Langgan

Interpretasi Semula Gaya 'Collegiate' Besama Levi's Loose Prep

Gaya preppy mengambil langkah lebih santai musim ini.
2 minit untuk membaca
Published: November 26, 2026
Gambar daripada Levi's

Gaya collegiate cukup sinonim dengan estetika kampus Amerika, daripada kemeja Oxford dan knitwear hinggalah denim yang menjadi sebahagian daripada pakaian harian. Namun, musim ini, gaya preppy tampil lebih santai dan tidak lagi terikat pada aturan tradisionalnya. Menerusi koleksi Loose Prep daripada Levi’s®, helaian klasik hadir dengan potongan lebih longgar, memberikan gaya preppy sentuhan yang lebih kontemporari. Kemeja kemas, kemeja-T berjalur serta knit bertekstur dipadankan bersama denim dan chino berpotongan baggy, menghasilkan penampilan yang mudah digayakan namun tetap kemas.

Permainan proporsi

Gambar daripada Levi's

Tidak semua denim perlu mengikut bentuk tubuh. Sesekali, potongan lebih longgar memberikan penampilan yang lebih menarik, terutama apabila dipadankan dengan helaian yang kemas di bahagian atas. 501® Loose membawa siluet lebih lapang dengan karakter denim klasik Levi’s, sesuai digayakan bersama tee berjalur, kemeja atau baju rajut yang disisipkan ke dalam seluar.

Variasi dalam lapisan

Gambar daripada Levi's

Kemeja Oxford, kemeja-T berjalur, baju rajut crewneck dan knit ringan sudah cukup untuk membina gaya collegiate yang versatil. Apa yang menjadikannya menarik adalah cara setiap helaian digayakan bersama. Sarungkan kemeja di bawah sweater, biarkan kolarnya terkeluar atau sangkutkan knit di bahu untuk sentuhan yang lebih santai. Tidak perlu terlalu banyak lapisan; cukup dengan tekstur dan kombinasi yang tepat untuk memberikan karakter kepada penampilan.

Kembali kepada Chino

Gambar daripada Levi's

Selain denim, seluar chino menjadi pilihan yang mudah untuk membawa gaya Loose Prep ke arah lebih kemas. Potongan baggy dalam fabrik cotton twill memberikan struktur yang cukup untuk penampilan smart casual, tetapi masih selesa dipakai sepanjang hari. Manakala cargo dengan perincian utilitarian membawa sedikit kelainan. Pilih kasut loafer untuk gaya lebih polished atau sniker kanvas untuk estetika yang santai.

Potongan yang sesuai

Gambar daripada Levi's

Loose Prep hadir dalam pelbagai potongan, jadi tidak perlu terikat pada satu siluet sahaja. Loose Taper memberikan bentuk lebih kemas di bahagian kaki, Loose Bootcut pula membawa sedikit pengaruh vintaj, sementara Wide-Leg menawarkan penampilan lebih ekspresif dengan jatuhan fabrik yang menarik. Perhatikan panjang seluar, bentuk hem dan bagaimana ia jatuh di atas kasut.

Gaya spontan

Gambar daripada Levi's

Daya tarikan preppy terletak pada cara helaian klasik digayakan tanpa terlalu mengikut aturan. Kemeja kemas bersama jeans baggy, sweater dengan seluar cargo longgar atau kombinasi yang tidak dijangka boleh menghasilkan penampilan yang lebih menarik. Tidak perlu semuanya serasi atau terlalu tersusun.


Koleksi Loose Prep Fall/Winter 2026 kini boleh didapati di Levi’s Malaysia.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down