Langgan

Prosa Rasa Amelia Henderson

Perjalanan panjang dalam dunia showbiz dilalui bukan selintas kesan namun beriring sebuah pengungkapan akan kematangan fikiran dan pengalaman.
Published: July 2, 2026
Konsep dan Penyelaras: Sarah Hani Jamil Fotografi: Aaron Lee / Lenswork Production Arahan Seni: Iera Nadzlim Penata Gaya: Athirah Zahra Temu bual: Hafizan Mohd Arahan Digital: Sri Azni

Untuk seseorang individu itu konsisten berada dalam radar kerja berdekad lamanya pasti menuntut disiplin yang tinggi, minat dan kesabaran. Itu setidaknya apa yang saya fikirkan ketika melihat panjang dan jauhnya perjalanan karier Amelia Henderson bergelar selebriti tempatan. Daripada wajah iklan yang mengisi siaran televisyen di usia muda sehingga mendominasi dunia showbiz yang bermacam cabangnya, dia kekal relevan dan rasional dengan caranya sendiri.

Hari ini nama Amelia Henderson sudah utuh sebagai pekerja seni yang sudah mahir dalam selok-belok permainan dunia hiburan tempatan. Setiap peluang yang ada tidak dia sia-siakan dan dia cukup terbuka dalam meneroka cabang showbiz yang berbeza. Portfolio diperakui dan bakatnya terus dihargai. Kesemuanya atas sebuah kerja keras yang sudah dia usahakan sejak dulu lagi.

Kali kedua menjadi penghias muka depan ELLE, Amelia Henderson berkongsi tentang her current state of mind dan tentang bagaimana kepayahan masa muda membawa sebuah keberuntungan masa sekarang yang dia miliki. Semakin selesa dan memahami alur hidup dunia showbiz yang penuh ups and downs, Amelia Henderson hari ini di fasa sebuah kehidupan yang menyenangkan. 


Amelia memakai glos bibir Rouge Coco Hydra Gloss kod 432 dan kod 438 daripada CHANEL Beauty. Veil milik penata gaya

ELLE: Kalau dalam podcast Amy selalu memulakan soalan dengan what was your guest childhood like? So, sekarang saya pula nak tanya Amy. Childhood seorang Amelia Henderson itu bagaimana sebenarnya?

Amelia Henderson: Mainly work. I mula bekerja sejak usia sangat muda kalau diikutkan. My family berpindah here and there but I memang membesar dekat KL sejak usia empat tahun. School days were different dengan orang lain. I missed school for about 80 days setiap tahun kerana komitmen kerja. Pabila difikirkan balik I always have this thought that this is how we grew as a kid. Ada masa I question myself why can’t I be at my friends' birthday party and kenapa I kena kerja.Tapi in the long run I can say my childhood was my greatest asset because it was so different. 

E: Amy percaya apa yang Amy achieve hari ini ada kaitan dengan your childhood juga?

AH: Yes, of course. I percaya ia membentuk siapa diri I hari ini. Whatever yang I ada  today I percaya ia dibina daripada apa yang I lakukan sejak kecil lagi. Apa yang I ada hari ini adalah apa yang I praktikan sejak kecil. I membesar dikelilingi orang dewasa, ada masa ketika meningkat remaja, I struggle nak adapt dengan individu yang seusia I. I felt different masa tu and ada negativity juga sebenarnya. I rasa I tak normal, I rasa orang tak faham I. 

Tapi sekarang I see it in a very different perspective. I percaya anything that makes you unique is your greatest weapon untuk menjadi seorang yang lebih baik. I percaya itu yang membuatkan kita jadi lebih special berbanding orang lain. Dulu maybe I nak sangat jadi macam orang lain but now I’m so glad that I grew up in a very unique way. Dan disebabkan kelainan cara I membesar juga membuatkan I realize yang my childhood gave me that uniqueness tanpa perlu membuatkan I mencari-cari apa yang membuatkan I special now. 

E: Semakin tinggi kita terbang saya kira semakin kuat tekanannya. Untuk Amy sendiri pada fasa hidup yang sekarang adakah tekanan itu masih ada?

AH: Tekanan akan sentiasa ada. I percaya pressure itu datang dengan kematangan dan pengalaman. I percaya di setiap fasa umur akan sentiasa ada cabaran yang berbeza. Cabaran yang I ada hari ini I rasa ia akan jadi bekal untuk I hadapi peringkat umur yang akan datang pula. I percaya anything yang datang dalam hidup kita sekarang adalah apa yang kita kena hadapi dan sesuai dengan keupayaan kita. Ia sudah diatur tanpa perlu dipersoalkan. Setiap tekanan dan cabaran yang datang itu datang pada waktu yang tepat untuk kita matang sebagai manusia. 

E: Amy percaya kalau apa yang Amy usahakan hari ini bukan untuk sekarang tetapi untuk masa mendatang?

