mostly upcomings. I juga sudah sign NDA (ketawa). Nanti kalau sudah siap semua personal projects, kita boleh set up temu bual lain dengan ELLE untuk ceritakan hasilnya. Buat masa sekarang kalau di Malaysia yang terkini, kolaborasi dengan Alia Bastamam sebagai their face for Raya Collection 2026.
Perkara lain yang boleh I kongsikan, I baru sahaja siap merakam suara (VO) untuk kartun ‘Didi & Friends’. Sangat seronok kerana itu my first VO untuk kartun dan perlu banyak menyanyi. Dalam ‘Rose Pandanwangi’, I perlu menyanyi juga, tetapi kedua-duanya projek yang berbeza dan sangat seronok melakukannya.
E: Jika boleh kembali kepada diri Pevita yang berusia 20 tahun dahulu, apakah yang ingin Pevita katakan?
PP: Jangan terlalu mengejar untuk membahagiakan orang lain and it is okay not to be okay. Susah sebenarnya untuk menjawab soalan ini. I think those two are. You asked really good questions. You access some of the emotions and memories that have always been there, but I have never really liked revisiting them… since, you know, I have to answer it.
E: Bagaimana seorang Pevita mendefinisi kejayaan pada tahap sekarang?
PP: If my art could entertain other people. Semudah itu sahaja. It's already a success for me. Craft in my craftsmanship, jika lakonan dan pengarahan I boleh meninggalkan kesan kepada penontonnya, maka itulah success. Kalau ingin tahu, diri I sendirilah yang selalu overcritical of myself.
Cara lain I define success juga mungkin bila I dapat be there for my family and friends. I tahu kesibukan diri dan kerja I kadangkala menghalang tetapi bila I dapat buat mereka semua gembira, itulah success. Small things, big wins.
*Baca temubual penuh menerusi ELLE isu April 2026.

