Langgan

Ruang Bahagia Milik Jisoo

Apa yang mahu diraikan adalah kehidupan yang sedang berjalan tanpa menyesali apa juga keputusan yang telah dibuat selama hidupnya.
Published: August 1, 2025
FOTOGRAFI PARK JONG HA PENATAAN GAYA CHOI JAYOUNG DANDANAN LEE SEONYEONG SOLEKAN HWAN HUIJUNG PENATA RIAS KUKU PARK EUN KYUNG PEREKA SET LEE DA YOUNG PEMBANTU LIM JU WON TEKS YAN LEE HA /JIN JEON HYE

Kali terakhir saya bertemu Jisoo adalah pada musim sejuk yang lalu. Pantas masa berlalu, sudah dua musim kita lalui dan Jisoo yang saya kenal sememangnya sukakan musim sejuk dan kadang tertanya sendiri bagaimana sibuknya dia sepanjang musim panas. “Musim panas menjadi musim yang begitu menghidupkan saya dalam banyak aspek. Ini masanya untuk saya menikmati buah pic sepuasnya (ketawa) dan saya percaya ini juga masanya untuk saya meraikan hal-hal yang baik dalam kehidupan.” Katanya membuka bicara.

Tahun ini sepertinya menjadi tahun penting bagi karier lakonan. Drama bersiri zombie iaitu 'Newtopia' yang bersiaran di Amazon Prime lakonan bersama Park Jeong-min antara yang mencuri tumpuan pengikutnya. Selain EP ‘Amortage’ yang beredar Februari lalu menjadikan jadual kariernya cukup penuh untuk tahun ini. Lihat saja fenomena single ‘earthquake’ mendominasi carta muzik global.

Perkhabaran kemunculan BLACKPINK yang heboh diperkatakan sepanjang tahun lalu juga bukan lagi tanda tanya untuk kelab peminat mereka, Blink. Ia menjadi agenda Jisoo bersama rakan-rakannya sebagai pengisian kembara karier seni mereka sepanjang tahun ini. 

Dalam kesibukannya di pentas dan set lokasi, ketika disaat dia tidak perlu bekerja hari-harinya diisi dengan hal-hal seperti orang biasa yang lain lalui katanya. Keluar makan tengah hari, jalan-jalan atau sekadar menghabiskan masa melihat anjing peliharaannya bermain. “Hanya dengan mendengar kegirangan anjing saya bermain sudah mampu membuat saya bahagia. Ia menjadikan hari saya cukup relaks dan istimewa.” 

Bersama ELLE, Jisoo berkongsi tentang keterujaan terbarunya, kesibukan kerja, pengaruh besarnya di kalangan peminat sehingga momen-momen istimewanya sepanjang melibatkan diri dalam bidang showbiz.

Gelang dan cincin Panthère de Cartier, jam Baignoire, cincin dan gelang-gelang Love, anting-anting, cincin dan rantai Clash de Cartier, cincin Juste un Clou, kesemuanya daripada CARTIER. Baju daripada ACNE STUDIOS. Seluar jeans daripada KIMHEKIM

ELLE: EP yang beredar awal tahun ini menjadi satu dedikasi istimewa pada tema percintaan dan sebuah momen. Jika proses penghasilannya sesuatu yang disifatkan sebagai melodrama, momen mana yang Jisoo rasakan sebagai sesuatu yang paling berharga? 

Jisoo: Ini merupakan album pertama yang saya jalani prosesnya secara sendiri. Banyak kerja keras di sebalik penghasilannya dan ia sebetulnya mengambil masa cukup lama untuk disiapkan. Apa yang paling berharga bagi saya adalah pabila dapat melihat EP ini akhirnya dapat dinikmati oleh semua pendengar pelosok dunia. Selain daripada itu saya sentiasa menghargai setiap peluang yang ada untuk bertemu peminat-peminat. Sesi promosi menjadi tempat kami bertemu dan ia sememangnya satu momen yang sangat berharga untuk saya.  

E: Bercakap tentang momen, Jisoo merupakan duta global Cartier. Bagaimana anda mentafsir ilham penggayaan jam tangan dan barang kemas Cartier musim panas ini? 

J: Ini adalah musim yang paling tepat untuk saya menggayakan Cartier dengan lebih kerap. Terutama sekali tahun ini kerana akan ada banyak tour yang akan saya jalankan di negara-negara berbeza. Ia platform terbaik untuk saya menggayakan setiap aksesori mewah dan jam tangan yang ada di Cartier mengikut mood dan situasi yang berbeza.

E: Saya teruja mendengar perkhabaran BLACKPINK is making a comeback. Bagaimana rasanya perasaan Jisoo setelah kali terakhir bersama beberapa tahun lalu?

J: Sinergi yang ada pada kami berempat menjadi sesuatu yang begitu saya banggakan. Prosesnya cukup natural dan lancar sekali pun sudah lama tidak bekerjasama sebagai sebuah kumpulan. Kesibukan dalam urusan kerja solo kami tidak menjadikan kemunculan semula ini sesuatu yang berbeza.

E: Tahun ini BLACKPINK akan kembali dengan tour di seluruh Asia bermula dengan show pertama di Stadium Goyang. Bagaimana persiapan untuk melalui perjalanan 31 konsert di 16 kota berbeza?

J: Saya sangat teruja kerana setiap pentas memberikan pengalaman yang berbeza. Saya sentiasa bersiap untuk melihat tangisan gembira Blink yang saya sangat rindukan. Daripada segi persiapan, secara peribadi saya banyak bersenam agar misi untuk sentias fit dan sihat dicapai. Seingat saya dulu saya sering sakit setiap kali tour jadi kali ini saya mahu memastikan kesihatan sentiasa berada di tahap yang sangat baik sepanjang tour ini sehingga ia berakhir. 

Dengan komitmen menerusi label muzik ‘Blissoo’ dan pabila sesekali harus ke lokasi penggambaran, ia memerlukan saya menjadi individu berbeza kadang-kadang. Namun saya rasa pengalaman ini membentuk saya menjadi seorang yang memahami banyak aspek dalam persembahan. 

E: Kita bercakap tentang bidang lakonan. Banyak watak yang telah anda bawakan, daripada kisah aksi fantasi sehingga menjadi pelajar sekolah. Apa perasaannya pabila harus kembali menyarung uniform sekolah?

J: Oh, saya begitu menyukainya. Seingat saya dulu ketika bersekolah ada hari yang tidak memerlukan memakai uniform pun saya suka untuk menyarungnya (ketawa). Ia sesuatu yang mengimbau nostalgia silam. Banyak nilai sentimental bersamanya.

E: Anda juga ada projek terbaru bersama Netflix. Adakah projek itu sudah siap produksinya? 

J: Ya, projek tersebut sudah selesai penggambaran. Ia menjadi satu pengalaman yang begitu mengujakan kerana kali ini kisahnya berbeza dengan apa yang pernah saya lakonkan sebelum ini. Ia tentang kehidupan bagaimana dunia virtual di masa hadapan mengawal kita sebagai manusia. Apa yang saya sukakan tentang cerita ini adalah sejauh manapun teknologi menguasai, tiada yang dapat menyamai empati dalam diri setiap manusia sejak awal kita dilahirkan. 

Gelang dan set cincin Clash de Cartier, gelang, cincin dan anting-anting Juste un Clou, jam Panthère de
Cartier, kesemuanya daripada CARTIER. Baju sleeveless merah daripada RE/DONE BY 10 CORSO COMO SEOUL. Seluar jeans daripada ROKH

Baca temu bual penuh menerusi edisi Ogos 2025

Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down