AH: I sangat percaya kerana ia juga berkait rapat dengan cara I melihat life itself. When I was in my 20s, I was so stressed sebab as the oldest daughter yang dibesarkan oleh a single mom, I ada satu tanggungjawab besar dalam keluarga. Tapi satu hal yang sangat baik I dah lalui masa sukar itu pada usia I awal 20-an and now pada usia 30-an I dah semakin jelas dengan apa yang I patut buat dan apa yang I tak patut buat. Amelia yang di usia 20-an dulu membentuk Amelia hari ini yang lebih chill and live a great life now. 

E: Yang memudahkan urusan Amy hari ini apa sebenarnya?

AH: For now it's good team. I ada team yang lama dengan I dan berpengalaman. Banyak benda I dah delegate. Bekerja sekarang buat I rasa lebih fun dan tak rasa lonely macam I bekerja ketika usia I 20-an. I used to micromanage everything tapi I belajar cara untuk bekerjasama dengan orang lain.

I have the struggle juga macam mana nak extract all the stuff in my mind untuk buat orang faham my vision. It’s tough at first tapi I rasa it’s important untuk kita cari cara terbaik untuk delegate kerja dan daripada situ urusan kerja you akan jadi lebih smooth. I kena fikir macam mana nak bagi my team to grow. I percaya dalam rezeki kerja I ada rezeki orang lain juga.


Amelia memakai glos bibir Rouge Coco Hydra Gloss kod 445 daripada CHANEL Beauty.
Jaket dan anting-anting daripada CHANEL. Cincin milik penata gaya

E: Kalau boleh dikongsikan disiplin kerja seorang Amelia Henderson itu bagaimana?

AH: Disiplin dalam hidup itu sesuatu yang I dah practice daripada kecil. I kena sacrifice banyak benda yang I nak buat masa kecil because I have work commitment. Pada usia sekarang I dah tak rasa disiplin itu sesuatu yang sukar untuk I follow sebab I know in my heart I chose the job that I really love. Sebab tu I percaya setiap satu daripada kita kena betul-betul lakukan satu hal yang kita sangat suka. It’s already hard to have discipline and daily commitment but at least you’re doing something that you love. Kalau bangun pagi hari-hari pun you tak rasa beban tu.

E: Career-wise, do you think you have reached your peak?

AH: No, and I don't think I want it because I percaya dalam hidup you kena sentiasa dicabar untuk you grow and happy. I rasa dengan adanya cabaran juga yang akan push me to improve and to be a better Amelia. I rasa kalau I ever have thought yang I berada di tahap yang I dah cukup selesa itu yang I patut risaukan.

E: Saya percaya untuk Amy juga life is a learning process yang tiada hentinya. Ada anything yang maybe Amy nak belajar lagi?

AH: I think part of why you should never have a peak is because life never stops the learning process. Apa yang penting adalah untuk sentiasa konsisten dalam apa yang you usahakan. One thing I rasa you really kena rendahkan ego because the moment you rasa you dah berjaya, you akan akan ada this kind of ego and you refuse untuk ubah diri you sebab you rasa you been through a lot. And I don't want that. 

As for me, untuk I interview orang for my podcast I need to watch and listen to other podcasts. Reading is also important sebab ia mengeluarkan creative side yang berbeza. I read a lot about philosophy and spirituality. I rasa all the young ones should also read sebab banyak yang you akan dapat belajar hanya dengan membaca. Tahun ni actually I baru start belajar Mandarin. I wish that I would have started earlier sebab sangat susah rupanya and especially pabila you dah lama tak masuk kelas dan belajar ia jadi a bit slow but I really enjoy it.


Amelia memakai glos bibir Rouge Coco Hydra Gloss kod 438 daripada CHANEL Beauty.
Kardigan, dress labuci dan anting-anting daripada CHANEL. Klip rambut dan cincin milik penata gaya

E: Amy ada cakap tentang kena rendahkan our ego. Why do you think ia penting untuk kita matang sebagai manusia?

AH: I learn this every day. I tahun ni 31 tahun, meaning I dah bekerja dalam industri for about 30 years. Masa I masuk balik industri pada usia 18 tahun, I ada this mindset yang I dah ada experience yang banyak sebelum itu. Tapi I lupa, kesemua pengalaman yang I ada itu adalah pengalaman I sebagai child actor and talent. Fasa baru yang I kena masuk adalah dunia yang berbeza dan ia datang dengan expectation yang berbeza. In a way, apa yang I experience dulu tak semestinya relevan dengan apa tawaran yang I dapat masa umur I 18 tahun. 

The situation buat I fikir apa yang you capai semalam actually you tak boleh bawa seumur hidup you. Especially kejayaan dalam bidang hiburan ini sesuatu yang bersifat sementara. I can never be forever young, akan sentiasa ada yang lebih muda, yang lebih cantik dan lebih talented daripada you yang akan masuk industri serupa. So, apa yang orang tak boleh ambil daripada you is the ability to be humble, empathise dan cara you untuk buat orang senang bekerja dengan you dan orang sentiasa happy untuk kerja dengan you. So, perkara ini yang akan buat you faham kenapa you kena rendahkan your ego. 

KREDIT

Solekan: Rae Seok (Pilka Makeup)

Dandanan: VV Chan

Pelatih Amali: Aishah Haziyah dan Hizral Faiz Rozeman

 

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down