
ELLE Malaysia dan ELLE Men Malaysia kembali menganjurkan edisi kedua Rumah Terbuka ELLEdiftiri, sebuah malam yang meraikan kebersamaan, fesyen dan komuniti dalam suasana yang cukup meriah. Berlangsung pada 14 April 2026 di Astana, Bamboo Hills, majlis ini sekali lagi menghimpunkan selebriti, figura industri serta rakan kolaborasi bagi menutup tirai bulan perayaan yang penuh bermakna.



Sebagai kesinambungan kepada kejayaan edisi pertama di The Agam, ELLEdiftiri terus berkembang sebagai platform yang menyatukan dunia fesyen, hiburan dan gaya hidup. Suasana majlis dipenuhi gelak tawa, pertemuan semula rakan industri dan momen-momen bergaya yang mencerminkan semangat Syawal moden bertemakan Neo Traditional. Para tetamu hadir dalam interpretasi gaya masing-masing, menjadikan ruang acara sebagai pentas ekspresi fesyen yang dinamik.
Malam semakin hidup dengan barisan persembahan istimewa daripada nama-nama besar industri muzik tempatan. Aisha Retno, Daiyan Trisha, Nabila Razali, Najimi Niery dan Adrianna Cinta menghiburkan para tetamu dengan persembahan yang menyentuh perasaan dan bertenaga, menjadikan setiap detik terasa lebih istimewa.
Tidak ketinggalan, penghargaan buat para penaja yang menjayakan majlis Rumah Terbuka ELLEdiftiri 2026, antaranyaย JAECOO,ย Kapten Batik,ย Kering Eyewear,ย Evianย danย Symphony Spread, yang turut memeriahkan acara dengan pengalaman yang lebih istimewa dan bermakna.

JAECOO menarik perhatian dengan pameran kereta, memberikan peluang kepada para tetamu untuk mendekati model terbaharu J5. Reka bentuknya yang moden digabungkan dengan perincian yang sofistikated menjadikan ia antara tarikan utama sepanjang acara.

Kapten Batikย pula tampil dengan booth eksklusif yang dipenuhi helaian batik bergaya, memberikan peluang kepada para tetamu untuk melihat, menyentuh dan menghargai kehalusan setiap fabrik.

Focus Pointย melengkapkan gaya Raya dengan pilihan kaca mata yang cool dan moden, menambah sentuhan akhir pada setiap penampilan.ย

Sementara Evian menyajikan mocktail istimewa khas untuk acara ini, memastikan tetamu kekal segar sepanjang malam.

Menutup pengalaman dengan sentuhan manis, Symphony Spread menghidangkan soft serve sebagai pencuci mulut sempurna untuk tetamu bersantai dan menikmati malam.
Lebih daripadan acara rumah terbuka, ELLEdiftiri 2026 menandakan evolusi sebuah tradisi baharu di mana perayaan Raya bertemu gaya kontemporari mencipta ruang untuk komuniti kreatif berkumpul, berkongsi inspirasi dan meraikan identiti bersama.

